WeBank dan Kerajaan Macau Ganding Bahu untuk Bandar Pintar Dirangsang oleh Penyelesaian Rantaian Blok di bawah Inisiatif Kawasan Teluk Lebih Besar

MACAU, 1 Mac 2019 /PRNewswire/ — Pada 27 Februari lalu, WeBank Co., Ltd. (“WeBank”) menandatangani satu perjanjian kerjasama dengan Macao Science and Technology Development Fund (“FDCT”), yang ditubuhkan oleh kerajaan Macau. Kedua-dua pihak akan berkolaborasi dalam pembangunan infrastruktur Bandar Pintar, perkhidmatan awam, pentadbiran kerajaan dan latihan bakat. Ma Chi Ngai, Presiden Jawatankuasa Pentadbiran FDCT dan Henry Ma, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Maklumat WeBank menghadiri upacara penandatanganan berkenaan.

Menurut perjanjian ini, kedua-dua pihak akan menjalin kerjasama jangka panjang dalam Teknologi Kewangan untuk bersama-sama mempromosi pembangunan bandar futuristik SAR Macau. Rantaian Blok, Kecerdasan Buatan, Data Raya, Pengkomputeran Awan, antara teknologi-teknologi inovatif yang lain, akan digunakan untuk meningkatkan keupayaan sains dan teknologi ‘Kawasan Teluk Lebih Besar’ GuangdongHong KongMacau.

Ma Chi Ngai, Presiden Jawatankuasa Pentadbiran FDCT, berkata: “Membina Bandar Pintar merupakan langkah strategik untuk kerajaan SAR bagi membangunkan ekonominya dan meningkatkan taraf hidup penduduk. Sebagai sebuah agensi kerajaan, FDCT akan bekerjasama secara aktif dengan pihak kerajaan Macau bagi menggalakkan pelaksanaan Bandar Pintar. Menerusi kolaborasi ini, kami akan menggunakan teknologi inovatif seperti Rantaian Blok sebagai fulkrum untuk mengukuhkan keupayaan inovasi berteknologi kerajaan SAR, bagi mempromosi pembangunan Bandar Pintar dan untuk memberi manfaat kepada taraf hidup orang ramai melalui sains dan teknologi. Di samping itu, melalui kolaborasi yang mantap dan sokongan bersama, kami akan memanfaatkan sepenuhnya kekuatan Kawasan Teluk Lebih Besar dalam inovasi berteknologi bagi menyuntik tenaga baharu kepada rantau ini.”

Henry Ma, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Maklumat WeBank, berkata dalam ucapan beliau: “WeBank ialah bank pertama dengan infrastruktur digital semata-mata di China. Berpangkalan di Shenzhen, ibu kota inovasi di Kawasan Teluk Lebih Besar, kami komited untuk menggabungkan amalan terbaik Teknologi Kewangan dengan strategi teknologi terbuka kami untuk menyediakan penyelesaian yang selamat, andal dan bersumber terbuka kepada rakan-rakan kongsi di seluruh dunia. Pada masa depan, WeBank dan kerajaan Macau akan meluaskan kolaborasi mereka dan bersama-sama meneroka model-model kerjasama baharu antara sektor-sektor awam dan swasta. Saya berharap kolaborasi kami akan memberi rujukan bermakna kepada semua perusahaan dan individu yang komited terhadap pembangunan Kawasan Teluk Lebih Besar.”

Menurut kedua-dua pihak, projek kolaborasi pertama adalah berasaskan WeIdentity”, penyelesaian Pengesahan Identiti Entiti dan Pertukaran Data Dipercayai. Dalam model tradisional, pertukaran data peribadi merentas agensi dan jabatan menimbulkan banyak masalah. WeIdentity menawarkan penyelesaian yang selamat dan cekap untuk pengesahan identiti antara institusi dan kerjasama data melalui Rantaian Blok, memberi sokongan teknikal kepada perkhidmatan e-kerajaan di Macau dan meningkatkan pengalaman perkhidmatan untuk penduduk-penduduk Macau.

Dengan teknologi yang dibenamkan secara mendalam kepada komponen penting bank sejak ditubuhkan, WeBank terus memacu penambahbaikan melalui pembangunan teknologi utama. Pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi menyumbang sebanyak lebih 30% daripada jumlah perbelanjaan di bank dengan lebih separuh daripada kesemua kakitangan berkhidmat menerusi peranan teknikal. Sejak tahun 2015, WeBank menjadi peneraju dalam pembangunan Rantaian Blok dan teknologi lejar teragih. Dengan bergantung kepada kepakaran teknologi teras dalam Rantaian Blok, WeBank telah membuat kemajuan besar dalam R&D, penerokaan senarai tindakan, pertukaran pengetahuan industri dan kerjasama kerajaan untuk topik Rantaian Blok.

“Rangka Pelan Pembangunan untuk Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong-Hong Kong-Macau” yang baru dikeluarkan menunjukkan tujuan pelaksanaan strategi pembangunan dipacu inovasi, meningkatkan penyelarasan antara GuangdongHong Kong dan Macau dalam membina komuniti dinamik melibatkan kolaborasi dan inovasi. Penandatanganan perjanjian antara WeBank dan FDCT ini menjadi contoh hebat strategi ini dengan kedua-dua agensi kerajaan dan perusahaan menyumbang untuk membangunkan Kawasan Teluk Lebih Besar.

Sila kunjungi http://fintech.webank.com/weid untuk maklumat lanjut.

Sumber: WeBank

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.