Webnovel Kongsi Trend Baharu Penerbitan Dalam Talian di Pesta Buku London

LONDON, 18 Mac 2019 / PRNewswire / – Webnovel, cabang kesusasteraan China Literature (0772.HK),syarikat kesusasteraan dalam talian dan inkubator IP China yang terkemuka, membawa penerbitan yang asli dan diterjemahkan ke Pesta Buku London (“Pesta”). Syarikat juga menganjurkan ucapan oleh Liu Yuren, Pengarah Kandungan Webnovel, di mana beliau bercakap mengenai trend baharu dalam bidang penerbitan dalam talian. Lebih-lebih lagi, Webnovel melancarkan kartun berjenama semasa Pesta dan mendapat maklum balas yang menggalakkan daripada ramai peminat.

Webnovel menganjurkan satu perbincangan di Pesta Buku London untuk bertukar-tukar idea dengan lebih banyak penerbit, pembangun kandungan dan pembaca di luar negara mengenai trend baharu dan model perniagaan penerbitan dalam talian. Yuren Liu, Pengarah Kandungan Webnovel, bercakap tentang bagaimana transaksi mikro dan model pembelian dalam permainan boleh digunakan dalam industri penerbitan dalam talian, dan strategi Webnovel untuk meneruskan dengan model sedemikian.
Ucapan Yuren Liu di Pesta Buku London
Di samping itu, syarikat juga membawa Pocket Reader ke Pesta – pembaca e-buku yang dibangunkan oleh China Literature yang boleh dimuatkan dalam saku. Produk ini mempunyai ciri suara, membolehkan pembaca mendengar buku-buku. Ia juga boleh menyokong kad SIM dan dilengkapi dengan paparan E-Ink.

Ditubuhkan pada tahun 2017 sebagai portal China Literature di luar negara, Webnovel menawarkan platform komprehensif untuk kesusasteraan dalam talian. Ia telah mengumpulkan lebih daripada 16,000 penulis antarabangsa dan lebih daripada 200 penerjemah dan kumpulan individu, yang telah menerbitkan lebih daripada 23,000 novel asal, 300 novel yang diterjemahkan dan beberapa kartun animasi web Cina dan Korea yang diterjemahkan. Terbitan terkini di Webnovel termasuk Reborn: Evolving from Nothing, Library of Heaven’s Path, The King’s Avatar, dan banyak lagi.

Halaman utama Webnovel
Webnovel telah membangunkan model perniagaan dan ekosistem yang unik di mana penulis, platform dan pembaca dapat bekerjasama untuk membentuk semula industri penerbitan dalam talian. Webnovel menawarkan sokongan daripada penciptaan kisah kepada penerbitan dengan nasihat penulisan profesional daripada pasukan editorial syarikat. Juga, bayaran royalti yang cemerlang dan sistem Jaminan Kerja Dikontrak memastikan pendapatan penulis. Lebih-lebih lagi, pengarang di platform juga mempunyai peluang untuk mengkomersialkan karya mereka. Mereka boleh membawa watak dan cerita mereka melangkau halaman web, membangunkan karya mereka dalam filem, siri TV, kartun, dan permainan video.
Webnovel menawarkan pengguna perkhidmatan komuniti interaktif yang menarik dan pelbagai, di mana mereka boleh mengikuti perkembangan terkini daripada pengarang, mengulas ulasan, dan mempelajari budaya di sebalik suatu karya. Mereka juga boleh berkongsi pengalaman membaca dan menulis mereka dalam pelbagai komuniti dalam talian.

Latar Belakang Webnovel

Webnovel, sebuah hab cerita fiksyen global, telah dilancarkan pada tahun 2017 sebagai portal China Literature di luar negara, yang merupakan kesusasteraan dalam talian dan inkubator IP China yang terkemuka. Dengan platform yang komprehensif di laman sesawang dan dalam aplikasi, ia komited dengan penyebaran global novel web, membawa lebih banyak nilai kepada pengarang di seluruh dunia dan menyampaikan novel web berkualiti tinggi dan pengalaman membaca yang cemerlang kepada pembaca global. Muat turun aplikasi Webnovel pada Android dan iOS.

Latar Belakang China Literature

China Literature (0772.HK) ditubuhkan pada Mac 2015. Sebuah platform terkemuka pembacaan dan inkubasi harta intelek (IP) sastera digital yang sah, China Literature mempunyai koleksi terkenal jenama kandungan bacaan digital Cina termasuk QQ Reading dan qidian.com. Syarikat telah menyimpan lebih daripada 10 juta karya digital, menjadi tuan rumah 7.3 juta penulis, dan meliputi lebih daripada 200 kategori kandungan. Dengan beratus-ratus juta pengguna di China, China Literature telah menjadi pemimpin di pasaran dari segi kualiti dan kuantiti kandungan, pengaruh penulis, dan nilai IP. Saham Syarikat disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Hong Kong pada 8 November 2017.

Sumber: China Literature

Saham Berkaitan: HongKong:0772OTC-PINK:CHLLY

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.