Zurich Malaysia Bantu Rakyat Malaysia Buktikan Kasih Sayang Melalui Takaful Al-Shams

Keupayaan untuk menyediakan nafkah kepada orang tersayang merupakan kebimbangan yang semakin meningkat. Ia merangkumi pelbagai aspek, termasuk perlindungan. Zurich Malaysia baru-baru ini memperkenalkan Zurich Takaful Al-Shams, pelan takaful keluarga dengan ciri penerimaan terjamin untuk membantu rakyat Malaysia menunaikan kewajipan terhadap keluarga dan menghadiahkan hibah untuk orang tersayang.

Penemuan tinjauan Impak Pandemik terhadap Perlindungan pada akhir 2021 menunjukkan bahawa 54% rakyat Malaysia yang mempunyai perlindungan peribadi menyatakan bahawa penyediaan nafkah kepada keluarga sebagai salah satu sebab untuk mendapatkan perlindungan diri. Pengenalan pelan baharu ini adalah tepat pada masanya kerana ia membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan perlindungan dengan lebih senang dengan pendaftaran yang mudah. Menggunakan teknologi, pelanggan mempunyai pilihan untuk mendaftar melalui sesi dalam talian dengan ejen, dan mengesahkan dokumen dengan tandatangan maya melalui ciri Tandatangan Jarak Jauh (Remote Signature).

Kelebihan aspek kemudahan ini ditekankan dengan ciri Penerimaan Terjamin, di mana pelanggan tidak perlu melakukan pemeriksaan perubatan untuk layak mendapat perlindungan. Masa yang dijimatkan daripada tidak perlu pergi ke fasiliti penjagaan kesihatan untuk membuat pemeriksaan boleh digunakan bersama keluarga.

Keperluan manusia akan berubah berdasarkan perjalanan hidup mereka. Daripada seorang bujang, pelanggan mungkin akan berkahwin dan mendapat cahaya mata. Memahami keadaan ini, Zurich Malaysia mereka pelan Takaful Al-Shams supaya fleksibel untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat.

Dengan peralihan Malaysia menuju ke arah endemik, melakukan perjalanan di atas jalan raya kini menjadi rutin harian sekali lagi, maka keperluan untuk mempunyai perlindungan secara langsung menjadi lebih besar. Pelan ini menyediakan perlindungan yang merangkumi tiga aspek kematian akibat kemalangan am tanpa mengira situasi, pengangkutan awam dan kematian akibat kemalangan di luar negara.

Manfaat kematian akibat kemalangan turut diberikan kepada sehingga empat orang ahli keluarga. Tersedia dalam pelan asas tanpa memerlukan rider tambahan, ini membantu mengurangkan ketidakpastian kehidupan dan meringankan komitmen kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Takaful, Nazrul Hisham Abd Hamid berkata, “Kehidupan mempunyai pasang surut yang tidak dijangka. Apabila beban emosi menimpa, fikiran kita sentiasa tertumpu pada penjagaan dan peruntukan untuk orang tersayang terlebih dahulu. Kebimbangan ini pastinya memberi kesan kepada diri kita. Ia mungkin terjadi akibat pengalaman peribadi mahupun orang sekeliling. Inilah sebabnya kami merangka pelan takaful baharu ini dengan menekankan aspek kemudahan dan fleksibiliti di samping kemampuan pelanggan untuk memberikan hibah kepada orang tersayang. Inilah intipati di sebalik Zurich Takaful Al-Shams. Setiap rakyat Malaysia berhak mendapat perlindungan dan masa depan yang lebih cerah.”

Pelan ini juga direka untuk membantu rakyat Malaysia memulakan perancangan untuk masa depan keluarga daripada serendah RM1.67 sehari. Caruman bulanan sebanyak RM50 bukan sahaja akan memberikan perlindungan asas tetapi juga manfaat tambahan yang dapat membantu memberikan ketenangan fikiran.

Manfaat lain Zurich Takaful Al-Shams adalah termasuk manfaat Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) sehingga umur 75 tahun dan perlindungan berterusan dengan manfaat Hilang Upaya Warga Emas (HUWE) sehingga akhir tempoh sijil, Pemulihan Tahunan HUKK, dan Manfaat Ihsan.

Pelanggan yang berminat boleh melayari www.zurich.com.my atau menghubungi ejen mereka untuk maklumat lanjut.

Previous ArticleNext Article

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.