4 Kelebihan Perbankan Digital Malaysia Yang Wajib Anda Tahu

Baru-baru ni, Bank Negara Malaysia (BNM) dah umumkan lima pemohon yang berjaya dapatkan lesen bank digital yang diluluskan oleh Menteri Kewangan Malaysia!

Ini antara senarai 5 pemohon yang diberikan lesen mengikut dua akta:

  1. Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK):
  • Konsortium Boost Holdings Sdn. Bhd. dan RHB Bank Berhad;
  • Konsortium yang diterajui oleh GXS Bank Pte. Ltd. dan Kuok Brothers Sdn. Bhd; dan
  • Konsortium yang diterajui oleh Sea Limited dan YTL Digital Capital Sdn Bhd;
  1. Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI):
  • Konsortium AEON Financial Service Co., Ltd., AEON Credit Service (M) Berhad dan MoneyLion Inc
  • Konsortium yang diterajui oleh KAF Investment Bank Sdn. Bhd.

Untuk pengetahuan, pemohonan yang diterima telah dinilai secara menyeluruh mengikut Seksyen 10 APK dan APKI:

Sumber: Bank Negara Malaysia

Seksyen 10(1) dalam menilai permohonan yang dibuat dengan sempurnanya di bawah Seksyen 9 untuk menjalankan apa-apa perniagaan berlesen, BNM hendaklah mengambil kira semua faktor yang dinyatakan dalam Bahagian 1 dan Bahagian 2 Jadual 5 dan apa-apa perkara lain yang BNM berpendapat adalah berkaitan.

Saringan ini dilakukan dengan penuh teliti kerana terdapat 29 pemohon yang memohon.

Sebelum tu, pasti ada yang rasa perbankan digital ini sama seperti perbankan online. Tapi betul ke sama?

Apa sebenarnya perbankan digital?

Secara asasnya, bank digital atau neobanks adalah istilah untuk semua bentuk transaksi kewangan dengan penggunaan teknologi. 

Pendek kata, segala operasi bank yang sebelum ini dibuat secara fizikal, beroperasi dengan teknologi Artificial Intelligence (Kecerdasan Buatan), Blockchain, Keselamatan Biometrik, untuk menjalankan tugas pentadbiran dan pemprosesan data.

Sumber: HarakahDaily

Selain itu, penambahan bank digital ini selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12, yang bertujuan untuk penetapan semula ekonomi, mengukuhkan keselamatan, kesejahteraan dan keterangkuman, dan memajukan kemampanan untuk mempermudahkan akses perkhidmatan kewangan. 

Apa perbeza perbankan digital dengan perbankan online?

Untuk pengetahuan anda, perbankan online lebih kepada operasi perbankan harian. Contohnya, jika anda nak beli barang tapi malas nak keluarkan duit, anda boleh transfer duit itu atau beli sahaja barang secara online.

Perbankan digital pula memfokuskan kepada urusan yang sebelum ini memerlukan anda tandatangan dokumen, cop rasmi dan segala benda yang melibatkan urusan face-to-face dengan pegawai bank.

Jadi, dengan adanya teknologi pintar ini, anda tidak perlu bersusah beratur di kaunter bank untuk uruskan portfolio kewangan, semak skor kredit atau dapatkan pinjaman yang telah diluluskan, sebabnya teknologi pintar ini telah mudahkan segala urusan anda.

4 kelebihan perbankan digital yang anda perlu tahu:

1. Menjimatkan masa berurusan 

Anda perasan tak, kalau anda nak buat pinjaman, anda perlu ada slip gaji, caruman KWSP, bukan? Jika anda nak dapatkan semua dokumen ini, anda perlu pergi satu tempat ke satu tempat. Leceh, bukan?

Sumber: Manis-app

Tapi dengan perbankan digital, anda cuma perlukan pembayaran bil atau resit beli-belah sebagai satu bentuk penilaian risiko kredit. Jadi, senanglah nak trace balik sebab semuanya setempat dan anda cuma perlu download sahaja dokumen yang anda perlukan.

Sumber: CIMB Bank

Jika anda nak buka akaun bank di bank yang berdekatan, mencari parking adalah satu masalah yang rumit. Kemudian anda perlu isi beberapa dokumen dan tunggu sekurang-kurangnya satu jam untuk pihak bank sediakan akaun anda. 

Dengan perbankan digital, contohnya seperti N26 The Mobile Bank, semuanya senang sebab anda hanya perlu upload gambar IC, buat pengesahan cap jari, dan proses akaun bank akan siap dalam masa 8 minit sahaja!

2. Memudahkan akses kewangan

Menurut firma perunding global, Bain & Company, kira-kira 55% daripada populasi dewasa Malaysia masih kekurangan wang dan tidak mempunyai akaun bank. Ini termasuk individu yang bekerja sendiri, peminjam kali pertama, pesara dan mereka yang baru menyertai tenaga kerja; orang yang kurang celik kewangan, di lokasi luar bandar, atau kelainan upaya.

Maksudnya di sini, ramai yang duduk di luar bandar menghadapi masalah untuk mendapatkan maklumat kewangan yang boleh dipercayai. Sebab tulah ramai juga yang terjebak dengan ah long, sebab kurangnya pengetahuan tentang tempat yang lebih selamat dan terjamin untuk buat pinjaman secara formal.

