Bursa Malaysia Keluar Pertanyaan UMA Kepada MClean Technologies

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan berhubung aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada MClean Technologies Bhd berikutan kenaikan mendadak harga dan jumlah dagangan sahamnya pagi ini.

Selepas dibuka pada harga 47.5 sen pagi ini, saham syarikat itu meningkat sebanyak 13.97 peratus kepada paras tertinggi 53.0 sen daripada 46.5 sen ketika ditutup semalam.

Dalam satu kenyataan, bursa itu menasihatkan para pelabur untuk memberi perhatian kepada jawapan syarikat terhadap pertanyaan berkenaan yang akan disiarkan di laman web Bursa Malaysia di bawah pengumuman syarikat sebelum membuat keputusan.

MClean Technologies merupakan syarikat pegangan pelaburan yang menyediakan perkhidmatan rawatan permukaan, pembersihan berketepatan dan pembungkusan produk merangkumi pemacu cakera keras dan elektronik pengguna hinggalah kepada industri minyak dan gas.
— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Penjagaan Kesihatan: Pertumbuhan Bertahan Ketika Pasaran Semakin Tidak Menentu

Saranan WAJARAN TINGGI kekal; Saham Pilihan Utama: KPJ Healthcare (KPJ), LAC Med (LACMED), dan Duopharma Biotech (DBB)

Suku tahun pelaporan untuk bulan Mac rata-ratanya menepati jangkaan, dengan trend-trend berstruktur terus kukuh walaupun prestasi lazimnya menurun. Saranan WAJARAN TINGGI kami untuk sektor ini terus dikuatkan oleh permintaan klinikal yang bersifat tidak elastik, yang terus menawarkan pelaburan yang selamat daripada tekanan inflasi domestik yang mungkin berlaku dan ketidaktentuan geopolitik yang lebih meluas. Unjuran pihak pengurusan untuk tahun 2026 masih dikekalkan, dan kami menjangka momentum pertumbuhan perolehan akan semakin rancak pada suku-suku tahun berikutnya.

Permulaan lebih lemah secara lazimnya (satu mengatasi jangkaan; tiga menepati ramalan)

DBB berjaya mencatatkan keputusan melangkaui jangkaan, manakala IHH Healthcare (IHH), KPJ dan LACMED melaporkan keputusan yang memenuhi ramalan. Selepas keputusan diumumkan, semakan perolehan yang kecil dan pengemaskinian kewangan dibuat, tanpa sebarang perubahan dikenakan pada saranan-saranan saham kami. Lebih penting, kami merendahkan TP DBB kepada MYR1.56 sambil mengekalkan saranan BELI setelah mempertimbangkan premium risiko yang lebih tinggi susulan ketidaktentuan membabitkan penangguhan tender Senarai Pembelian Produk yang Diluluskan (APPL) yang akan datang.

Syarikat penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan

Seperti yang diramalkan, kelemahan yang berturutan pada 1Q26 secara amnya bersifat bermusim, diburukkan oleh ketibaan dua musim perayaan, dengan Tahun Baharu China dan Aidil Fitri jatuh pada suku tahun tersebut, yang menyebabkan kadar penggunaan katil lebih rendah. Berdasarkan penjejak penjagaan kesihatan tempatan kami (yang merangkumi IHH, KPJ dan Sunway Healthcare (SUNMED MK, TIADA SARANAN)), hasil bagi sektor 1Q26 (operasi tempatan sahaja) berkembang 11% YoY (-7% QoQ), yang diperkukuh oleh kadar kemasukan pesakit wad yang lebih tinggi (+2% YoY) dan intensiti hasil yang lebih kukuh (+6–12% YoY).

Sementara itu, margin EBITDA agregat kembali normal kepada 23.3% (daripada paras puncak pada 4Q25: 27.4%), sambil masih meningkat sebanyak 0.8ppt YoY, sekali gus mencerminkan langkah pengawalan kos yang sedang dijalankan dan kekukuhan hasil berstruktur.

Strategi

Keadaan makroekonomi secara lebih meluasnya semakin dibayangi oleh risiko-risiko inflasi, ketidaktentuan geopolitik, dan kemungkinan pilihan raya umum yang akan tiba. Walau bagaimanapun, kami percaya kemampuan sektor ini untuk memastikan pengendali-pengendali hospital mengalihkan kenaikan opex dengan kurangnya kesan pada permintaan, layak diberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Dengan itu, kami mengekalkan saranan WAJARAN TINGGI terhadap sektor (selaras dengan pendirian pelaburan bertahan teras untuk Malaysia (MY) dan melihat penurunan harga bagi saham-saham bawah liputan kajian kami daripada paras puncak sebagai peluang menarik untuk pelabur membuat pembelian.

Kami terus menggemari KPJ kerana rekod prestasi pelaksanaannya yang mantap, penggunaan model hub-and-spoke yang boleh skala, dan potensi pertumbuhan perolehan dalam jangka panjang yang dipacu oleh langkah pengoptimuman operasi dan pengembangan kapasiti. Pada pandangan kami, KPJ mempunyai tahap fleksibiliti operasi yang paling tinggi dalam sektor ini untuk ia menyesuaikan diri dengan reformasi-reformasi penjagaan kesihatan yang berstruktur pada masa depan.

Risiko-risiko negatif utama pada saranan sektor kami

Kos-kos operasi yang lebih tinggi daripada jangkaan, kunjungan pesakit/pertumbuhan intensiti hasil yang lebih rendah daripada yang diramalkan, dan perubahan kawal selia yang merugikan. Sekiranya nilai mata wang USD melemah dengan ketaranya, IHH mungkin berhadapan dengan kesan-kesan penukaran FX yang buruk yang menjejaskan perolehan luar negara sementara DBB mungkin menerima manfaat daripada penurunan kos untuk ramuan farmaseutikal aktif (API) yang diimport.

Rumusan Keputusan 1Q26 Dan Prospek

Penganalisis
Eddy Do +603 2302 8125 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.