7 Pantang Larang Dalam Analisis Teknikal

Analisis Teknikal Pelaburan Saham

Sebagai seorang pelabur mahupun pedagang, anda tidak boleh lari daripada analisa teknikal (TA). Seorang pelabur mungkin tidak menumpukan 100% perhatian terhadap analisa teknikal namun pedagang akan memberikan lebih perhatian terhadap analisa teknikal berbanding analisa fundamental (FA).

Oleh kerana pedagang tidak memegang saham untuk tempoh yang lama, pergerakan harga saham adalah sangat penting bagi mereka dan TA akan dapat membantu pedagang untuk memaksimakan potensi keuntungan dalam pelaburan saham. 

Baca : 4 Asas Analisa Teknikal (Technical Analysis) Dalam Saham

Jika anda berminat untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan analisa teknikal, anda boleh cari artikel tersebut di sini.

Pantang Larang Dalam Technical Analysis

  1. Tidak mengemas kini carta

Kami faham apabila pasaran saham menjadi lemau dan sendu, ramai yang memilih untuk tidak terlibat dalam pasaran saham. 

Perkara ini akan mendorong pelabur untuk tidak mengemaskini chart saham. Apabila pasaran sudah mula pulih dan naik, barulah para pelabur kelam kabut nak kemaskini chart

Meskipun pasaran sedang bearish, kita perlu sentiasa bersedia dengan melukis garisan resistance, support dan trendline pada carta saham. Hal ini kerana, ini akan mempersiapkan diri kita apabila pasaran kembali bullish kelak.

  1. Tidak menunggu confirmation

Sebarang keputusan untuk membeli dan menjual saham menggunakan analisa teknikal haruslah menunggu sehingga ada confirmation buy atau sell signal.

  1. Tidak belajar secara sistematik

Ramai yang suka mengikuti banyak seminar. Itu tidak menjadi masalah kerana semakin banyak ilmu yang dipelajari, seharusnya ilmu tersebut dapat membantu meningkatkan prestasi seorang pelabur. 

Masalah yang timbul adalah apabila pelabur tersebut tidak tahu apa yang dicarinya. Menurut Tuan Haji Zainal seorang otai dalam pelaburan saham tempatan, asas kepada technical analysis ialah price action dan volume.

Kita melihat pada price action terlebih dahulu barulah kemudian kita tengok indikator. Untuk menentukan price action, kita perlu menggunakan trend.

Kemudian, untuk menentukan entry dan exit kita menggunakan support dan resistance.

  1. Terlalu banyak indikator

Sebenarnya tidak perlu kita meletak bermacam-macam indikator pada carta. Menurut Tuan Haji Zainal juga, beliau hanya menggunakan price action, volume dan 1 indikator.

Terlampau banyak indikator akan memberi kesan kepada keputusan yang ingin dibuat. 

  1. Terlampau lama melihat carta

Perkara ini sering terjadi pada newbie. Apabila kita melihat carta terlalu lama ia akan menyebabkan kita nampak bermacam-macam chart pattern. Ini kemudiannya akan menyebabkan kita keliru dan sukar mengkaji carta.

  1. Tidak mengikut aturan analisa

Apakah maksudnya aturan analisa ini? Maksudnya adalah apabila kita menganalisa carta, kita perlu bermula dengan long term, mid-term dan kemudian short term.

Kita mesti melihat longer term supaya kita boleh tahu ke mana arah pergerakan saham. Selepas melihat carta dari sudut long term barulah kita mengkaji carta dari sudut mid-term dan short term.

  1. Beli & jual tanpa mengkaji analisa teknikal

Ramai pelabur yang rajin belajar ilmu analisa teknikal namun tidak mengaplikasikan ilmu tersebut ketika beli & jual saham.

Apabila sudah terciduk mereka mula menggunakan teknik harapan yang tidak diajar oleh mana-mana guru.

Seharusnya TA dapat membantu anda untuk menentukan bila untuk beli dan bila nak jual saham yang dimiliki. Kita belajar Analisa teknikal supaya kita boleh buat trading plan.

Dengan adanya trading plan, kita akan tahu apa yang kita nak buat. Ramai sekali yang bila dah beli saham barulah panik nak tukar strategi.

Kesimpulannya, dalam technical analysis ada banyak pantang larang yang anda perlu patuh dan apa yang dikongsikan dalam artikel ini adalah hanya beberapa daripadanya. Semoga pantang larang yang dikongsikan ini dapat membantu anda menyusun strategi anda. 

Rakaman video 7 pantang larang dalam technical analysis boleh didapati di laman Facebook Majalah Labur dan The Kapital. Selamat menonton.

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Ramai kata mudah faham. Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

https://www.facebook.com/watch/?v=1322166808601507

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Stratus Global: Memanfaatkan Fasa Kenaikan Capex Semikonduktor

Nilai saksama (FV) sebanyak MYR1.55 diberi berdasarkan P/E 24x FY27F (Mac)

Stratus Global merancang untuk mengumpul MYR285j daripada IPO, dengan tujuan utama untuk membiayai usaha pengembangan fasiliti, pejabat luar negara dan usaha R&D. Disokong oleh rekod prestasi selama 28 tahun dalam penyelesaian sistem pengendalian bahan automasi (AMHS) bilik bersih untuk industri semikonduktor dunia, margin yang kukuh dan kitaran menaik jangka panjang dalam capex semikonduktor, kami menjangkakan pertumbuhan perolehan yang teguh kelak. Pada P/E FY28F 12.4x, penilaiannya tampak menarik apabila dibandingkan dengan purata lima tahun Indeks Teknologi Bursa Malaysia (KLTEC) dan CAGR perolehan tiga tahunnya sebanyak 24%.

