Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) — Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini berikutan pelabur yakin dengan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah, kata seorang penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.3700/3850 berbanding dolar US berbanding 4.3805/3850 ketika ditutup pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penurunan berterusan dalam indeks dolar AS (DXY) memberi petunjuk bahawa penurunan kadar faedah di AS dijangka berlaku seawal September tahun ini, menyaksikan peniaga menurunkan permintaan terhadap dolar US.

“Ini memberi manfaat kepada mata wang negara sedang pesat membangun termasuk ringgit.

“Simposium Jackson Hole yang berlangsung minggu ini di AS akan memberi beberapa petunjuk kerana pengerusi Fed AS Jerome Powell akan memberi lebih banyak penerangan mengenai potensi penurunan kadar faedah pada September depan,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata paras sokongan seterusnya bagi ringgit ialah 4.30 berbanding dolar US dengan mengandaikan bahawa AS cenderung untuk menurunkan kadar faedah.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9799/9905 daripada 2.9946/9979, melonjak berbanding pound Britain kepada 5.6771/6966 daripada 5.6784/6843 ketika ditutup pada Isnin bagaimanapun jatuh berbanding euro kepada 4.8446/8612 daripada 4.8339/8388 semalam.

Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN,

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3412/3530 daripada 3.3424/3461 pada penutupan Isnin dan menokok berbanding peso Filipina kepada 7.71/7.74 daripada 7.73/7.74 sebelum ini.

Ia juga meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 280.9/282.1 berbanding 281.6/282.1 ketika ditutup semalam bagaimanapun merosot berbanding baht Thailand kepada 12.7142/7664 daripada 12.7126/7308 sebelumnya.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Malaysia Harungi 100 Hari Krisis Global, Bekalan Kekal Stabil

PUTRAJAYA, 14Jun (Bernama) –Malaysia kekal dalam kedudukan yang relatifnya kukuh dengan jumlah bekalan bahan apt, makanan serta ubat-ubatan penting masih mencukupi susulan pelaksanaan langkah intervensi awal dan pengurusan krisis yang diselaraskan, kata Penasihat Ekonomi Perdana Menteri Nurhisham Hussein.

Beliau yang juga Ketua Sekretariat Pasukan Petugas Pengurusan Krisis Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) berkata keutamaan segera kerajaan sejak krists global tubermula adalah memastikan bekalan barangan serta perkhidmatan penting tidak terjejas.

“Perkara pertama (keutamaan kata) adalah memastikan ada bekalan yang mencukupi. Dari segi bekalan bahan apt, kita mempunyai stok yang mencukupi sehingga Julai, malah sedang membuat persiapan untuk Ogos

“Bagi makanan pula, bekalan lebih daripada mencukupi dalam semua kategori utama termasuk beras, ayam, telur, makanan laut, sayur-sayuran serta buah-buahan” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama sebagat mengulas krisis di Asia Barat itu yang kini memasuki hart ke-100.

Menjelaskan selanjutnya, Nurhisham berkata kebimbangan mengenal keterjaminan makanan juga kekal terkawal pada masa ini dengan sebarang impak ketara daripada gangguan bekalan global hanya dijangka berlaku pada tempoh yang lebih lewat.

“Bagi produk seperti ayam dan telur, kitaran pengeluaran adalah lebih pantas laitu sekitar 40 hari dan kita masih menerima bekalan makanan ternakan mencukupi pada harga yang berpatutan. Setakat ini misalnya, tiada sebarang kebimbangan ketara membabitkan aspek bekalan” katanya.

Bekalan tenaga, penjagaan kesihatan kekal terjamin

Dari segi tenaga, Nurhisham berkata kapasiti perjanaan tenaga elektrik Malaysia masih mencukupi meskipun pasaran tenaga global masih tidak menentu.

Jelas beliau, kira-kira satu pertiga usaha perjanaan tenaga elektrik Malaysia adalah gas asli cecair (LNG) dengan sebahagian besarnya dihasilkan dalam negara manakala jaminan import arang batu adalah menerusa kontrak jangka panjang.

“Pada masa ini, perjanaan tenaga bukan isubagi kita. Cabarannya adalah dari segi mengurus permintaan, terutamanya tahun ini yang dijangka menjadi tahun yang lebih panas,” katanya.

Kenyataan beliau itu menyusui peringatan Jabatan Meteorologi Malaysia atau MetMalaysia dan agensi cuaca global mengenal kemungkinan berlakunya fenomena El Nino lewat tahun ini yang menyebabkan cuaca lebih panas dan kering.

