Tawaran Pulangan Minimum 8% Setahun Dalam Skim Pelaburan LaundryBar

Siapa sangka sekarang kita boleh membuat pelaburan bersama syarikat dobi layan diri. City Coin Laundry Sdn Bhd, pengusaha dobi layan diri terbesar di Malaysia kini sedang mengembangkan perniagaan mereka.

Walaupun sudah mempunyai pegangan pasaran sebesar 25 peratus, tetapi itu masih tidak mencukupi. Untuk mencapai objektif mereka, syarikat itu telah melancarkan LaundryBar Investment Scheme pada November lepas untuk meningkatkan dana daripada orang awam.

Mereka yakin bahawa masih terdapat peluang untuk mereka berkembang dalam industri. Menurut pengasasnya, Paul Ang berkata, hanya 8 peratus daripada rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan dobi layan diri berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Beliau yakin industri tersebut akan berkembang sebanyak 2 peratus setiap tahun.

Walaupun industri dobi layan diri ini sudah mencapai tahap yang dianggap matang, tetapi pasaran masih belum mempunyai kepadatan yang tinggi. Ia masih berkembang dan masih boleh menjana keuntungan jika diusahakan dengan betul.

Pengusaha dobi layan diri ini perlu menyediakan premis yang luas dan selesa untuk pelanggan mencuci pakaian. Pelanggan memerlukan ruang yang luas dan mesin yang lebih banyak untuk memastikan keselesaan semasa mencuci pakaian.

Syarikat tersebut telah memulakan LaundryBar Investment Scheme kerana mereka memerlukan modal yang besar untuk membuka lebih banyak premis dobi layan diri bersaiz mega dan separuh mega di seluruh negara dalam masa empat tahun.

Pulangan Pelaburan Minimum Sebanyak 8% Setahun

Skim tersebut mensasarkan untuk mendapatkan dana RM75 juta dengan mengeluarkan 15,000 unit faedah yang berharga RM5,000 setiap unit. Skim tersebut menjanjikan pulangan minimum sebanyak 8 peratus  setiap tahun untuk tempoh sembilan tahun dengan pulangan tahunan adalah sebanyak 6.21 peratus.

Ang berkata beliau mensasarkan untuk membayar lebih daripada 8 peratus jika perniagaan mencapai tahap yang dikehendaki. Beliau sanggup untuk mengorbankan sedikit keuntungan untuk memberi ganjaran kepada para pelabur.

Bagi pelabur yang hendak mengeluarkan duit sebelum matang boleh menjual unit faedah mereka kepada City Coin Technology selepas tiga tahun pada harga 20 peratus diskaun prinsipal yang dilaburkan.

Pelabur masih akan mendapat pulangan sebanyak 24 peratus dalam tempoh tiga tahun tersebut. Selepas ditolak 20 peratus, pelabur masih mendapat pulangan bersih sebanyak 4 peratus jika ingin keluar daripada skim tersebut.

Bagi outlet mega pula, Ang telah melancarkan outlet dobi layan diri bersaiz mega di Damansara Damai pada tahun lepas. Hanya dalam masa kurang setahun (Februari – Disember) outlet tersebut menjana 42% keuntungan dan aliran tunai melebihi RM200,000. Ini bermakna, bagi outlet mega seperti ini, ia dapat mensasarkan pulangan modal dalam tempoh kurang daripada empat tahun.

Bagaimana Nak Melabur Dalam Perniagaan LaundryBar ini?

Ada dua cara di sini, pertama menjadi franchisee dan kedua melabur dalam skim yang disediakan dengan jaminan pulangan 8% dengan perkongsian keuntungan setiap tahun.

Kita akan bincangkan dengan terperinci skim pelaburan yang disediakan oleh City Coin Laundry Sdn Bhd pemilik kepada jenama Laundry Bar.

Modal minimum RM5,000 sahaja diperlukan untuk menjadi salah seorang pelabur di dalam syarikat ini.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, skim pelaburan ini selamat kah?

Untuk pengetahuan anda skim ini dinamakan sebagai Skim Pelaburan LaundryBar yang mana diluluskan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan termaktub di bawah Akta Skim Kepentingan 2016.

Pemegang amanah kepada skim ini adalah UBB Amanah Bhd, manakala juru auditnya adalah firma perakaunan James & Co.

Satu lagi persoalan adalah kenapa pula City Coin Laundry Sdn Bhd mahu mendapatkan dana melalui skim yang menjanjikan faedah seperti ini dan bukannya mendapatkan pinjaman di bank?

Pengurusnya berkata, terdapat had pinjaman yang boleh diberikan berdasarkan aset perniagaan yang dijadikan sebagai kolateral.

Daripada dana yang dijana daripada skim pelaburan ini, sebanyak 70% wang pelabur akan digunakan bagi pembelian aset seperti peralatan mesin basuh, manakala 30% lagi akan digunakan untuk tujuan ubahsuai kedai.

Pengurusnya berkata pelabur dilindungi di bawah Akta Skim Kepentingan 2016 dan boleh memanggil mesyuarat tergempar jika syarikat didapati menyalahgunakan dana pelaburan mereka.

Buat masa ini dana pelaburan dalam skim ini hanya boleh digunakan untuk membeli peralatan mesin basuh dan juga ubahsuai kedai dobi. Dana tersebut tidak boleh digunakan untuk tujuan lain kerana ia adalah haram di sisi undang-undang.

Bagaimana pula jika skim ini terhenti sebelum tempoh matang? atau syarikat ini mengalami masalah atau muflis?

Jika ini berlaku, pemegang amanah yang mewakili pelabur iaitu UBB Amanah Berhad akan membuat tindakan selanjutnya iaitu mewakili pelabur-pelabur bagi mendapatkan hak mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai skim ini, anda boleh melayari laman sesawang mereka. https://laundrybarinvestment.com

Ditulis oleh Abang Yazree Hazwan. Penulis merupakan seorang Eksekutif di sebuah syarikat penyelidikan pasaran di Malaysia. Mempunyai pengalaman dalam bidang insurans/reinsurans di syarikat reinsurans tempatan.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.