Ibu Pejabat AKPK Serta Cawangan Kuala Lumpur Akan Berpindah Ke Menara Bumiputra Commerce

Sukacita dimaklumkan bahawa mulai 10 Jun 2020, ibu pejabat AKPK serta Cawangan Kuala Lumpur akan beroperasi di pejabat baharu di Menara Bumiputra Commerce, masing-masing di tingkat 6 dan 5. Alamat lengkap pejabat baharu adalah seperti berikut:

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Tingkat 5 dan 6
Menara Bumiputra Commerce
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur

Cawangan AKPK yang lain di seluruh negara masih beroperasi di pejabat mereka masing-masing. Sila rujuk laman web rasmi kami, akpk.org.my, untuk alamat dan maklumat perhubungan yang lain.

Perpindahan ibu pejabat dan Cawangan Kuala Lumpur AKPK mulanya dijadualkan pada bulan April, dan kemudian ditunda berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan pada bulan Mac. Perpindahan ini bertujuan untuk memberikan lebih banyak kemudahan kepada pelanggan berikutan permintaan yang dilihat semakin meningkat untuk perkhidmatan kami.

Sungguhpun begitu, pada waktu Perintah Pengendalian Gerakan Bersyarat ini, dan waktu peralihan kepada norma baharu, kami masih menggalakkan pelanggan membuat pertanyaan secara dalam talian melalui platform berikut:
a) Borang dalam talian melalui pautan:
https://www.surveymonkey.com/r/98PKDP6 or http://bit.ly/AKPKdmp2020,
atau melalui kod QR di bawah:

b) Portal pelanggan (untuk pelanggan sedia ada) atau Portal Pendidikan Kewangan (berkenaan pendidikan kewangan).

Kaunselor/pegawai kami akan menghubungi anda selepas pertanyaan dalam talian dihantar.

Di samping pertanyaan dibuat secara dalam talian, semua sesi kaunseling pula dibuat melalui telefon waktu ini.

Sebarang pengemaskinian berkenaan operasi AKPK akan diumumkan selepas pengumuman rasmi pihak berwajib.

Kami berterima kasih atas kesefahaman dan kerjasama anda.

AKPK – Esok Yang Lebih Baik Untuk Malaysia

Previous ArticleNext Article

1 Comment

  1. Saya mahu dapatkan surat pembatalan akpk yang telah lama batal dari tahun 2014,kerana saya mahu membuat pinjaman rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

CIMB Securities Kekal Saranan ‘Neutral’ Ke Atas Sektor Hartanah

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — CIMB Securities Sdn Bhd mengekalkan saran an ‘neutral’ terhadap sektor hartanah, terutamanya di Johor, susulan pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini, memandangkan keputusan itu memberikan mandat yang jelas kepada pentadbiran baharu untuk memastikan kesinambungan pembangunan.

CIMB Securities dalam nota penyelidikannya hari ini memaklumkan bahawa ia termasuk pengumuman rasmi pelan tindakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) pada suku keempat 2026, dengan sokongan daripada kerajaan perpaduan persekutuan.

Bank pelaburan itu juga menjangkakan pelancaran projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor Bahru bernilai RM7 bilion pada separuh kedua 2026, berikutan pemberian surat hasrat kepada konsortium DOM Industries-MMC Engineering-Nylex- BTS Group Holdings.

Bagaimanapun, projek infrastruktur rentas sempadan yang lain, termasuk cadangan Laluan Link 2 Sistem Transit Rapid (RTS) Tuas-Iskandar Puteri dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, masih menunggu kejelasan dasar yang lebih lanjut.

“Walaupun kami mengekalkan saranan ‘neutral’ terhadap sektor hartanah, pelan tindakan JS-SEZ yang akan datang dan permulaan Laluan Link RTS pada suku pertama 2027 akan menyokong permintaan bagi hartanah kediaman bertanah dan perindustrian di Johor, dengan kesan limpahan faedah kepada aset komersial dan runcit di koridor pertumbuhan utama,” menurut nota penyelidikan itu.

Nilai tanah industri utama dilaporkan telah meningkat dua kali ganda kepada RM150 bagi setiap kaki persegi daripada RM 70-RM80 bagi setiap kaki persegi pada 2024, didorong oleh permintaan berterusan berkaitan pusat data, dengan pencarian tanah semakin beralih ke luar Johor Bahru disebabkan oleh kekangan bekalan tenaga dan air.

Namun, CIMB Securities memberi amaran mengenai segmen kediaman bertingkat tinggi di Johor Bahru, di mana data suku pertama 2026 daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic) menunjukkan stok sedia ada sebanyak 108,863 unit pangsapuri perkhidmatan, serta bekalan masuk dan dalam perancangan masing-masing sebanyak 41,832 dan 18,712 unit sehingga 2030/2031.

Ia meningkatkan risiko lambakan bekalan sekiranya permintaan gagal seiring dengan bekalan tambahan tersebut.

Dalam senarai analisisnya, UEM Sunrise kekal sebagai pilihan utama bagi peningkatan semula nilai tanah Johor, memandangkan simpanan tanah Iskandar Puteri yang luas dan pelan induk perindustrian Gerbang Nusajaya yang akan datang pada suku pertama
2027.

Pemaju lain yang mempunyai pendedahan ketara kepada kawasan sekitar Laluan Link R’TS termasuk Eco World, Mah Sing Sunway, SP Setia dan KSL Holdings.

Sementara itu, Perkhidmatan Tren Elektrik Kuala Lumpur-JB Sentral yang baharu telah meningkatkan ketersambungan dalam negeri dan membuka peluang pembangunan di daerah sekitar, sekali gus memberi manfaat kepada Matrix Concepts menerusi perbandaran Bandar Seri Impian miliknya di Kluang.

Dalam PRN diadakan pada 11 Julai, 2026, Barisan Nasional mengekalkan penguasaan di Johor dengan majoriti dua pertiga yang besar, selepas memenangi 48 daripada 56 kerusi dipertandingkan.

BERNAMA