Ada Modal Sekecil RM100 Cukup Tak Untuk Melabur Saham?

Berapa Modal Melabur Saham?

“Saya baru saja bekerja 6 bulan, modal tak banyak lagi. Boleh ke saya cuba melabur saham dengan RM100?”

Nak mula melabur di pasaran saham Bursa Malaysia dengan RM100?.

Jawapan pendeknya boleh. Banyak saham patuh syariah yang harganya bawah RM 1, ini bermakna modal permulaan hanyalah RM100 bagi membeli 1 lot saham syarikat tersebut (tidak termasuk kos-kos lain). Baca juga Brokerage Fee Dan Kos-Kos Lain Untuk Jual Beli Saham.

Jika saham naik dan pulangan 100% pun, modal tadi baru berkembang jadi RM200.

Kalau ada modal RM10,000.
Harga saham naik, dapat untung 30% > dah dapat RM3,000.

Sekarang ni siap ada robo-advisor yang dah tawarkan modal permulaan dengan serendah RM100.

Ramai di luar sana tu suka dapat untung cepat serta besar tetapi tak sanggup keluarkan modal yang besar.

Maaf, melabur dalam pelaburan saham perlu realistik.

Kalau ada impian nak menjana kekayaan dalam saham, janganlah kedekut taik idung masin. Mengikut pendapat Pak Teh modal yang sesuai untuk bermula sekurang-kurangnya RM3,000 – 5,000. Tapi ikut kemampuan. Jangan pinjam duit orang lain!

Pulangan dan keuntungan bergantung kepada modal serta tempoh pegangan saham tu.

Sebab itu, pentingnya melabur sejak dari usia muda. Janganlah umur dah 40 an baru nak mula. Carilah ilmu pelaburan saham terlebih dahulu agar pelaburan anda tidak melebur! Ramai mentor saham di luar sana.

Baca juga Senarai Sifu-Sifu Saham Malaysia

Nah, Pak Teh belanja saham-saham yang bawah RM 1, sumber dari laman web BursaMarketPlace. Bagus tak bagus tu sila kaji sendiri ya.

Saham bawah RM1

Nota kaki : Walau berapa sedikit atau banyak modal yang kita ada, paling penting modal tersebut kita sanggup rugi 100%.

Previous ArticleNext Article

SC Umum Majlis Penasihat Syariah Baharu

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan barisan Majlis Penasihat Syariah (MPS) baharunya untuk tempoh tiga tahun bermula 1 Julai 2026 hingga 30 Jun 2029.

Barisan baharu terdiri daripada ahli berikut:

  1. Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar – Senator, Dewan Negara (Lantikan Baharu)
  2. Profesor Dr Engku Rabiah Adawiah Engku Ali – Profesor Kehormat, Institut Perbankan dan Kewangan Islam UIAM (IIiBF), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Pelantikan Semula)
  3. Dato’ Dr Ashraf Md Hashim – Perunding Syariah (Kewangan Islam) (Pelantikan Semula)
  4. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Dr Asmadi Mohamed Naim – Mufti Pahang (Pelantikan Semula)
  5. Sahibus Samahah Dato’ Setia Dr Haji Anhar Haji Opir – Mufti Selangor (Pelantikan Semula)
  6. Dr Marjan Muhammad – Timbalan Presiden Penyelidikan, Institut ISRA, Universiti INCEIF (Pelantikan Semula)
  7. Encik Burhanuddin Lukman – Bekas Penyelidik, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa untuk Kewangan Islam (ISRA) (Pelantikan Semula)

Ditubuhkan pada 16 Mei 1996 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993, MPS merupakan pihak berkuasa untuk menentukan aplikasi prinsip Syariah untuk perniagaan atau transaksi pasaran modal Islam (ICM).

Di samping itu, MPS menyokong pertumbuhan pasaran melalui resolusi dan panduan dasar, di samping mengekalkan integriti Syariah.

MPS terdiri daripada cendekiawan Syariah, ahli akademik dan pengamal pasaran terkemuka dengan kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang Syariah, kewangan Islam, pasaran modal dan undang-undang.

Pengerusi SC, Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata MPS memainkan peranan penting dalam memastikan ICM Malaysia kekal responsif terhadap perkembangan pasaran yang sentiasa berubah, sambil menegakkan prinsip Syariah yang berlandaskan Maqasid alShariah. “Panduan yang diberikan oleh MPS terus menyokong inovasi, kemampanan dan pertumbuhan jangka panjang ekosistem ICM.”

“Komposisi baharu MPS, dengan kepakaran dan pengalaman kolektif ahlinya, berada pada kedudukan yang baik untuk menyediakan panduan yang mantap dan berpandangan jauh mengenai hal ehwal Syariah. Dengan kepimpinan Islam yang dipandu oleh Maqasid al-Syariah sebagai pembeza utama, MPS akan memacu pertumbuhan dan kepimpinan global ICM Malaysia,” katanya.

Bagi pihak SC, Dato’ Faiz merakamkan penghargaan kepada ahli-ahli MPS yang akan bersara atas sumbangan mereka yang tidak ternilai dan perkhidmatan berdedikasi kepada industri ICM. “Pandangan dan kepimpinan mereka telah menyumbang ke arah memajukan ICM Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.”

Untuk maklumat lanjut mengenai MPS, sila lawati https://www.sc.com.my/development/icm/shariah/members-of-the-shariah-advisorycouncil