Bursa Malaysia Lancar Shares2U Bagi Tingkat Penyertaan Pelabur Runcit


KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia Bhd melancarkan Shares2U iaitu satu skim pemindahan sekuriti yang membolehkan organisasi peserta (PO) memberi ganjaran kepada pelabur runcit menerusi saham tersenarai di Bursa Malaysia yang layak sebagai sebahagian daripada kempen pemasaran mereka.

Bursa Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata Shares2U direka bagi meningkatkan penglibatan merentas pelbagai profil pelabur.

Selain itu, katanya, ia menggalakkan pelabur baharu merintis perjalanan pelaburan masing-masing, mendorong pelabur sedia ada untuk mengaktifkan semula akaun tidak aktif serta memberi ganjaran kepada penyertaan pelabur aktif.

“Bagi broker, ia menggalakkan pendekatan berasaskan digital dalam interaksi dengan pelanggan, membolehkan kempen yang dinamik dan berorientasikan nilai melebihi pemasaran tradisional.

“Melalui Shares2U, PO boleh memberi ganjaran kepada pelabur dengan saham terpilih apabila mereka melaksanakan tindakan tertentu seperti membuka akaun sistem depositori pusat, mendepositkan dana atau melaksanakan dagangan sekali gus meningkatkan pemerolehan dan pengekalan pelabur,” katanya.

Sebagai permulaan, tujuh PO termasuk AmInvestment Bank Bhd, CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd, Hong Leong Investment Bank, Kenanga Investment Bank Bhd, Malacca Securities Sdn Bhd, Maybank Investment Bank Bhd dan Moomoo Securities Malaysia Sdn Bhd akan memanfaatkan Shares2U dalam kempen pemasaran masing-masing pada masa akan datang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Fad’l Mohamed berkata pelancaran Shares2U sejajar dengan matlamat bursa untuk meningkatkan keterangkuman dan penyertaan pelabur runcit yang merupakan pemacu utama kepada kerancakan pasaran modal.

“Pelabur masa kini terutamanya generasi muda yang celik digital mengharapkan lebih daripada sekadar akses. Mereka mahukan nilai, penyesuaian dan pengalaman yang menarik.

“Shares2U memperkasakan organisasi yang mengambil bahagian untuk memenuhi jangkaan ini sambil menggalakkan penyertaan runcit yang lebih meluas,” katanya.

Bursa Malaysia turut berkata pihaknya akan bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi memastikan inisiatif ini dilaksanakan dengan langkah perlindungan yang sewajarnya bagi melindungi pelabur.

Ia memaklumkan perundingan industri yang menyeluruh dijalankan dengan PO bagi memastikan rangka kerja ini dapat dilaksanakan secara operasi selain seiring dengan keperluan pasaran.

–BERNAMA


Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.