Kenali 3 Jenis Pelabur Mengikut Robert Kiyosaki

Robert Kiyosaki sangat terkenal sebagai seorang jutawan dan pakar motivasi di Amerika Syarikat. Hasil penulisan bukunya yang terkenal iaitu Rich Dad, Poor Dad menjadi bahan bacaan kebanyakan orang..

Ketiga-tiga jenis pelabur yang dimaksudkan ini mempunyai gaya pemikiran dan juga pelaburan yang berbeza daripada segi masa dan wang.

Masa untuk mereka luangkan untuk ilmu atau pun tiada langsung masa untuk ilmu.

Wang pula, kemana wang mereka dilaburkan dan mereka tahu ke mana wang mereka pergi.

Dengan erti kata lain, yang membezakan ketiga-tiga pelabur ini adalah perbezaan daripada segi masa dan wang.

1. Pelabur Yang Tidak Melabur Apa-Apa

Pelabur yang tidak melabur apa-apa ini merujuk kepada pekerja biasa. Kebiasaannya pelabur jenis ini akan bekerja, dan sentiasa memperbaiki kualiti kerja mereka untuk dapatkan lebihan duit belanja. Mereka mempunyai kemahiran dan bekerja dengan tekun dan gigih dengan harapan mereka akan dinaikkan gaji dan dan dapat duit lebih. Mereka akan ‘melompat’ dan tukar kerja lain apabila mereka sudah cukup pengalaman bekerja; dengan erti kata lain mereka demand gaji yang lebih tinggi di syarikat lain.

Pelabur jenis ini akan menyimpan duit mereka atau pun tidak menyimpan duit mereka. Mereka bergantung sepenuhnya kepada pendapatan daripada majikan. Mereka tidak melabur di mana-mana tempat dan juga masa melainkan hanya sibuk bekerja.

2. Pelabur Yang Melabur Untuk Tidak Rugi

Untuk pelabur jenis ini, mereka kebiasaanya celik tentang dunia pelaburan dan mereka akan kaji tentang jenis-jenis pelaburan sebelum mereka melabur. Dengan erti kata lain, mereka melabur untuk tidak rugi dan fokus kepada yang memberi keuntungan.

Pelabur jenis ini kebiasaanya akan bekerja keras untuk menyimpan duit, berusaha untuk bebas hutang dan juga melabur untuk jangka masa panjang seperti amanah saham. Mereka akan meluangkan masa untuk sedikit ilmu dan menggunakan wang simpanan untuk pelaburan.

3. Pelabur Yang Melabur Untuk Kaya

Pelabur jenis ini kebiasaanya meluangkan masa dan wang mereka untuk pelaburan dengan harapan pelaburan untuk menjadi kaya. Pelabur jenis ini kebiasaanya ingin menguasai pelaburan mereka. Hak keputusan adalah di tangan mereka. Mereka kebiasaannya akan melabur dalam perniagaan dan juga hartanah. Kebanyakan daripada mereka adalah yang gemar mengambil risiko atau risk-taker.

Beza mereka dengan pelabur lain adalah mereka meluangkan masa mereka untuk mencari ilmu dan juga mendapatkan wang untuk tujuan pelaburan.

Sumber Rujukan: NowHartanah

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Menguji Paras Sokongan MYR4,500

  • Kekalkan pegangan belian

FCPO mengalami tekanan jualan yang kuat pada Jumaat lalu apabila ia susut MYR36 untuk ditutup pada paras lebih rendah sebanyak MYR4,505. Komoditi ini asalnya memulakan sesi dagangan pada paras MYR4,515. Selepas merekodkan paras tertinggi intrahari pada MYR4,563, ia jatuh ke paras terendah intrahari pada MYR4,492 dan menutup sesi pada harga MYR4,505 dengan corak lilin menurun. Pergerakan harga terbaru ini menandakan bahawa rentak negatif telah menjadi semakin rancak susulan penembusan garisan SMA 50 hari.

Untuk sesi-sesi seterusnya, FCPO mungkin berhenti seketika dan bergerak mendatar sebelum melantun lebih tinggi untuk menguji paras rintangan MYR4,800. Dalam keadaan pasaran menaik, kami menjangkakan paras sokongan yang kuat. Penembusan paras sokongan terdekat pada harga MYR4,500 akan menjejaskan lagi sentimen pasaran. Kami akan berpegang pada bias dagangan positif, melainkan komoditi ini ditutup bawah paras ambang terdekat ini.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada penutupan 6 Mac, iaitu MYR4,367. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,500.

Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,500 dan diikuti oleh paras MYR4,420. Sebaliknya, paras rintangan terdekat ialah MYR4,800 dan diikuti oleh MYR4,900.