Perlawanan Rasmi WCG 2019 Xi’an dan Jadual Pertandingan Dilancarkan

Jadilah pemain!

  • Perlawanan rasmi WCG 2019 Xi’an: Clash Royale, Crossfire, Dota2, Hearthstone, Honor of kings, Warcraft III: The Frozen Throne
  • Pendaftaran pemain bermula pada hari ini melalui WCG.com
  • 144 pemain akan dipilih selepas pusingan awal dan akhir peringkat kebangsaan dan daerah dianjurkan.
  • WCG akan mengendali 200+ pusingan kelayakan peringkat kebangsaan menggunakan Battlefy, platform pertandingan e-sukan terbuka terbesar di dunia

SEOUL, Korea Selatan, 12 Mac 2019 /PRNewswire/ — World Cyber Games (WCG), Inc. telah melancarkan permainan dan aturcara pertandingan yang membawa ke acara utama WCG 2019 Xi’an, dan mengumumkan ia akan mula menerima pendaftaran pemain.

Perlawanan yang telah diumumkan oleh WCG untuk WCG 2019 Xi’an ialah:

Clash Royale, Crossfire, Dota2, Hearthstone, Honor of Kings, Warcraft III: The Frozen Throne

Permohonan untuk pusingan kelayakan peringkat kebangsaan boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi WCG.com

Pusingan Kelayakan Dalam Talian akan bermula pada minggu keempat bulan Mac dalam rantau APAC. Untuk pusingan kelayakan Amerika dan Eropah akan bermula pada minggu-minggu berikutnya dan akan berakhir dengan pusingan kelayakan China. Platform e-sukan global Battlefy akan digunakan oleh WCG untuk mentadbir pertandingan APAC, Amerika dan Eropah, manakala pusingan kelayakan China pula akan menggunakan platform Varena. Pemain-pemain yang layak daripada peringkat Kelayakan Kebangsaan dan Kelayakan Rantau akan ke peringkat Akhir Rantau. Peringkat Akhir Rantau akan diadakan di Korea Selatan, Amerika Syarikat, Greece dan China, 144 pemain akan layak ke acara utama WCG 2019 Xi’an untuk pertarungan terakhir.

Selain daripada pertandingan menarik antara pemain mewakili pelbagai rantau, pertandingan jemputan antara pemain professional di acara utama WCG 2019 Xi’an juga akan diadakan.

Acara utama WCG 2019 Xi’an akan diadakan di Daerah Baharu Quijang di Xi’an, China dari 18 Julai (Khamis) sehingga 21 (Ahad). Berikutan daripada pengumuman rasmi permainan, WCG akan menampilkan elemen-elemen lain yang mengatur WCG – Persidangan E-Sukan WCG untuk berkongsi pengetahuan; New Horizons, sukan masa hadapan berdasarkan teknologi baharu, dan Festival untuk memeriahkan acara.

Untuk perincian perlawanan WCG yang rasmi dan jadual pertandingan, lawati WCG.com.

Latar Belakang WCG

WCG (World Cyber Games) merupakan festival e-sukan global yang boleh dinikmati oleh individu-individu serata dunia. Misi dan visinya adalah untuk menyelesaikan konflik melalui hiburan sebagai kaedah untuk menyumbang kepada dunia yang lebih baik. Untuk mencapai objektif ini, WCG menganjur acara baharu dan pelbagai yang boleh dinikmati semua dan menjadi festival global yang bukan hanya pertandingan e-sukan semata-mata, tetapi menjadi tempat di mana seluruh dunia boleh bersatu.

Latar Belakang Battlefy

Battlefy merupakan platform e-sukan global yang disetempatkan dalam 12 bahasa, memperkasakan 100,000+ liga mencecah 60+ juta pemain. Teknologi ini digunakan oleh nama-nama terbesar dalam e-sukan, termasuk Blizzard Entertainment, EA SPORTS, Riot Games, Nintendo, Turner Sports, dan Coca-Cola. Battlefy mengkhusus dalam menyediakan teknologi untuk penganjur pertandingan yang membolehkan pengendalian pertandingan e-sukan yang lancar pada skala besar.

Sumber: World Cyber Games

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.