Sarung Catalyst untuk AirPods Kini Di Apple Stores Terpilih Seluruh Dunia

HONG KONG, 23 Januari 2019 /PRNewswire/ — Catalyst, pengeluar yang memenangi anugerah bagi sarung pelindung kalis air, hari ini mengumumkan pelancaran peluasan sarung Edisi Istimewa mereka untuk AirPods agar mencapai pelanggan seluruh dunia. Tiga variasi warna sarung AirPods diperkenalkan di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada pada Disember lalu dan kini disediakan di apple.com, Apple Stores terpilih di seluruh dunia dan Catalystcase.com.

Sarung AirPods dicipta, dibangunkan dan dibaluti dengan bahan-bahan berkualiti tinggi dan tahan lasak, demi memberi perlindungan kalis air AirPods ke tahap tinggi: Sarung Catalyst Edisi Istimewa untuk AirPods menawarkan kadar kalis air IP67 kepada 3.3 kaki (1m) dan perlindungan tahan jatuh kepada 4 kaki (1.2m). Dengan harga jualan $29.95 (USD), ia menjadi aksesori yang penting.

“Kami teruja untuk meluaskan ketersediaan Sarung Edisi Istimewa untuk AirPods,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Catalyst June Lai. “Sarung kami terbukti tiada tandingan dalam pasaran dari segi gaya, kemudahan dan perlindungan. Ia merupakan gandingan sempurna.”

Menawarkan perlindungan kalis air untuk sarung pengecasan AirPods, Sarung Catalyst Edisi Istimewa untuk AirPods direkayasa dengan silikon yang lembut dan tahan lasak. Tersedia dengan tiga warna eksklusif, sarung kalis air berpaten ini turut menyediakan karabiner ringan premium dengan kemasan pusam. Karabiner ini direka dengan kancing menghadap ke dalam intuitif yang menjadikannya lebih mudah untuk dicangkuk pada gelung tali pinggang, beg dan barang kepunyaan yang lain. Sama seperti sarung Catalyst AirPods asal, sarung ini membolehkan akses mudah kepada port pengecasan melalui lapisan bawah dan dengan melipat ke belakang kelepak atas sarung berkenaan, pengguna dapat membuka penutup bagi mengakses AirPods mereka bagi membuat panggilan bebas tangan atau mendengar ketika bergerak.

Sarung Catalyst untuk AirPods menjadi produk yang laris terjual sejak dilancarkan pada April 2017, memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan sebagai sarung pelindung unik yang menjadi aksesori harian yang bergaya dan penting. Pengguna-pengguna melaporkan bahawa sarung pelindung AirPods memberi tahap perlindungan yang tinggi terhadap air dan serpihan, malah dapat memberi perlindungan daripada kitaran mesin basuh. Catalyst diiktiraf di seluruh dunia atas inovasi berterusannya dan reka bentuk yang unik, selain memperoleh anugerah-anugerah berprestij termasuk International Design Award pada tahun 2017, Penerima CES Innovation Awards pada tahun 2018 dan iPhone Life’s Best bagi CES2018.

Sumber Berkaitan: https://catalystcase.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.