MetMalaysia memaklumkan model iklim global menunjukkan kebarangkalian 62 peratus El Nino terbentuk pada tempohJun hingga Ogos 2026 manakala Pertubuhan Meteorologi Dunia menganggarkan kebarangkalian 80 peratus fenomena ituberlaku dalam tempoh sama

Merujuk sektor penjagaan kesihatan, Nurhisham berkata lebih 70 peratus bekalan ubat-ubatan dalam sistem kesihatan awam pada masa ini adalah di paras melebihi tiga bulan dan pihak berkuasa sedang memantau rapat sebilangan kecil item yang mempunyal Inventort lebih rendah

“Kebanyakan ubat yang dikategorikan sebagai kritikal mempunyai rawatan alternatif. Bagi peralatan perubatan, terdapat beberapa bahan habis pakat dengan stok agak rendah namun kita mempunyai pelbagai pembekal dan keadaan masih terkawal” katanya.

Beliau turut memun tindakbalas pantas Kementerian Kesihatan memanfaatkan sistem yang dibangunkan sewaktu pandemik COVID-19 dan membolehkan pihak berkuasa menilai tahap stok dengan cepat serta merentasi sektor kesihatan awam dan swasta

Kerajaan komited terhadap keutamaan pembangunan

Selain itu, sambil mengakui krisis itu turut memberi tekanan ke atas sektor tertentu, terutama pembinaan, Nurhisham berkata Impak secara menyeluruh terhadap ekonomi Malaysia setakat ini adalah terhad.

Sektor seperti pembinaan pada awalnya terjejas akibat kenalkan harga bahan api diesel dan kosbahan binaan, namun keadaan sudahberansur stabil apabila harga mereda dalam beberapa bulan lepas.

Beliau turut menyangkal kebimbanganbahawa krisis itu akan mendorong peningkatan ketara bagi pinjaman kerajaan dan menegaskan kerangka fiskal Malaysia tidak membenarkan tindakan meminjam untuk tujuan pembiayaan subsidi.

“Subsidi perlu dibiayai menerusi hasil kerajaan, bukannya pinjaman. Sebarang peningkatan defisit fiskal akan sebahagian besarnya mencerminkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih perlahan, bukannya pinjaman yang lebih tinggi,” katanya.

Di sebalik tekanan fiskal tambahan susulan pelaksanaan subsidi bahan api, bellauberkata kerajaan kekal komited terhadap keutamaan pembangunan yang penting.

Ini membabitkan projek seperti tebatan banjir, bekalan air, penjanaan tenaga elektrik, jalan raya, sekolah dan hospital yang akan diteruskan sebagaimana dirancang.

“Projek-projek ini tidak boleh ditangguhkan. Keutamaan pembangunan kerajaan kekal tidak berubah kerana kritikal terhadap data tahan serta pertumbuhan negara bagi jangka panjang,” katanya.

Usaha pemuliharaan teras urus krisis

Bagi prospek masa depan, Nurhisham menekankan aspek pengurusan permintaan dan pengurangan sisa adalah kritikal dalam memastikan Malaysia kekal berdaya tahan sekiranya krisis ituberpanjangan.

Antara pendekatan yang digalakkan adalah pengaturan bekerja dari rumah yang praktikal, pengurangan penggunaan elektrik oleh sektor kerajaan, menge had kan perjalanan tidak penting serta meninjau waktu pembukaan sekolah secara berperingkat bagi mengurangkan kesesakan trafik dan penggunaan bahan apt.

Pada masa sama, behau menekankan bahawa pembaziran makanan sebagai antara isu utama yang memerlukan perhatian segera.

“Kita membuang makanan dalam jumlah besar setiap tahun. Jika kita dapat mengurangkan pembaziran merentasi rantalan bekalan dan pada peringkat isi rumah, kita juga dapat mengurangkan kos serta membolehkan bekalan dapat bertahan lebih lama,” katanya.

Persediaan lebih baik berbanding 100 hari lepas

Mengulas keadaan sewaktu 100 hari pertama berlakunya krisis bekalan global, Nurhisham berkata kerajaan kini pada kedudukan lebih baik berbanding peringkat awal apabila jurang maklumat mencetuskan ketidaktentuan dalam kalangan penggubal dasar serta penggiat industri.

“Pada masa ini, kita mempunyai gambaran lebih jelas. Kita juga ada mekanisme sesuat dan pihak industri juga sedia maklum untuk mendapatkan sumberbekalan, termasuk alternatif domestik.

“Kitaberada dalam kedudukan yang jauh lebih selesa berbanding dua bulan lepas,” katanya

Nurhisham juga menegaskan walaupun situasi semasa masih terkawal, usaha dalam bentuk kerjasama berterusan daripada kalangan perniagaan dan pengguna adalah penting dalam memastikan Malaysia dapat mengharungi krisis ini dengan gangguan terhad ke atas pekerjaan pendapatan serta aktiviti ekonomi.

— BERNAMA