Ramai yang berminat untuk melabur dalam pasaran saham. Lebih-lebih lagi apabila kita dapat lihat ramai orang-orang hebat yang berjaya dalam pasaran saham sehingga mampu memiliki kehidupan yang selesa, kereta mewah dan paling penting adalah fleksibiliti masa.
Ya lah, apabila melabur saham, tak perlu 24 jam sahaja mengadap skrin komputer. Banyak teknik yang boleh diamalkan untuk menjimatkan masa anda semasa melabur. Selain itu, bila sebut pelaburan saham, ramai orang akan fikir tentang untung dan rugi sahaja, itu memang betul. Namun, selain daripada sektor yang berbeza, saham juga diklasifikasikan dalam 6 jenis kategori.
Berdasarkan kepada video di atas, kita dapat lihat ada 6 kategori saham yang perlu kita tahu. Kategori-kategori tersebut adalah;
Saham Pertumbuhan
Saham Pendapatan
Saham Kitaran
Saham Defensif
Saham Nilai
Saham Spekulatif
Penting untuk para pelabur tahu dan faham akan kategori-kategori saham yang ada supaya kita dapat memilih saham mengikut kepada tahap penerimaan risiko masing-masing. Ini dapat membantu anda melabur dalam saham-saham yang bersesuaian dengan diri anda.
Ada pelabur yang suka dengan saham-saham defensif, ada pula pelabur yang meminati saham-saham pertumbuhan juga ada pelabur yang suka dengan risiko yang lebih tinggi dengan meminati saham-saham spekulatif.
Apa yang penting adalah buat keputusan anda sendiri mengikut kepada kemampuan diri.
Selamat melabur!
Video ini dibawakan khas oleh Asri Ahmad Academy. Jika anda betul-betul ZERO dalam pelaburan saham, anda boleh mendaftar webinar anjuran Asri Ahmad Academy & Bursa Malaysia secara PERCUMA di sini.
“Aku bukan CEO pun… kenapa kena sibuk baca laporan suku tahunan syarikat?”
Itu antara soalan yang biasa saya dengar dan ya, itu juga apa yang saya fikir dulu.
Saya ingatkan pelaburan saham ini sekadar beli murah, jual mahal. Tengok trend, ikut ‘sifu’, masuk forum, ikut orang.
Tapi semua itu mula berubah apabila satu hari, saya terlepas satu peluang besar sebab saya langsung tak tahu apa itu laporan kewangan suku tahunan atau Quarter Report (QR).
Detik Yang Mengubah Cara Saya Melabur
Sebuah syarikat yang dahulu saya pernah perhatikan tiba-tiba naik harga sahamnya dengan mendadak. Bila saya semak, rupa-rupanya QR terbaru mereka menunjukkan peningkatan untung bersih sebanyak +87%.
Syarikat itu dah bagi “hint” dalam QR sebelum ini. Tapi saya tak ambil peduli. Saya rugi peluang. Saya rugi masa. Dan paling penting, saya sedar saya rugi kerana saya tak faham ‘bahasa’ pelaburan sebenar.
Quarter Report ialah laporan kewangan suku tahunan syarikat tersenarai. Ia mengandungi:
✅ Untung/Rugi syarikat ✅ Perbelanjaan & pendapatan ✅ Komen & pandangan pengurusan ✅ Petunjuk prestasi masa depan
Anda nampak tak berapa banyak maklumat yang boleh diperoleh daripada Quarter Report(QR)?
Bagi pelabur bijak, QR bukan sekadar nombor, tetapi ia adalah signal.
Ramai orang tengok angka dalam QR macam tengok teks matematik yang membosankan. Tapi bagi pelabur berilmu, setiap angka ada cerita. Setiap trend ada isyarat. Dan inilah tiga jenis signal paling penting yang mereka cari:
Signal Bila Syarikat Mula Goyah
QR boleh menjadi ‘alarmawal’ sebelum sesuatu syarikat betul-betul bermasalah. Tanda-tanda seperti:
Keuntungan bersih makin susut dari satu suku tahunan ke suku tahunan seterusnya
Kadar hutang meningkat mendadak
Kos operasi naik tapi hasil jualan menurun
Semua ini adalah petunjuk bahawa syarikat mungkin menghadapi cabaran besar sama ada dari segi pengurusan, persaingan atau pasaran yang berubah. Pelabur yang peka akan mula kaji lebih dalam, atau bersedia untuk keluar sebelum harga saham mula jatuh teruk.
Signal Bila Masa Terbaik Untuk Masuk
Peluang terbaik selalunya datang dalam senyap sebelum media mula heboh.
Contohnya:
Syarikat tiba-tiba catat lonjakan keuntungan selepas beberapa laporan suku tahunan yang lemah
Pengurusan beri komen optimis tentang masa depan syarikat
Margin keuntungan bertambah walaupun ekonomi tak menentu
Bagi pelabur yang tahu menganalisis QR, ini adalah ‘lampu hijau’ untuk mula ambil posisi sebelum orang lain perasan. Mereka beli bukan sebab orang lain beli, tapi sebab angka menyokong keputusan mereka.
Signal Tentang Industri Mana Yang Sedang Pulih atau Merosot
QR bukan saja tunjuk prestasi satu syarikat tapi juga boleh beri gambaran keadaan industri.
Sebagai contoh:
Bila kebanyakan syarikat dalam sektor pembinaan mula catat peningkatan untung secara konsisten, itu tanda industri mungkin sedang pulih.
Atau jika banyak syarikat teknologi mula lapor penyusutan pendapatan, itu mungkin petunjuk awal sektor itu akan hadapi tekanan.
Pelabur berpengalaman akan gunakan maklumat ini untuk beralih sektor pada masa yang tepat. Mereka bukan hanya tengok saham tetapi mereka baca aliran ekonomi.
Realitinya? Ramai Tak Tahu Guna QR
Berdasarkan pengalaman saya,
❌ Ramai yang tak tahu QR disiarkan setiap tiga bulan ❌ Ramai yang tak tahu nak cari bahagian mana ❌ Ramai yang takut dengan istilah-istilah teknikal
Mereka akhirnya beli ikut emosi. Jual ikut panik. Dan rugi tanpa tahu sebab sebenar.
Webinar Deep Dive QR
Deep Dive Quarter Report bukan webinar teori. Modul dalamnya disusun untuk bantu anda:
Faham angka-angka penting dalam QR
Bezakan QR yang ‘power’ vs yang bahaya
Gunakan QR untuk strategi pelaburan sebenar
Belajar analisis dari kes sebenar syarikat tersenarai
Setiap Quarter Report (QR) ada ceritanya, Jangan sampai rugi sebab syarikat umum QR..
Ini bukan kelas preview,
Kita akan terus belajar:-
✅ Cara pilih dan tapis saham yang baik untuk buat ‘Watchlist’ dikala musim QR
✅ Belajar kenal pasti syarikat bermasalah yang patut dielakkan
✅ Serta case study untuk dijadikan panduan
Pastikan tahu teknik betul untuk buat duit ketika musim QR!