Macam Mana Tahu Anda Menghadapi Masalah Kewangan? Lihat Tanda-Tanda Ini

Kebiasaannya ramai yang masih lupa daratan apabila terima duit gaji terus dibelanjakan tanpa terfikir untuk simpan. Dan masih ramai juga yang masih tidak jumpa rentak untuk mengurus kewangan mereka secara bijak dan baik.

Hal ini telah menyumbang kepada masalah kewangan yang kronik kepada anda. Hinggakan ada di kalangan mereka yang tanpa sedar duit dah habis ataupun baru sahaja sampai pertengahan bulan dah jadi papa kedana.

Bagaimana caranya untuk mengetahui lebih lanjut yang sebenarnya anda adalah seorang yang mempunyai masalah kewangan yang kronik?

Baca dan hadamkan tanda-tanda ini, jika anda mengalami tanda-tanda yang sama, ini menunjukkan bahawa sebenarnya anda mempunyai masalah kewangan.

1. Berbelanja Melebihi Pendapatan

Sumber : Freepik

Ini adalah masalah paling biasa berlaku di mana ramai yang tersasar jauh dengan berbelanja mengikut hawa nafsu tanpa melihat jumlah pendapatan yang dimiliki. Lebih ramai yang mementingkan kehendak diri berbanding keperluan diri. Dan disebabkan itu ramai yang terjebak dalam krisis kewangan yang kronik.

2. Hutang Melebihi Daripada Kemampuan

Tidak dinafikan, pada masa kini, ramai yang terpaksa memilih jalan berhutang untuk membeli sesuatu. Contohnya adalah hutang kereta. Pendapatan anda mengatakan anda layak untuk membeli kereta namun, ia bukan bermakna anda mampu untuk membeli kereta yang memberikan kadar bayaran ansuran bulanan yang tinggi setiap bulan.

Jika pendapatan anda hanya layak untuk sebuah kereta Viva, mengapa perlu membeli kereta Honda yang ternyata membebankan anda sebagai pembeli sekaligus pengguna? Kesudahannya, apabila tidak mampu membayar ansuran bulanan, kereta ditarik, hutang kereta juga tidak selesai.

3. Penggunaan Kad Kredit

Sumber : Freepik

Adakah anda sedar bahawasanya kad kredit adalah pembunuh utama di kalangan penggunanya. Kadar faedah yang tinggi ternyata mengancam anda sebagai pengguna ke lembah bankrap. Ramai yang seronok berbelanja menggunakan kad kredit sehingga kadang kala tidak perasan  bahawa perbelanjaan tersebut telah melebihi limit.

Sekiranya anda tidak bijak mengawal dalam berbelanja menggunakan kad kredit, kadar hutang anda akan meningkat dengan kadar yang cepat. Pentingnya untuk sentiasa beringat.

4. Lambat Membayar Bil Utiliti

Tahukah anda, semakin lewat anda melunaskan segala jenis bil utility yang anda anda maka semakin meningkat jumlah bil anda akibat daripada tunggakan-tunggakan lepas sekaligus meningkatkan jumlah hutang anda

Kelewatan anda membayar jumlah bil utility menunjukkan anda kewangan anda berada pada tahap yang tidak stabil.

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.