Proton Meterai MoA Baharu Dengan smart Di China

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) — Proton Holdings Bhd, pengeluar kereta nasional hari ini menandatangani memorandum perjanjian (MoA) baharu dengan smart Automobile Co Ltd (smart), usaha sama di antara Mercedes-Benz dan Geely Group untuk mengkaji kebolehlaksanaan pemasangan kenderaan smart secara tempatan di kilang Proton Tanjung Malim pada Ekspo China-Asean (CAEXPO) 2023 di Nanning, China.

Dalam satu kenyataan hari ini, Proton berkata pemeteraian itu dibuat tepat 20 bulan selepas kedua-dua pihak menandatangani dokumen serupa pada 2022 yang membawa kepada pelantikan Proton sebagai pengedar rasmi kenderaan smart di Malaysia dan Thailand.

“MoA baharu antara Proton dan smart Automobile membawa kerjasama kami ke tahap baharu kerana kini kami bercakap tentang memasang model smart di Malaysia.

“Sebagai pengeluar automotif, Proton sentiasa berhasrat untuk meningkatkan penglibatan kami dengan smart melangkaui pengedaran untuk rantau ASEAN kerana terdapat banyak kecekapan untuk dimanfaatkan memandangkan kedua-dua syarikat adalah ahli Geely Group,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Li Chunrong.

Pengeluar kereta nasional itu menyatakan bahawa berikutan pemeteraian MoA pada 2022, Proton telah mencapai kemajuan besar dalam usahanya untuk mewakili smart di rantau ini.

“Proton komited untuk memperkenalkan lebih banyak kenderaan tenaga baharu (NEV) pada masa hadapan. Selepas pelancaran Proton X90 iaitu NEV pertama kami, kami teruja apabila berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang EV daripada kerjasama kami dengan smart.

“Pada masa hadapan, semua aktiviti pengeluaran kami akan tertumpu di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, yang mana ia juga akan membantu dalam matlamat kami untuk menjadikan Malaysia hab EV serantau,” kata Li.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.