honestbee Lancar Konsep ‘NewGen Retail’ Pertama Dunia: habitat by honestbee, Pengalaman Runcit dan Menjamu Selera Berbilang Deria

SINGAPURA, 16 Oktober 2018 /PRNewswire/ — honestbee, pasaran atas permintaan yang terkemuka di Asia yang menghantar barangan runcit dan hidangan makanan yang berkualiti serta segar dalam lebih 8 pasaran, memperkenalkan tawaran baharunya hari ini: habitat by honestbee, destinasi barangan runcit dan menjamu selera unik yang pertama di dunia disepadukan dengan teknologi dan berbilang deria. Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas honestbee, Joel Sng, menggelarnya sebagai ‘NewGen Retail’, inovasi dalam teknologi runcit yang menginspirasikan lebih penglibatan manusia demi pengalaman membeli belah berbilang deria.

Pasaran jualan barangan runcit global akan menambah nilai jualan sebanyak US$2.7 trilion menjelang tahun 2022, dengan pertumbuhan dalam lima tahun akan datang didominasi oleh Asia.1 Meskipun jualan barangan runcit Asia melalui saluran e-dagang memimpin pertumbuhan global sebanyak 30 peratus pada tahun lalu,2 90 peratus daripada jualan runcit seluruh dunia masih dijalankan di kedai-kedai fizikal.3

Sebagai pemimpin inovasi bagi peruncitan dalam talian dan luar talian, honestbee melabur dalam kepakaran teknologi bagi memacu kemudahan, pemperibadian dan pengalaman berbilang deria dengan melancarkan konsep ‘NewGen Retail’ dalam ruang fizikal baharu ini, habitat.

Kredit Gambar: honestbee

Pengalaman dalam talian dan luar talian bersepadu sepenuhnya

Merangkumi kawasan seluas 60,000 kaki persegi, habitat by honestbee ialah sebuah pasar raya lengkap, penjual produk segar khusus, pusat pemenuhan dalam talian, hab inovasi runcit dan destinasi menjamu selera berasaskan pengalaman, kesemuanya dalam satu persekitaran yang direka dengan teliti. Lebih 20,000 bahan Asia dan global serta keperluan harian dapat dibeli dengan lancar secara dalam talian atau luar talian melalui satu aplikasi honestbee.

Dikuasakan oleh honestbee, habitat menawarkan dua kemudahan yang pertama di dunia: checkout automatik (AutoCheckout) dan pengambilan barang dengan robot (RoboCollect). Pesanan dapat diproses secara menyeluruh kurang daripada 5 minit. Infrastruktur pintar memastikan pengalaman membeli belah berbilang deria yang mudah dengan produktiviti operasi.

Kredit Gambar: honestbee

Untuk memasuki habitat dan memanfaatkan kesemua perkhidmatan, pelanggan perlu memuat turun aplikasi honestbee. Aplikasi ini dihubungkan kepada kad kredit atau melalui beePay, dompet mudah alih milik honestbee sendiri untuk menjalankan transaksi tanpa tunai yang selamat.

Untuk pembelian 10 item atau kurang, pembeli boleh menggunakan fungsi “Scan & Go” pada aplikasi honestbee, supaya mereka boleh melangkau barisan kaunter bayaran dan mendapatkan item mereka serta merta. Bagi item yang lebih banyak, pembeli boleh menurunkan troli peribadi mereka di titik AutoCheckout yang mudah dan habitat akan menguruskan pengimbasan, pempakejan, pembayaran dan penghantaran.

Pembeli boleh memesan daripada konsep makanan dan minuman habitat untuk menjamu selera di situ, bawa pulang serta penghantaran ke rumah, manakala pesanan barangan runcit dalam talian dipenuhi oleh shopper bees menggunakan tali sawat penyampai overhed untuk produktiviti lebih tinggi sebelum driver bees mengambilnya untuk penghantaran tali sawat dalam tempoh sejam dalam sehari.

Kredit Gambar: honestbee

Peluang pertumbuhan untuk pasaran dan rakan kongsi makanan & minuman

Ekosistem dan perkongsian habitat by honestbee menjadikannya mudah dan lebih murah untuk para usahawan global dan rakan-rakan kongsi FMCG/F&B mewujudkan atau meluaskan kehadiran mereka secara dalam talian dan luar talian. Tanpa perlu komited terhadap kos teknologi dan operasi serta infrastruktur dan lekapan, rakan-rakan kongsi pasaran dapat menikmati penyepaduan dalam talian dan luar talian, logistik, pembayaran tanpa tunai, khidmat pelanggan dan data, membolehkan mereka menumpu untuk memberikan pengalaman menjamu selera dan membeli belah yang berkualiti dan unik.

“habitat by honestbee ialah lanjutan fizikal yang indah daripada jenama honestbee yang disukai oleh kita semua. Menerusi pelancaran ini, kami kini menyediakan kemudahan yang didayakan teknologi, nilai serta kualiti melalui makanan, secara dalam talian dan luar talian. Ia merupakan kombinasi unik pasar raya lengkap, penjual runcit khusus, destinasi menjamu selera dan gaya hidup yang interaktif. Dalam ruang yang direka teliti ini, seseorang boleh menjangkakan pengalaman makanan berbilang deria yang menyihatkan, mendidik dan mengilhamkan. Kami merekanya agar pelanggan boleh mendapatkan barangan runcit dan makanan mereka dengan cekap, di samping dapat berlengah-lengah dan menikmati pengalaman tersebut,” kata Pauline Png, Naib Presiden & Pengarah Urusan, habitat by honestbee.

