Kopi Kenangan, Syarikat Kopi Yang Bakal Menggegar Pasaran Saham Dunia

Indonesia merupakan negara pengeluar kopi keempat terbesar di dunia. Kopi merupakan minuman tradisi bagi rakyat Indonesia sejak zaman berzaman lagi.

Kini negara itu selangkah lagi ke hadapan dalam membangunkan syarikat minuman kopi yang bertaraf antarabangsa.

Syarikat kopi yang sedang berkembang pesat ini berasal dari Indonesia yang dikenali sebagai Kopi Kenangan. Syarikat ini ditubuhkan oleh dua anak muda yang bernama Edward Tirtanata dan James Prananto Jin pada tahun 2017.

Idea tercetus untuk menubuhkan menubuhkan syarikat kopi premium kerana mereka melihat perbezaan yang ketara di antara rakyat Indonesia yang menggemari kopi pemium dan kopi di gerai tepi jalan.

Kebanyakan rakyat tidak mampu untuk meminum kopi premium kerana secara purata, pendapatan mereka kurang daripada $15 sehari. Melihat jurang yang ketara di antara rakyat yang minum kopi di warung tepi jalan dan kopi premium, maka lahirlah Kopi Kenangan untuk mengisi jurang perbezaan tersebut.

Mereka yang bermula dengan modal sebanyak $13,000 dan dalam tempoh tiga bulan sahaja, berjaya mendapat kembali pulangan modal perniagaan mereka. Sejak daripada itu, mereka tidak lagi menoleh ke belakang dalam menghasilkan kopi yang terbaik untuk pelanggan mereka.

Model perniagaan yang digunapakai oleh Kopi Kenangan ini adalah menjual kopi premium pada harga di bawah pasaran. Ia telah berjaya menarik golongan millennial untuk menjadi pelanggan tetap syarikat tersebut dan jenama tersebut semakin berkembang sehari ke sehari.

Kopi Kenangan mengamalkan konsep perniagaan dengan pelanggan mengambil minuman kopi di kiosk mereka sama seperti Luckin Coffee bagi menjimatkan kos operasi mereka. Dengan model perniagaan sebegini, syarikat berjaya mengurangkan kos pengeluaran dan seterusnya dapat menjual kopi pada harga yang murah kepada para pelanggan.

Syarikat ini turut memanafaatkan penggunaan teknologi Internet dalam mengembangkan model perniagaan mereka.

Model perniagaan yang begitu unik ini telah berjaya menjadikan Kopi Kenangan berkembang dengan begitu pesat dalam tempoh yang singkat. Syarikat ini juga telah berjaya menarik venture capitalist dari Indonesia iaitu Alpha JWC Ventures untuk melabur dalam perniagaan Kopi Kenangan sebanyak $8 juta pada tahun 2018.

Dengan pelaburan yang dilakukan oleh Alpha JWC Ventures ini, ianya telah mempercepatkan lagi proses perkembangan syarikat di pasaran Indonesia.

Syarikat ini yang mula mengambil pasaran kopi premium di Indonesia yang mana sebelum ini, kopi premiun dikuasai oleh syarikat asing seperti Starbucks. Dengan perkembangan begitu pesat, venture capitalist dari luar Indonesia mula mengintai peluang untuk melabur ke dalam syarikat ini.

Di antara venture capitalist yang paling besar yang memberi modal pelaburan adalah sebanyak $109 juta dari Sequoia Capital, Horizons Ventures, Kunlun dan Sofina.

Selebriti terkenal juga tidak melepaskan peluang untuk melabur ke dalam Kopi Kenangan, iaitu Jay-Z dan Serena Williams.

Menurut perancangan syarikat mereka ingin menambah bilangan kiosk Kopi Kenangan sebanyak 2000 buah menjelang akhir tahun 2021. Selain itu juga, mereka dijangka mengembangkan Kopi Kenangan ini ke negara jiran seperti Malaysia, Singapura dan Thailand.

Namun dengan berlakunya wabak Covid-19 pada waktu ini, rancangan mereka sedikit terbantut.

Kini Kopi Kenangan melakukan kerjasama dengan penghantar makanan seperti Gojek dan Grab Fgood bagi memberi keselesaan kepada pengemar kopi syarikat tersebut walaupun di fasa Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB, di Malaysia kita panggik PKP), syarikat ini masih mampu untuk menjana keuntungan ketika pesaing mereka menghadapi kesukaran untuk meneruskan perniagaan mereka.

Kopi Kenangan juga merancang untuk menyenaraikan saham syarikatnya pada masa hadapan.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.