Kerjasama PayHalal & Atome Untuk Membolehkan Penerimaan Beli Sekarang Bayar Kemudian Murabaha Di Malaysia, Indonesia

Sistem pembayaran patuh Syariah, PayHalal, mengumumkan kerjasama dengan platform beli sekarang bayar kemudian terkemuka di Asia, Atome, untuk membolehkan penerimaan beli sekarang bayar kemudian Murabaha  (iBNPL) untuk peniaga-peniaga dalam PayHalal. iBNPL akan dimulakan di Malaysia sebelum  dilancarkan di Indonesia dalam masa yang terdekat. 

Kredit Gambar: PayHalal

Pandemik COVID-19 telah merancakkan penggunaan pilihan pembayaran secara digital  dalam kalangan pembeli-pembeli di Malaysia. Melalui kerjasama dengan Atome untuk  memperkenalkan iBNPL kepada seluruh peniaga PayHalal, pembeli kini boleh mendapat  akses kepada cara pembayaran yang fleksibel, mudah dan selamat dengan membenarkan  mereka membahagikan pembelian kepada tiga penangguhan pembayaran tanpa faedah,  yuran tahunan atau perkhidmatan. Ini memberikan pengalaman beli-belah dan pembayaran  yang lebih menarik untuk pembeli di samping menyokong peniaga dan perniagaan Muslim  melalui peningkatan jualan dalam situasi pandemik ini. 

Muhammad Sulwan Mohamed Subhan

Dilancarkan pada tahun 2018, PayHalal merupakan sistem pembayaran patuh Syariah yang  pertama di dunia. Dengan menawarkan PayHalal sebagai pilihan pembayaran, peniaga juga  diperakui untuk membolehkan mereka menawarkan produk dan perkhidmatan yang halal. Ini  membuka ruang kepada mereka untuk menerokai pasaran Muslim yang berkembang dan  melengkapkan transaksi tanpa riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidaktentuan).  Peniaga-peniaga dalam talian PayHalal telah menikmati peningkatan purata jualan sebanyak  14%.

Muhammad Sulwan Mohamed Subhan, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PayHalal  berkata, “Peralihan pembelian atas talian di kala pandemik ini telah memdesak keperluan  segera kepada peniaga dan perniagaan Muslim untuk meningkatkan pengalaman e-dagang  pengguna. Kerjasama dengan Atome ini dapat memperluaskan pengalaman pembayaran  untuk beribu-ribu pembeli dengan pilihan pembayaran yang pelbagai, melalui rangkaian  peniaga-peniaga PayHalal.” 

David Chen

“Kami berasa sangat teruja untuk bekerjasama dengan PayHalal untuk mengembang dan  melancarkan penerimaan beli sekarang bayar kemudian Murabaha pertama di Malaysia, sebelum dilancarkan di Indonesia dalam masa beberapa bulan lagi. Kerjasama ini akan  membuka ruang kepada peniaga dan perniagaan Muslim menyediakan pengalaman menarik  dalam pembayaran untuk pembeli-pembeli mereka dalam situasi pandemik COVID-19 ini,”  kata David Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Atome. Atome Malaysia boleh didapati di App Store dan Google Play.

Previous ArticleNext Article

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.