Aqila Afindi Dinobat Sebagai “Ikon Wanita Melayu” – Pencarian Wanita Melayu 2022 Plaza Shah Alam

Shah Alam, 13 Ogos 2022 – Pentas utama Plaza Shah Alam menyaksikan kemenangan berpihak pada gadis bernama Aqila Afindi (21) yang membawa gelaran Ikon Wanita Melayu 2022 – Pencarian Wanita Melayu anjuran Plaza Shah Alam.

Aqila menewaskan sembilan lagi saingan terdekatnya dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM10,000 daripada pihak Plaza Shah Alam serta hadiah iringan sumbangan penaja-penaja.

Berada rapat sebagai pesaingnya ialah Nur Athiya Hazirah (26) yang mengungguli tempat kedua dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 berserta hadiah daripada para penaja dan Siti Aisyah (26) mendapat tempat ketiga dengan membawa wang tunai RM3,000 daripada Plaza Shah Alam berserta hadiah sumbangan penaja-penaja lain.

Miss Personality menjadi milik Sabrina Nizam (24) dan Miss Photogenic diberikan kepada Nur Diana Sri Tunteja (21). Kedua-duanya membawa pulang wang tunai RM1,000 daripada Plaza Shah Alam berserta hadiah tajaan.

Majlis yang diacarakan oleh Fahrin Ahmad (Aktor) bersama bekas Ikon Wanita Melayu 2018, Amy Nurtinie ini diadili lima juru profesional iaitu Vanidah Imran (Aktres), Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen UiTM), Kiffy Razak (Pengarang Urusan majalah NONA), Puan Azura Mokhtar (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam) dan Mas Idayu (Selebriti).

Menyorot kembali perjalanan program PWM 2022, Seramai lebih 200 peserta hadir bagi sesi uji bakat yang diadakan selama dua hari pada 23 & 24 Julai lalu diikuti sesi separuh akhir yang berlangsung 6 Ogos menyaksikan 25 peserta bertanding untuk layak ke peringkat akhir.

Aqila menumpaskan harapan sembilan finalis lain iaitu Siti Aisyah (26), Puteri Ermisha Qistina (19), Nur Yasmin (24), Nur Izzatul Aqma (20), Nur Shalia (26), Yaserah Ali (25), Sabrina Nizam (24), Nur Diana Sri Tunteja (21) dan Nur Athiyah Hazirah (26) untuk bergelar Ikon Wanita Melayu Tahun ini.

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.