Cap Dagangan ‘Tea Pot’ Dijual Pada Nilai RM83.17 Juta

Bila sebut saja susu pekat manis cap ‘Tea Pot’ pasti menggamit kenangan rakyat Malaysia yang biasa melihat iklannya di televisyen sekitar tahun 80-an dan 90-an.

Selain daripada susu cap junjung dan F&N, ‘Tea Pot’ adalah antara jenama susu pekat manis yang popular pada zaman itu. Ketika itu, masih belum banyak jenama-jenama lain yang bersaing di dalam pasaran. Antara jenama baru yang muncul sejak tahun 2000 adalah susu pekat jenama Saji, Marigold dan lain-lain.

Walaupun banyak jenama yang ada di luar sana, tetapi jenama seperti ‘Tea Pot’, susu cap junjung dan F&N tetap menjadi pilihan emak dan ayah kita kerana dekatnya jenama itu di hati mereka yang telah berpuluh tahun mereka gunakan.

Saya pasti anda yang berumur 30 tahun ke atas merindui zaman itu bukan bila terimbau iklan yang keluar di kaca televisyen.

Namun, bukan sejarah susu-susu pekat ini sebenarnya yang kita mahu bincangkan, tetapi berita bahawa penjualan cap dagangan ‘Tea Pot’ oleh anak syarikat F&N.

‘Tea Pot’ Dijual Pada Harga RM83.17 Juta

Anak syarikat Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB), Lion Share Management Ltd menjual cap dagangan ‘Tea Pot’ dengan nilai tersebut melibatkan urus niaga pihak yang berkaitan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata Lion Share Management telah memeterai perjanjian jual dan beli bersyarat dengan F&N Global Marketing Pte Ltd, anak syarikat langsung Fraser and Neave, Ltd.

Di bawah perjanjian itu, Lion Share Management akan menjual dan memberikan sepenuhnya kepada F&N Global Marketing, antara lainnya, semua hak, hak milik dan kepentingan dalam jenama ‘Tea Pot’ di mana-mana di dunia.

Lion Share Management, pemilik berdaftar perkataan dan cap dagangan peranti ‘Tea Pot”, membeli jenama tersebut pada 1 Feb dengan nilai RM75.37 juta.

F&NHB berkata cadangan penjualan itu akan membolehkan kumpulan memberi tumpuan kepada mengembangkan pasaran dan meluaskan jenama Tea Pot di Asia Tenggara, Timur Jauh, Timur Tengah dan Afrika Utara.

Selain itu, ia memanfaatkan kepakaran F&N Global Marketing dalam menguruskan jenama dan harta intelek yang berkaitan.

Malah, F&N Global Marketing telah mewujudkan kepakaran dalam penyelidikan dan pembangunan, pelesenan jenama dan pembangunan jenama melalui pemasaran korporatnya, serta pasukan penyelidikan dan pembangunan.

Ia turut menguruskan semua jenama F&N di bawah F&NL dan kumpulan syarikatnya (F&NL Group).

Menurut F&NHB, hasil yang diterima daripada cadangan penjualan itu akan digunakan untuk membiayai pelaburan perbelanjaan modal dan meningkatkan kedudukan modal kerjanya.

Urus niaga itu dijangka selesai pada suku ketiga tahun ini.

Sumber Rujukan:
Bernama

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.