“Kami berasa teruja untuk membawakan konsep ‘NewGen Retail’ dari Singapura ini kepada lapan pasaran kami yang lain dan juga pasaran tambahan tidak lama lagi. Berpandukan minat kami terhadap makanan dan teknologi, kami akan terus menginovasikan penyelesaian O2O untuk meningkatkan kualiti dan nilai produk kami serta pengalaman runcit. Kami mengundang rakan-rakan kongsi dan para pelanggan progresif untuk menyertai kami dalam perjalanan ini!” kata Joel Sng, Ketua Pegawai Eksekutif, honestbee.

habitat by honestbee
Alamat:
 34 Boon Leat Terrace, Singapura 119866
Facebook: habitat by honestbee
Instagram: @habitat_sg
Laman Sesawang: habitat.honestbee.sg

1. IGD 2017: https://www.igd.com/about-us/media/press-releases/press-release/t/igd-asia-continues-to-dominate-growth-in-global-grocery-retailing/i/17932

2. Kantar World Panel: https://www.kantarworldpanel.com/global/News/E-commerce-grocery-market-has-grown-30 

3. Trend Runcit KPMG 2018: https://assets.kpmg.com/content/dam/kpmg/xx/pdf/2018/03/global-retail-trends-2018.pdf

Latar Belakang honestbee

honestbee ialah pasaran terkemuka Asia yang menyediakan produk makanan segar berkualiti dan penghantaran makanan ke rumah. Ia bermula di Singapura (2015) dan kini berada di 16 bandar merentasi lapan negara iaitu Singapura, Jepun, ThailandTaiwan, Filipina, MalaysiaIndonesia dan Hong Kong. Dengan misi untuk menjadi perkhidmatan makanan paling pesat berkembang di Asia yang dikuasakan oleh komuniti dan teknologi, honestbee menyediakan logistik atas permintaan bertaraf dunia, peluang pekerjaan yang anjal serta jaringan kukuh melibatkan 12,000 rakan kongsi untuk menyediakan perkhidmatan yang inovatif.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Umum Pengarah Baharu Pasaran Modal Islam

Kuala Lumpur – Bursa Malaysia Berhad (“Bursa Malaysia”) hari ini mengumumkan pelantikan Azizan Abdul Aziz (“Azizan”) sebagai Pengarah Pasaran Modal Islam (ICM), berkuat kuasa 1 Mei 2026.

Azizan akan memegang peranan baharu ini selain jawatan semasanya sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Bursa Malaysia. Pelantikan ini mencerminkan fokus berterusan Bursa Malaysia dalam memperkukuh penawaran pasaran modal Islamnya seiring dengan keutamaan strategik yang lebih luas.

Dato’ Fad’l Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, berkata, “Pelantikan Azizan memperkukuh fokus kepimpinan Bursa Malaysia terhadap Pasaran Modal Islam pada waktu pertumbuhan pasaran yang berterusan dan penyertaan antarabangsa yang semakin berkembang. Pengalaman, kepakaran kewangan dan pemahaman institusi beliau meletakkannya pada kedudukan yang baik untuk memberikan hala tuju strategik bagi keutamaan pasaran Islam kami, di samping terus memastikan pengurusan kewangan yang kukuh sebagai CFO.”

Pasaran modal Islam Malaysia kekal sebagai tonggak utama pasaran modal domestik, berkembang daripada RM2.2 trilion pada 2020 kepada RM2.7 trilion menjelang akhir 2025, dengan ekuiti patuh Syariah dan sukuk masing-masing menyumbang RM1.3 trilion dan RM1.4 trilion. Mencerminkan kedalaman pelaburan Syariah di peringkat tempatan, syarikat patuh Syariah merangkumi lebih daripada 80% syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia.

Dalam kapasiti beliau sebagai Pengarah ICM, Azizan akan menyediakan pengawasan dan hala tuju strategik bagi keutamaan berkaitan pasaran modal Islam Bursa Malaysia, dengan bekerjasama rapat bersama pihak berkepentingan dalaman dan peserta pasaran untuk menyokong pembangunan berterusan ekosistem ICM. Sebagai CFO, beliau akan terus menyelia fungsi kewangan keseluruhan Bursa Malaysia, termasuk pelaporan kewangan dan pengurusan, perancangan korporat serta penganggaran bajet.

Azizan membawa lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang kewangan, perakaunan, kewangan korporat dan nasihat. Sebelum menyertai Bursa Malaysia, Azizan berkhidmat sebagai CFO Kumpulan bagi Bank Islam Malaysia Berhad. Beliau juga merupakan Rakan Kongsi Penggabungan dan Pengambilalihan di Deloitte Southeast Asia Ltd., serta pernah memegang jawatan kanan di KPMG Financial Services Advisory di United Kingdom dan Malaysia, antara lain. Beliau memiliki ijazah dalam Perakaunan & Kewangan dari University of Plymouth, UK, dan merupakan ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) serta felo Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).