Senarai Terkini Saham Syarikat di Bursa Malaysia Yang Patuh Syariah

Baru saja semalam (23 November 2017), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengeluarkan Senarai Sekuriti Yang Baru Diklasifikasikan Sebagai Sekuriti Patuh Syariah seperti berikut:

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Kalau kita dapat lihat, di antara nama-nama besar adalah:

Berikut pula merupakan Senarai Sekuriti Yang Baru Diklasifikasikan Sebagai Sekuriti Tidak Patuh Syariah:

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Di antara nama-nama besar yang tidak lagi patuh Syariah adalah:

  • Careplus
  • Digi
  • Eversendai
  • Malaysian Bulk Carriers
  • PUC
  • Techfast
  • Tiong Nam Logistics

Apa nak buat kalau saham yang kita beli sebelum ini patuh Syariah, tapi bukan lagi patuh Syariah mengikut pengumuman terkini Suruhanjaya Sekuriti?

1. Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah, Harga Melebihi Pelaburan Pokok

2. Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah, Harga Kurang Daripada Pelaburan Pokok

Macam Mana Nak Kenal Saham Patuh Syariah?

Selain daripada rujuk dekat laman web Suruhanjaya Sekuriti, kita juga boleh tengok di trading platform dan akan ada simbol yang membezakannya dengan saham-saham syarikat yang tidak patuh syariah.

Contohnya ada simbol ‘[S]’ atau simbol bulat kecil [°] di sebelah nama saham.

Ada 686 Saham Syarikat Di Bursa Malaysia Patuh Syariah

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

686 atau sebanyak 76% saham syarikat di Bursa Malaysia kini boleh dibeli oleh orang Islam setelah ia disahkan patuh Syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Kenapa Status Patuh Syariah Penting?

Kita sebagai orang Islam, wajib untuk kita pilih sesuatu yang halal. Jangan ragu-ragu lagi untuk membeli saham patuh Syariah, kerana ianya perlu melalui proses audit yang ketat. Bukan senang-senang nak dapat status patuh Syariah, kerana perlu mematuhi Tanda Aras Aktiviti Perniagaan 5% dan 20% serta Tanda Aras Nisbah Kewangan.

Ingat, jauhi RIBA, jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya.

Senarai ini akan dikemas kini dua kali setahun. Keterangan terperinci boleh dapatkan di laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Peluang Besar Depan Mata

Apa lagi, rebutlah peluang untuk melabur di Bursa Malaysia. Cuma perlu beringat, untung pelaburan saham perlu membayar zakat sebanyak 2.5% daripada untung kita tadi.

Selamat Melabur!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Berjaya Food Sekali Lagi Rugi, Kali Ini Sebanyak RM14.32 Juta

KUALA LUMPUR: Berjaya Food Bhd mencatatkan satu lagi kerugian pada suku yang baru berakhir apabila kos dan perbelanjaan terus melebihi pertumbuhan hasil yang kecil.

Kerugian bersih bagi pemegang francais rangkaian kopi Starbucks itu berjumlah RM14.32 juta bagi tempoh tiga bulan berakhir 31 Mac 2026, suku ke-10 berturut-turut syarikat berada dalam kerugian.

Namun begitu, kerugian lebih rendah berbanding RM37.19 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2025 hasil langkah kawalan kos dan penutupan kedai.

Hasil bagi suku dikaji meningkat 4.9 peratus tahun ke tahun kepada RM119.14 juta, sebahagian besarnya didorong oleh operasi luar negara.

Walau bagaimanapun, Berjaya Food Bhd kekal optimis terhadap prospeknya dengan menyatakan bahawa usaha-usaha terkini mula menunjukkan hasil.

“Kumpulan menjangkakan prestasi operasi dan kewangan akan terus kukuh, disokong oleh inisiatif pemasaran dan promosi yang berterusan, usaha rasionalisasi kedai yang sedang dijalankan, serta pendigitalan berterusan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan sama ada dalam talian mahupun di kedai,” katanya.

Berjaya Food kini giat mengembangkan operasi di luar negara sambil memperkukuh jenama lain dalam portfolionya termasuk Paris Baguette dan Krispy Kreme Doughnuts bagi mengekang kerugian berterusan.

Di pasaran tempatan pula, syarikat menutup cawangan Starbucks dan restoran Kenny Rogers Roasters yang tidak mencatatkan prestasi baik.

“Inisiatif yang dilaksanakan ini telah menunjukkan peningkatan dalam prestasi kumpulan dan dijangka terus memberikan sumbangan positif pada suku akan datang, disokong oleh penambahbaikan lanjut dalam kecekapan operasi,” katanya.

— Berita Harian