5 Idea Pendapatan Pasif Yang Berjaya Dan Menguntungkan

Bekerja dan dapat duit gaji atau komisen, itu adalah pendapatan AKTIF. Pendapatan PASIF pula pendapatan yang anda peroleh tanpa berpenat lelah bekerja. Sebagai contoh, dividen pelaburan. Kita duduk goyang kaki, tidur, main game, makan minum, dan berak pun income tetap boleh masuk. 

Masih belum terlambat ubah nasib hidup kita. Pendapatan pasif yang boleh untung dengan mudah (bila ada ilmunya) sememangnya ada.

Dengan kewujudan pasaran global secara online dalam pelbagai aspek kehidupan kita, cara menjana pendapatan pasif kini menjadi lebih luas.  Pastinya impian untuk memiliki wang dengan cara pasif lebih mudah dicapai berbanding sebelum ini. 

Kini, sesiapa juga boleh menjana pendapatan pasif tanpa mengira status kewangan. Terdapat banyak idea pendapatan pasif berjaya untung yang boleh kita lakukan. Mudah-mudahan usaha hari ini memberi hasil pada tahun-tahun yang mendatang kelak. 

1. Buat Pelaburan Kecil Tetapi Menerima Impak Besar

Melabur dalam pasaran saham boleh menjana pendapatan pasif jika anda melabur dengan betul. Namun, pelaburan saham agak berisiko sekiranya seseorang masuk tanpa mendalami ilmunya. Risiko utama adalah takut kehilangan modal. Apabila sudah hadir seminar atau kelas untuk mendapatkan ilmu, berusaha membuka akaun CDS bagi mula untuk membeli dan menjual saham.

Langkah seterusnya adalah kita sediakan modal. Mulakan dengan modal yang kecil.

Tak perlu berdebat mengenai berapa modal minima yang diperlukan kerana setiap daripada kita mempunyai duit lebihan yang berbeza-beza. Apa yang penting gunalah modal yang sanggup kita rugi sepenuhnya dan jangan berhutang.

Dengan modal yang kecil, adalah lebih baik kita melabur dalam saham small cap, mid cap atau saham waran. Harga saham lebih murah dan pergerakan saham lebih agresif.

Dengar apa kata sifu saham tentang dividen saham:

Baca juga :

2. Mencipta Produk Untuk Kegunaan Platform Digital

Mereka yang menggunakan platform digital dalam aktiviti seharian pasti memerlukan kandungan digital bagi memudahkan urusan tersebut. Jadi, sekiranya anda yang mempunyai kepakaran dalam mencipta produk digital, ia adalah peluang buat duit pasif.

Anda boleh menyelesaikan masalah pengguna dengan cara membantu beri manfaat kepada mereka dengan kepakaran anda. Mereka yang memerlukan produk digital tersebut akan terus membeli dengan anda, menggunakannya dan juga mungkin mereka yang akan membantu anda menjana pendapatan pasif kelak. 

3. Menjadi Jurujual Online

Sekiranya anda mahu menjana pendapatan pasif yang menguntungkan, bidang jualan adalah salah satu puncanya.  Percaya atau tidak, memang ada peniaga online yang mencapai jutaan jualan dan sudah pasti pendapatan mereka juga banyak.

Adakah berniaga ini pendapatan pasif? Pada awalnya anda perlu bersungguh-sungguh membina pemasaran jangka masa panjang. Namun pada suatu masa nanti apabila perniagaan sudah ada sistem, ia akan menjadi pendapatan pasif buat anda. Baca juga Cara Buat Duit Tepi Dengan Shopee.

Jadi jurujual online adalah salah satu idea pendapatan pasif berjaya dan untung tetapi anda perlu kreatif melakukan pemasaran. Adakala perniagaan online sangat mudah, pantas dan sesiapa sahaja boleh melakukannya. Namun, ia memerlukan penyediaan senarai produk dan maklumat yang lengkap mengenai produk yang ingin dijual.

Baca juga 24 Idea Bisnes Yang Berpotensi Tinggi dan Lumayan!

4. Berkongsi Kemahiran – Hasilkan Kelas Online

Bagi anda yang mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang, idea pendapatan pasif berjaya dan untung juga adalah apabila anda menganjurkan kelas online.  

Buat kelas melalui video yang telah dirakam (simpan di YouTube) dan juga melalui ebook. Anda cuma perlu sediakan sekali dan biar ia berjalan sendiri secara automatik. Pendapatan anda tetap masuk setiap bulan.

Ebook juga menguntungkan kerana setiap jualan 100% menjadi milik anda tanpa perlu dibahagi kepada syarikat penerbitan. Malah kosnya juga amatlah kecil.

5. Servis Sewa Aset

Sekiranya anda memiliki aset yang banyak, anda boleh sewakannya kepada golongan sasar yang berkaitan bagi menjana pendapatan pasif berjaya dan menguntungkan. Antara aset yang boleh disewakan adalah rumah, kedai, kereta dan sebagainya. 

Ia mampu memberikan keuntungan yang sangat tinggi sekiranya aset yang dimiliki sangat banyak. Itulah pentingnya aset seperti rumah, kereta dan lain-lain lagi supaya ia boleh dijadikan idea pendapatan pasif yang menguntungkan. 

Kesimpulannya, 5 idea pendapatan pasif yang dikongsikan adalah sebagai panduan bagi anda yang ingin mula menjana wang lebihan (side income). Tidak mustahil ia akan berjaya dan untung asalkan ia dilaksanakan dengan cara yang betul dan konsisten. 

Anda mungkin perlu kerahkan masa atau tenaga anda dengan banyak di peringkat awal. Kemudian, barulah pendapatan pasif ini akan membuahkan hasil. Ingatlah, kejayaan akan hadir untuk mereka yang kuat berusaha dan tidak mengenal erti putus asa.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.