Senarai Terkini Saham Patuh Syariah (Mei 2021)

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) baru saja mengeluarkan senarai kemas kini sekuriti patuh Syariah yang berkuatkuasa 28 Mei 2021. Aktiviti ini dijalankan pada bulan Mei dan November setiap tahun.

Jom kita tengok syarikat-syarikat yang baru masuk dalam senarai saham patuh syariah pada bulan Mei 2021?

Ini dia senarainya.

Ada sebanyak 25 syarikat kini dah patuh syariah, termasuklah yang baru IPO seperti Flexi Dynamic, Mobilia, Teladan Setia dan Tuju Setia.

Antara nama-nama popular yang kini masuk ke dalam senarai saham patuh syariah pada bulan Mei 2021 adalah seperti CAB, Cuscapi, Eco World dan Karex.

Berikut pula merupakan saham-saham yang terkeluar daripada senarai patuh syariah yang terkini ini.

Antara nama popular adalah MTAG, mTouche, Poh Huat, Scomi dan XOX.

80% Saham Di Bursa Malaysia Adalah Patuh Syariah

Sebanyak 746 daripada 936 saham yang disenaraikan di Papan Utama (Main Market), Papan ACE (ACE Market) dan Papan LEAP (LEAP Market) adalah patuh syariah.

Ini bermakna 80% daripadanya adalah patuh Syariah, peningkatan daripada November 2020 di mana angkanya adalah 79% saham patuh Syariah.

Ada 4 REIT dan 5 ETF Patuh Syariah Di Bursa Malaysia

Selain daripada saham, kita juga ada pelaburan ke dalam Real Estate Investment Trust (REIT) dan Exchange Traded Fund (ETF).

Baca: Kenali Kaunter REIT Patuh Syariah Di Bursa Malaysia dan Ketahui Apa Itu ETF Dan 4 Kelebihan Melabur Dalam ETF.

Apa nak buat kalau saham yang kita beli sebelum ini patuh Syariah, tapi bukan lagi patuh Syariah mengikut pengumuman terbaru Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)?

1. Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah, Harga Melebihi Pelaburan Pokok

This image has an empty alt attribute; its file name is saham-syariah-ke-non-syariah1.jpg

2. Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah, Harga Kurang Daripada Pelaburan Pokok

This image has an empty alt attribute; its file name is saham-syariah-ke-non-syariah2.jpg

Macam Mana Nak Kenal Saham Patuh Syariah?

This image has an empty alt attribute; its file name is indicator-saham-syariah-700x265.png

Selain daripada merujuk di laman web Suruhanjaya Sekuriti, kita juga boleh tengok di trading platform dan akan ada simbol yang membezakannya dengan saham-saham syarikat yang tidak patuh syariah.

Contohnya ada simbol ‘[S]’ atau simbol bulat kecil [°] di sebelah nama saham.

Sumber Rujukan: List of Shariah-Compliant Securities as at 28 May 2021

Dapatkan Ilmu Asas Dalam Pelaburan Saham

Adakah anda seorang yang:

✅ Tiada asas pelaburan saham

✅ Nak mula melabur saham tapi kurang yakin

✅ Dah pernah belajar tentang saham, tapi dah lupa ilmu di kelas sebelum ini

✅ Belum jumpa teknik yang sesuai dengan diri

✅ Tidak tahu masa terbaik untuk beli saham

✅ Tidak faham membaca chart

✅ Tiada panduan dalam melabur saham

Jika ANDA tergolong dalam salah satu daripada perkara di atas, jangan risau!

Webinar Senang Saham 3.0 dapat membantu anda dengan kelas intensif selama 3 hari.

Ya! 3 hari! Belajar sampai lebam, belajar sampai jadi! Ada duit tapi tanpa ilmu, tiada gunanya.

Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:

ANALISIS FUNDAMENTAL

ANALISIS TEKNIKAL

SENTIMEN

TRADING PLATFORM

SCREENER

Haa! Habis kelas ni, anda tak ragu-ragu lagi!

Dapatkan seat anda sekarang, kerana ada harga promosi menanti di -> https://thekapital.my/senangsaham

Klik Webinar Saham 3.0

Previous ArticleNext Article

Tarif Trump Boleh Jejaskan Pertumbuhan Perdagangan Global Sehingga 10 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Kemungkinan berlaku pengurangan jumlah perdagangan global sebanyak 7.0 hingga 10 peratus dalam jangka masa sederhana hingga panjang sekali gus menandakan penurunan ketara jika cadangan tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilaksanakan.

Profesor di Stern School of Business, New York University (NYU), Steven A. Altman berkata senario itu boleh berlaku jika AS dan negara lain bertindak balas dalam bentuk tarif ke atas eksport AS.

Beliau juga mempertimbangkan kemungkinan kesan terhadap perdagangan global jika Trump meneruskan peningkatan tarif yang dicadangkan semasa kempen pilihan rayanya, termasuk pengenaan tarif 60 peratus ke atas semua import AS dari China, dan 10 peratus bagi import dari negara lain di seluruh dunia.

“Tarif ini berkemungkinan memperlahan pertumbuhan perdagangan global dengan ketara, walaupun tidak akan menjejaskan sepenuhnya,” katanya semasa taklimat media webinar mengenai pelancaran laporan DHL Trade Atlas hari ini.

Edisi 2025 itu menyediakan laporan mendalam mengenai landskap aliran import dan eksport global.

Laporan yang diterbitkan dengan kerjasama Stern School of Business, NYU itu meliputi hampir 200 negara, meneliti trend pertumbuhan perdagangan, peralihan dari segi geografi, campuran produk yang didagangkan dan perubahan menyeluruh dalam persekitaran perniagaan.

Altman berkata tanpa pelaksanaan sepenuhnya tarif yang dicadangkan Trump, perdagangan global dijangka berkembang kira-kira 16 peratus menjelang 2029, berbanding tahap unjuran 2024.

“Walaupun di bawah anggaran paling pesimistik iaitu pengurangan jumlah perdagangan sebanyak 10 peratus menjelang 2029, pertumbuhan perdagangan yang positif masih akan berlaku dalam tempoh lima tahun akan datang, walaupun jauh lebih rendah daripada senario asas itu,” katanya.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.