CEO Bursa Malaysia Bakal Diganti?

Ada ura-ura terbaru yang mengatakan bahawa Datuk Seri Tajuddin Atan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia bakal diganti tidak lama lagi.

Beliau merupakan Pengarah Urusan RHB Bank Berhad dan Pengarah Urusan Kumpulan RHB Capital Berhad sebelum menyertai Bursa Malaysia pada 1 April 2011.

Berpengalaman Luas Dalam Industri Kewangan

Sebelum menjadi CEO Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan mempunyai pengalaman sebagai Pengarah Bursa Malaysia selama dua tahun. Memang cukup berpengalaman dari industri perbankan komersial dan juga pihak berkuasa.

Nama-nama Lain Yang Gugur Atau Bakal Gugur

Nampak gayanya, Datuk Seri Tajuddin Atan bukan yang terakhir yang akan melepaskan jawatan beliau sejak kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 adalah. Di antara nama-nama lain yang berprofail tinggi yang telah melepaskan jawatan atau akan melakukannya tidak lama lagi adalah:

1. Datuk Seri Najib Razak – Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah Nasional)

2. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim – Pengerusi Tabung Haji (TH)

3. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah – Pengerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

4. Tan Sri Muhammad Ibrahim – Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)

5. Tan Sri Mohd Sidek Hassan – Pengerusi Petroliam Nasional Bhd (Petronas)

6. Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly – Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia (TM)

7. Tan Sri Mohd Isa Samad – Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Indeks Faktor Kualiti Pertama Bursa Malaysia Menampilkan Syarikat Dengan Ciri Kewangan Yang Kukuh

Kuala Lumpur — Bursa Malaysia (“Bursa”) hari ini melancarkan Indeks Bursa Malaysia Quality 50 (BMQ) dan Indeks Bursa Malaysia Quality 50 Shariah (BMQ-S), iaitu indeks dalaman pertama Bursa yang dibangunkan berasaskan prestasi kewangan.

Berbeza dengan indeks penanda aras utama yang kebanyakannya menjejaki syarikat berdasarkan permodalan pasaran, indeks BMQ dan BMQ-S menampilkan syarikat tersenarai yang menunjukkan ciri kewangan yang lebih kukuh dari segi keuntungan, struktur modal dan kualiti pendapatan. Faktor-faktor ini diukur melalui Pulangan ke atas Ekuiti (Return on Equity), Nisbah Hutang kepada Ekuiti (Debt-to-Equity), serta Aliran Tunai Operasi berbanding Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti.

Setiap indeks merangkumi 50 syarikat daripada Pasaran UTAMA dan Pasaran ACE yang tidak termasuk dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBMKLCI), iaitu penanda aras utama pasaran yang menumpukan sebahagian besar permodalan pasaran dan perhatian pelabur.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Dato’ Fad’l Mohamed, berkata “Pelancaran Indeks Bursa Malaysia Quality 50 dan Indeks Bursa Malaysia Quality 50 Shariah menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan inovasi indeks kami. Kami melihat kemunculan syarikat yang berdaya tahan dari segi kewangan merentasi pelbagai sektor, termasuk syarikat teknologi yang membentuk hampir 18% daripada kedua-dua BMQ dan BMQ-S. Indeks ini menyediakan titik rujukan yang mencerminkan landskap pertumbuhan yang lebih luas, sekali gus memastikan syarikat Malaysia dengan asas kukuh lebih jelas kelihatan dan mudah diakses oleh pelabur, di samping menyokong penyertaan yang lebih meluas dalam pasaran ekuiti Malaysia.”

Kedua-dua indeks BMQ dan BMQ-S menggunakan rangka kerja pembinaan indeks yang sama, dengan BMQ-S hanya merangkumi sekuriti yang diiktiraf sebagai patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Bagi memastikan indeks ini mencerminkan syarikat yang sesuai sebagai penanda aras dan rujukan pelaburan, syarikat terpilih perlu memenuhi keperluan minimum dari segi saiz dan aktiviti dagangan.

Indeks-indeks ini akan disemak dua kali setahun bagi memastikan ia terus mencerminkan keadaan pasaran semasa dan prestasi syarikat. Nilai indeks serta maklumat komponen akan tersedia di laman sesawang Bursa Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai indeks BMQ dan BMQ-S serta metodologinya, sila layari:
https://www.bursamalaysia.com/trade/our_products_services/indices/bursamalaysia-quality-50-index