Sumber: Bank Negara Malaysia

Dengan wujudnya perbankan digital, nasib golongan luar bandar ini lebih terbela dan memudahkan urusan mereka untuk mendapatkan akses perkhidmatan kewangan formal.

Pendapat dari sesetengah pakar menunjukkan bahawa kemasukan kewangan melalui perbankan digital boleh meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Asia Tenggara sebanyak 6%.

Ini bermaksud, sekiranya golongan yang kurang berkemampuan ini tahu tempat yang boleh kembangkan pendapatan mereka, misalnya dengan cara melabur di platform yang betul atau buat simpanan tetap, tanpa bersusah payah ke bandar. Jurang kewangan dan ekonomi negara juga akan bertambah baik dan seimbang antara bandar dan luar bandar.

3. Menjimatkan kos operasi

Perasan tak, proses manual institusi kewangan tradisional sebenarnya menanggung kos buruh dan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi. Yelah, nak kena bayar gaji pekerja lagi, bangunan lagi. Betul tak?

Kajian oleh McKinsey menunjukkan, institusi kewangan di negara sedang membangun boleh menjimatkan sehingga USD400 bilion setiap tahun.

Sebenarnya, perbankan digital yang bersifat automatik ini jauh lebih jimat dan sistematik berbanding proses secara manual. Secara tak langsung, kesilapan juga dapat dikurangkan dan orang ramai lebih yakin jika hendak buat pelaburan yang banyak dalam institusi tu.

Contohnya, kalau deposit sebanyak USD4.2 trilion, takkan anda nak angkut guni duit pergi bank dan kira secara manual pakai mesin yang sedia ada itu, bukan?

Melalui perbankan digital, pengguna cuma perlu buat transaksi deposit secara online dan jumlah deposit itu kemudiannya boleh ditukar kepada pinjaman untuk lebih ramai orang. 

4. Melangkaui produk kewangan

Yeoh Xin Yi, ketua pengurusan risiko kewangan KPMG Malaysia berkata, “Kategori yang tidak diberi perkhidmatan dan kurang diberi perkhidmatan daripada kumpulan B40 harus dimasukkan ke platform perkhidmatan kewangan yang boleh membantu pengurusan aliran tunai mereka, membolehkan simpanan mikro atau deposit, menawarkan mikro- insurans untuk melindungi keperluan asas mereka serta menawarkan produk kewangan asas untuk mengatasi masalah kewangan mereka.”

Dapatan kajian daripada laporan KPMG: Perbankan Digital: Agenda Inklusif, menunjukkan bahawa perbankan digital juga boleh meningkatkan kualiti gaya hidup kita. Perasan tak, bank yang sedia ada ini selalu adakan program dengan memberikan hadiah-hadiah menarik? Jadi, samalah dengan perbankan digital.

Sumber: Alliance Bank

Bukan setakat ganjaran sahaja, anda juga boleh mendapatkan nasihat kewangan, serta pantau tabiat perbelanjaan. Tak perlu susah-susah buat appointment dengan pakar kewangan.

Perkara seperti ini sebenarnya boleh dikatakan sebagai inovasi yang melangkaui produk kewangan semasa yang disediakan oleh bank.  

Tapi, anda perlu terima bahawa perbankan digital juga ada kelemahannya. 

Kelemahan perbankan digital di Malaysia: 

1. Keselamatan siber Malaysia

Sumber: Polis Diraja Malaysia

Ini memang bahayalah. Kalau tak kena dengan cara, data tambahan pengguna boleh diceroboh dan disalahguna! Misalnya gologan scammer dan hackers boleh godam sistem keselamatan dan curi duit simpanan anda. 

Kajian pada tahun 2020 menunjukkan bahawa 21% daripada serangan keselamatan siber ditujukan kepada bank di Asia Tenggara.

Buat masa ini, rancangan yang ada masih berada diperingkat akar umbi di bawah Strategi Keselamatan Siber Malaysia 2020-2024. 

Jadi, apa jaminan kepada bakal pengguna perbankan digital bagi memastikan akaun bank anda selamat?

2. Kesediaan infrastruktur internet negara

Sumber: CFM

Memang betul, perbankan digital ini boleh memudahkan golongan yang berada di kawasan luar bandar. Tapi masalahnya, macam mana nak memudahkan urusan jika infrastruktur internet suam-suam kuku? 

Sepatutnya, kalau nak memperluaskan perbankan digital hingga ke kawasan luar bandar,  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu bekerjasama baik dengan pihak berkuasa tempatan untuk sediakan infrastruktur yang sewajarnya. 

Ingat lagi tak, kisah Veveonah Mosibin,yang terpaksa duduk atas pokok semata-mata nak jawab exam online?

Itulah realiti bila tiada internet. Penduduk luar bandar masih tidak dapat mengunakan khidmat perbankan digital. 

Apa-apa pun, sebelum kita bergerak ke arah perbankan digital, pastikan kita sudah cukup bersedia dari segala aspek yang ada. Selesaikan betul-betul masalah yang ada, barulah semuanya berjalan dengan lancar dan mudah.

Artikel asal adalah daripada Loanstreet

Previous ArticleNext Article

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.”National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.