Dilindungi oleh pengetahuan kejuruteraan yang mendalam

Sejak 1998, kumpulan ini telah membina AMHS berasaskan penyampai proprietari, AMHS hibrid dan penyelesaian ASRS, yang dilengkapi dengan perisian sistem kawalan peralatan (TCS) dalaman miliknya, untuk industri semikonduktor dunia. Penyelesaiannya menerima pensijilan ISO 9001, ISO 14001 dan ISO 45001, dan diguna pakai oleh pelanggan multinasional bahagian depan (untuk mengendalikan pembikin wafer 200mm dan juga 300mm) dan pelanggan semikonduktor bahagian belakang merentasi benua Asia, Eropah dan Amerika Utara.

Stratus menjalankan reka bentuk, pembikinan, pemasangan dan pengujian hampir kesemuanya secara dalaman, tidak seperti syarikat pesaing yang menggunakan sumber luar. Hal ini menawarkan perbezaan penting yang menyokong marginnya yang lebih tinggi, sementara syarat-syarat ketat untuk mengendalikan wafer menetapkan halangan tinggi untuk kemasukan pasaran.

Pengembangan fasiliti dan geografi bakal mendorong pertumbuhan

Usaha pengembangan fasiliti Bayan Lepas milik Stratus yang sedang berjalan, dengan sasaran siap pada 3QCY28, akan menambah ruang lantai sebanyak 150-200% dan meningkatkan kapasiti hasil kumpulan daripada USD50-100j sekarang (1 syif kepada 2 syif) kepada USD200-400j selepas pengembangan selesai.

Perkara ini menyokong pelaksanaan buku pesanan belum bayarnya bernilai MYR108.4j (setakat 3 Jun 2026; MYR75.4j akan diiktiraf pada FY27F dan MYR33.0j pada FY28F), di samping pertanyaan yang kukuh dan pengembangan kapasiti bagi pelanggan-pelanggan sedia ada. Pada masa yang sama, kumpulan ini merancang untuk menubuhkan pejabat sokongan jualan dan kejuruteraan di Jepun, Taiwan, Jerman dan AS, sekali gus meluaskan capaian semikonduktor bahagian depan dan belakangnya.

Fasa kenaikan berstruktur semikonduktor memperkukuh permintaan

SEMI menjangkakan capex akan terus diperuntukkan untuk menyokong kapasiti fabrikasi wafer 300mm sehingga tahun 2030, sekali gus menaikkan peratusan penguasaan keupayaan wafer terpasang dunia. WSTS meramalkan industri semikonduktor secara amnya akan berkembang 89.9% pada tahun 2026 berikutan permintaan E&E dan pusat data (DC) yang berpacukan kecerdasan buatan (AI), dengan QYResearch mengunjurkan industri AMHS semikonduktor dunia akan meningkat pada kadar CAGR 5.4% sehingga 2031 kepada paras USD4.5bn.

Dengan mengoperasikan fasilitifasiliti wafer 300mm lebih awal daripada beberapa pesaing AMHS lain, Stratus berkedudukan baik untuk memanfaatkan fasa peningkatan ini, dibantu oleh Strategi Semikonduktor Nasional Malaysia dan Rancangan Malaysia yang Ke-13.

Ramalan dan penilaian

Kami memperoleh FV MYR1.55 dengan mengenakan P/E 24x pada EPS 6.45 sen untuk FY28F, selaras dengan P/E purata 5 tahun yang direkodkan oleh KLTEC dan CAGR perolehan tiga tahunnya 24% (PEG 1x). Risiko utama, penumpuan pada pelanggan tunggal, kitaran capex semikonduktor, hasil tidak menentu berasaskan projek, dan turun naik FX kerana hasilnya diniagakan dalam USD.

Perihal Syarikat

Stratus Global merupakan syarikat yang menyediakan penyelesaian automasi kilang yang bertapak di Pulau Pinang. Ia berkepakaran dalam penyelesaian sistem pengendalian bahan automasi (AMHS) bilik bersih bagi industri semikonduktor dunia.

Gambaran Am Kewangan Dan Penilaian

Gambaran Am Syarikat

Rancangan Dan Strategi Masa Depan

  • Pengembangan fasiliti.
  • Pengembangan perniagaan pasaran dari segi geografi
  • Pengembangan pasaran dalam rantaian nilai semikonduktor.

Butiran IPO

Risiko Utama

i. Ketiadaan perjanjian bekalan berjangka panjang;
ii. Kitaran capex semikonduktor;
iii. Penangguhan projek;
iv. Kebergantungan pada pasukan pengurusan utama dan jurutera berkepakaran;
v. Turun naik FX kerana hasil yang diniagakan dalam mata wang USD.