

Saranan WAJARAN TINGGI kekal; Saham Pilihan Utama: Tenaga Nasional (TNB), YTL Power (YTLP), Solarvest dan Samaiden. Perolehan 4Q25 yang dicatatkan oleh sektor tenaga dilihat menepati jangkaan.
Daripada sembilan syarikat bawah liputan kajian kami yang melaporkan keputusan kewangan, dua mencatat perolehan tersasar, dua melangkaui jangkaan, dan selebihnya menepati ramalan. Keputusankeputusan daripada syarikat bermodal besar (dengan modal pasaran melebihi MYR2bn) yang merangkumi 71% liputan sektor tenaga kami, berjaya mencapai ramalan yang ditetapkan.
Dalam kalangan saham utiliti bermodal besar, TNB dan YTLP mencatat keputusan memenuhi jangkaan
TNB merekodkan kadar cukai berkesan (ETR) lebih rendah semasa 4Q dan ia memenuhi andaian kami namun mengatasi andaian konsensus. YTLP turut menerima sumbangan hasil lebih kukuh daripada segmen airnya yang dilemahkan oleh prestasi perniagaan penjanaan tenaganya yang lebih rendah.
Petronas Gas (PTG) dan Malakoff mencatat keputusan perolehan tersasar
Perolehan bagi Petronas Gas susut 7% YoY akibat paras ETR dan opex lebih tinggi daripada yang sepatutnya, manakala Malakoff terjejas oleh gangguan operasi di lojiloji arang batunya.
Prestasi baik daripada saham-saham suria dan air
Antara saham suria bawah liputan kami, Samaiden mencatat kenaikan luar jangkaan susulan pengiktirafan
beberapa projek berskala utiliti secara berperingkat. Pada masa sama, perolehan Solarvest dilihat mencapai ramalan, dengan buku pesanan belum bayarnya menokok 16% QoQ kepada paras tertinggi berjumlah MYR1.5bn.
Dalam ruang utiliti air pula, Ranhill Utilities (RAHH) melakar prestasi luar biasa akibat paras margin lebih kukuh daripada ramalan selepas kenaikan kadar tarif, sedangkan Taliworks Corp (TWK) mencatat perolehan memenuhi jangkaan.
Kami menyukai tenaga sebagai sektor bertahan
Sekiranya ketegangan geopolitik yang melanda sekarang berlarutan sehingga menyebabkan pasaran mengelakkan sebarang risiko. Hal ini demikian kerana saham-saham utiliti bermodal besar (seperti TNB, PTG) kurang terdedah kepada risiko-risiko bukan domestik (kos bahan api, operasi luar negara, kos bahan api terkawal dan FX), manakala kerangka kawalan menawarkan perolehan yang stabil dengan pulangan dividen 4-5%.
Tambahan itu, kami melihat YTLP sebagai bakal penerima manfaat daripada kenaikan harga gas yang membawa kepada perbezaan harga yang lebih tinggi. Sementara itu, mekanisme pengalihan kos untuk perniagaan terkawal milik TNB dan PTG memastikan perolehan mereka menerima kesan yang neutral daripada turun naik kos. Dengan itu, kami lebih cenderung untuk memilih TNB, YTLP dan PTG dalam persekitaran pasaran yang menghindari risiko.
Pilihan sektor
Kami terus mengekalkan saranan WAJARAN TINGGI pada sektor ini. TNB masih menjadi Saham Pilihan Utama kami kerana ia merupakan penerima manfaat utama daripada pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), dengan kerangka kawalan memberikan ia asas perolehan yang stabil.
Kami menggalakkan pelabur untuk mengumpul saham-saham Solarvest dan Samaiden susulan pembetulan harga baru-baru ini kerana kami ramalkan kesan yang minimum daripada penarikan rebat cukai nilai tambahan (VAT) terhadap pemain-pemain suria.







Penganalisis
Max Koh +603 2302 8131 ([email protected]) dan John Liew +603 2302 8105 ([email protected])
Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.
















