Berminat Menjadi Profesional Dalam Pelaburan Bursa Malaysia?

Jika bidang perakaunan ada sijil profesional seperti ACCA, CPA dan seangkatan dengannya, tak ramai yang tahu bahawa anda boleh menjadi seorang profesional dalam pelaburan saham. Tujuan adanya pensijilan ini, adalah supaya memberi kredibiliti kepada seseorang bahawa beliau mempunyai kelayakan dan pengiktirafan yang sewajarnya.

Pakar pelaburan dan penganalisa yang hebat-hebat biasanya bekerja sebagai remisier, broker dan pengurus dana (fund manager). Sebagai contoh pengurus dana bank, KWSP, Permodalan Nasional Berhad dan banyak lagi. Mereka inilah yang dipanggil profesional dalam industri pelaburan Malaysia.

Kalau nak jadi sehebat mereka, berikut adalah pensijilan yang sesuai:

1. Diploma in Investment Analysis (UiTM)

Pautan: Universiti Teknologi Mara

Program 3 tahun ini merangkumi subjek-subjek seperti berikut:

  • Pengurusan Pelaburan
  • Operasi & Peraturan Pasaran Sekuriti
  • Analisa & Penilaian Ekuiti
  • Analisa Teknikal
  • Analisa & Penilaian Sekuriti Pendapatan Tetap
  • Pengurusan Portfolio
  • Niaga Hadapan & Opsyen
  • Analisa Kewangan

Dah grad nanti, boleh cari kerja dalam bidang berikut:

  • Perbankan
  • Kewangan
  • Pelaburan
  • Sekuriti
  • Pembrokeran

2. Degree BSc (Hons) Finance & Investment (UCSI)

Pautan: Universiti UCSI

Program 3 tahun ini merangkumi subjek-subjek berikut:

  • Pasaran Kewangan dan Institusi Islam
  • Pengurusan Kewangan
  • Makroekonomi
  • Analisa Pelaburan
  • Analisa Ekuiti

Anda juga akan dapat pengiktiran daripada:

  • Financial Planning Association of Malaysia (FPAM)
  • The Chartered Institute for Securities & Investment (CISI)

Dah grad nanti, boleh cari kerja dalam bidang berikut:

  • Penganalisa Pelaburan
  • Pengurus Kredit
  • Bendahari
  • Penganalisa Kewangan
  • Pengurus Dana
  • Penganalisa Kredit
  • Perancang Kewangan
  • Broker Pelaburan
  • Banker Pelaburan
  • Pengurus Risiko
  • Peniaga Kewangan

3. MSTA

Pautan: Malaysian Association of Technical Analysts (MATA)

Nama panjang MSTA adalah Diploma in Technical Analysis by United Kingdom Society of Technical Analysts (UK-STA). Malaysian Association of Technical Analysts (MATA) dengan kerjasama Persatuan Remisier Bumiputra (PRIBUMI) berganding bahu menjalankan kursus MSTA ini di Malaysia dan graduan pensijilan ini akan digelar sebagai Certified Chartist.

Khabarnya ada tak sampai 100 orang Certified Chartist di Malaysia. Mereka ini mahir menganalisa carta dengan lebih mendalam. Kosnya pun boleh tahan, dalam RM18,000 untuk 2 peringkat peperiksaan.

Presiden MATA: Nik Ihsan Raja Abdullah

4. Certified Financial Technician (CFTe)

Pautan: Malaysian Association of Technical Analysts (MATA)

Bagi mereka yang dah ada ilmu pelaburan saham, ambil exam ini dan anda akan dapat pengiktirafan CFTe. Kursus ini dijalankan bersama-sama dengan International Federation of Technical Analysis (IFTA). Jika dah ada pengiktirafan ni, nama anda dalam industri akan turut naik kerana tak ramai pun yang ada CFTe ini.

Antara sifu saham yang mempunyai kelulusan ini adalah Tuan Hj Mohd Asri.

5. Certified Market Technician (CMT)

Pautan: CMT Association

Nak jadi penganalisa teknikal yang hebat? Bila tengok carta saham dapat lihat apa yang orang lain tak nampak? Ada 3 peringkat dalam CMT, level III tu paling tinggi.

Di antara subjek yang akan dipelajari:

  • Kajian Kuantitatif dan Perdagangan
  • Pengurusan Risiko
  • Kewangan Kelakuan Digunapakai (Applied Behavioral Finance)
  • Pengurusan Portfolio

Kalau nak tahu, di dunia ni baru ada 1,387 orang pemegang sijil CMT – memang rare sangat golongan ini.

6. Capital Markets Services Representative’s Licence (CMSRL)

Pautan: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Ada 2 jenis lesen yang dikeluarkan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, iaitu CMSL dan CMSRL. Ianya diwajibkan untuk mereka yang mengendalikan aktiviti terkawal berikut:

  • Berurusan dalam sekuriti
  • Berurusan dalam derivative
  • Pengurusan dana
  • Berurusan dalam skim pencen swasta (Private retirement scheme/PRS) *
  • Memberi nasihat dalam kewangan korporat
  • Memberi nasihat dalam pelaburan
  • Perancangan kewangan

Senang cerita, nak jadi remisier ke broker ke atau nak keluarkan tips saham apa untuk dibeli, perlu mempunyai lesen CMSRL ini.

* Ejen dan kakitangan pemegang CMSL yang berurusan dengan PRS tidak perlu memegang CMSRL. Walaubagaimanapun, mereka perlu berdaftar dengan Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) dan patuh dengan peruntukan atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Tetapkan Fokus Dan Terus Belajar

Nak terlibat secara langsung dengan pasaran saham Bursa Malaysia? Jadilah golongan profesional dengan mendapatkan sijil, lesen dan ijazah yang berkaitan seperti di atas.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.