Kajian Oxwhite: Hampir 58% Pembeli Malaysia Beli Dengan Berhemah

Tinjauan Pembeli Oxwhite 2021 mendapati bahawa seramai 58% pembeli Malaysia hanya membeli barangan mengikut keperluan.

Ia diikuti oleh 24% pembeli yang kebiasaannya menyimpan senarai hajat dan membeli mengikut hajat mereka, dan 12.5% yang membeli berdasarkan dorongan kehendak. Baki 5.5% yang lain merupakan pembeli yang sentiasa mencari produk terbaru dan mengikut trend terkini.

48% responden merupakan mereka yang memperoleh pendapatan bulanan antara RM2,001 hingga RM5,000. Ini diikuti oleh mereka yang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah (22%), RM5,001 dan 8,000 (19%) dan RM8,001 ke atas (11%).

Kajian ini menunjukkan bahawa julat pendapatan rakyat Malaysia bukan faktor penentu terhadap kecenderungan ketika membeli-belah.

“Ironisnya, peratusan responden yang mengatakan bahawa mereka hanya berbelanja mengikut keperluan adalah dari dua kumpulan berpendapatan tertinggi dan kumpulan berpendapatan terendah,” kata pengasas Oxwhite, CK Changr yang menyatakan bahawa belian berdasarkan keperluan adalah kebiasaan dalam kumpulan berpendapatan bulanan melebihi RM8,001 (68%), antara RM5,001 dan RM8,000 (68%) dan di bawah RM2,000 (62%).

“Senarai hajat (29%), belian secara dorongan kehendak (13%) dan trend (9%) lebih popular di kalangan responden dengan pendapatan bulanan RM2,001 dan RM5,000. Ia mungkin kerana kumpulan rakyat Malaysia ini, umumnya tidak terikat dengan komitmen kewangan yang tinggi berbanding dengan kumpulan berpendapatan lebih tinggi. Mereka juga mungkin mempunyai lebih banyak pendapatan boleh guna berbanding dengan kumpulan julat bawahan, setelah mengambil kira perbelanjaan asas seperti makanan, sewa, pengangkutan dan lain-lain,” ujarnya.

Menurut Changr, rakyat Malaysia dilihat lebih berhati-hati dalam corak perbelanjaan semasa musim pandemik. Beliau menyatakan bahawa ia mungkin disebabkan oleh ketidaktentuan ekonomi yang disebabkan oleh pelbagai kekangan berkaitan pandemik COVID-19.

“Kami berusaha untuk memenuhi keperluan asas pelanggan dalam pembangunan produk kami berbanding mencipta produk-produk kebaharuan, untuk mengelakkan pembelian berunsur dorongan kehendak di saat rakyat Malaysia lebih berhati-hati dengan perbelanjaan mereka,” kata Changr sambil menambah bahawa Oxwhite tetap berpegang pada DNA syarikat dengan objektif penawaran produk gaya hidup berkualiti premium dengan harga yang berpatutan. Ia sejajar dengan tabiat berbelanja rakyat Malaysia seperti yang terdapat dalam tinjauan tersebut.

Bersempena dengan ulang tahun ketiganya, Oxwhite bekerjasama dengan jenama seperti Baskin Robbins, Getha, Happy Fresh, Photobook, Tanamera dan Tealive untuk membawa lebih banyak nilai kepada pelanggannya dengan tawaran hadiah bernilai lebih daripada RM1 juta melalui pembelian.

Dari 1 Jun hingga 30 Jun 2021, pelanggan Oxwhite akan menerima kejutan berupa baucar untuk membeli RM3 aiskrim Baskin Robbins, hadiah utama Getha Compass Star King Mattress bernilai RM6,399, baucer Happy Fresh bernilai RM2,100, cetakan gambar insta percuma dari Photobook, 500 Tanamera Hand Sanitizer bernilai RM10,750 dan 3,000 Tealive Eco Strawless Cup bernilai RM24,000 berserta tote beg Tealive x Oxwhite edisi terhad ketika mereka membuat bayaran di kedai e-dagang Oxwhite.

Mengenai Oxwhite

Oxwhite adalah jenama gaya hidup e-dagang yang beroperasi menggunakan model direct-to-consumer, memberikan alternatif yang mudah diakses untuk jenama mewah yang mengekalkan kualiti premium dengan hanya sebahagian kecil dari kos.

Oxwhite dilancarkan di Malaysia pada tahun 2018 dengan satu produk iaitu baju putih klasik. Sejak itu, jenama ini telah memperluas pilihannya dengan menawarkan pelbagai jenis produk yang disesuaikan dengan keperluan harian orang Asia moden: dari pakaian formal hingga pakaian kasual; dan dari barangan keperluan melancong ke barangan kediaman dan keperluan hidup.

Oxwhite akan terus meningkatkan penawarannya untuk menjadi e-peruncit pilihan bagi orang Asia yang ingin kelihatan cantik dan mewah dengan harga yang berpatutan. Untuk maklumat lanjut, lawati www.oxwhite.com, kedai rasmi Shopee https://shopee.com.my/oxwhite.os atau kedai rasmi Lazada https://www.lazada.com.my/shop/oxwhite/.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.