AXA Bekerjasama Dengan Yayasan Jantung Malaysia Untuk Membangkitkan Kesedaran Tentang Penyakit Kardiovaskular Melalui Kempen “Go Red For Women”

AXA Affin General Insurance Berhad (AAGI) meneruskan komitmen untuk memperkasakan masyarakat agar menjalani kehidupan yang lebih baik melalui kerjasamanya dengan Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dalam kempen “Go Red for Women”.

Terdapat salah tanggapan umum bahawa penyakit khusus jantina seperti kanser payudara, kanser ovari atau kanser serviks adalah penyebab utama kematian bagi wanita di dunia hari ini. Tetapi setiap tahun, lebih 8.6 juta wanita di seluruh dunia mati akibat penyakit jantung dan strok. Ini lebih lazim daripada kesemua kanser, tuberkulosis, HIV/AIDS dan malaria yang bergabung, tetapi penyakit jantung dan strok boleh dicegah.

Rebecca Tan, Ketua Pegawai Pemasaran dan Bancassurance AAGI berkata, “Dengan kesedaran dan langkah pencegahan, jumlah penyakit kardiovaskular boleh dikurangkan. Itulah sebabnya kami telah bekerjasama dengan YJM dalam kempen “Go Red for Women” untuk meningkatkan pengetahuan wanita tentang penyakit kardiovaskular supaya mereka boleh mengambil tindakan pencegahan dan menjalani kehidupan yang lebih sihat. Sebagai syarikat insurans am no.1 dalam Perubatan dan Kesihatan, kami mahu menjadi lebih daripada sekadar syarikat yang hanya membayar tuntutan. Kami mahu menjadi rakan kesihatan yang menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia dan memainkan peranan aktif dalam memperkasakan mereka untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.”

“Go Red for Women” adalah sebahagian daripada kempen kesedaran antarabangsa yang berdedikasi untuk mendorong pencegahan, diagnosis dan kawalan penyakit kardiovaskular di kalangan wanita. Kerjasama ini bertujuan untuk melancarkan satu siri jelajah kesihatan jantung dan pendidikan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit kardiovaskular dan mendidik wanita tentang kepentingan pencegahan dan perlindungan.

Dihadiri oleh 150 peserta wanita, kempen kesedaran dan pendidikan “Go Red for Women” ini telah dirasmikan oleh Encik Sukri bin Omar, Pegawai Daerah Sentul, di Pusat Aktiviti Perpaduan, Taman Sri Rampai pada 2 Mac 2019. Pelbagai aktiviti penglibatan dan pendidikan disediakan untuk peserta, termasuk ceramah bermaklumat mengenai kesedaran kesihatan jantung dan insurans, pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan nasihat pemakanan.

AXA Affin General Insurance Berhad bekerjasama dengan Yayasan Jantung Malaysia dalam kempen “Go Red for Women” untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit kardiovaskular dan mendidik wanita tentang kepentingan pencegahan dan perlindungan. Kempen ini akan dijalankan di seluruh negara dengan rangkaian aktiviti kesihatan jantung dan pendidikan yang dirancang untuk wanita. 

“Go Red for Women” adalah sebahagian daripada kempen #LaughForHealth yang giat dijalankan oleh AXA untuk melibatkan diri dan menyumbang kepada masyarakat setempat, dan pada masa yang sama menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjalani gaya hidup sihat. Kempen #LaughForHealth telah dilancarkan pada tahun 2018 untuk menyebarkan gelak ketawa dan mempromosikan manfaat kesihatan dan kesejahteraan. Sejak pelancaran kempen itu, AAGI telah berjaya meraih dan menyumbang sebanyak RM39,000 kepada YJM. Sumbangan ini akan ditumpukan untuk memupuk kesedaran mengenai penyakit kardiovaskular di kalangan wanita khususnya di kawasan yang mana kesedaran itu berada pada tahap yang rendah.

“Kami amat berterima kasih kepada AAGI yang bermurah hati untuk menawarkan tajaan ini selaras dengan tujuannya untuk memperkasakan orang ramai untuk menjalani hidup yang lebih baik. Melalui kerjasama erat dan kempen seperti ‘Go Red for Women’ ini, kami dapat menekankan kepada wanita bahawa mereka tidak bersendirian dalam memerangi penyakit kardiovaskular,” kata Puan Hajjah Ainon Haji Kuntom, Pengarah YJM.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.