8 Jenama Paling Bernilai Di Dunia

Apa ada pada nama dan jenama? Nampak biasa, tapi jenama boleh menentukan harga sesuatu produk meskipun fungsi atau kandungannya hampir sama. Agak-agaknya, jenama apa paling bernilai di dunia?

Jom kita tengok 8 jenama paling bernilai di dunia berdasarkan analisa yang dibuat Forbes untuk tahun 2018:

1. APPLE ($182.8 bilion bersamaan RM728.37 bilion)

Sebut sahaja Apple, ramai yang membayangkan status kemegahan apabila memiliki produk keluaran jenama paling bernilai di dunia ini sama ada Macbook, iPhone atau iPod.

Antara produk lain Apple yang digunakan di seluruh dunia iPad, Smart Watch, Apple TV, Apple Music dan iTunes.

Saham Apple mula disenaraikan di Nasdaq pada 12 Disember 1980. Apple melancarkan IPO sebanyak 4.6 juta saham dengan harga $22 seunit ketika itu. Sahamnya didagangkan di NASDAQ Global Select Market (NASDAQ) menggunakan simbol AAPL.

Saham Apple pada 6 Jun kini didagangkan pada $193.85 seunit iaitu melibatkan 781% keuntungan sejak didagangkan.

Apple telah melakukan Stock split (pecahan saham) sebanyak 4 kali sejak didagangkan iaitu :

  • 16 Jun 1987 (1 saham berpecah 2)
  • 21 Jun 2000 (1 saham berpecah 2)
  • 28 Februari 2005 (1 saham berpecah 2)
  • 9 Jun 2014 (1 saham berpecah 7)

Jika Apple tidak melakukan Stock split, harga sahamnya sekarang mungkin menjana untung beribu-ribu peratus. Stock split biasanya dilakukan untuk mengurangkan harga saham yang mahal/terlebih mahal supaya dapat menarik minat pelabur.

Menariknya, setiap tahun pada Februari, Mei, Ogos dan November, Apple akan membuat 4 kali pembayaran bonus kepada pemegang sahamnya.

2. GOOGLE ($132.1 bilion)

Sikit-sikit Google, tak tahu terus Google. Betul tak? Boleh dikatakan semua orang menggunakan enjin carian Google. Google diasaskan oleh Larry Page dan Sergey Brin pada 1998 dan kini Google menjadi dominasi enjin carian dunia, mengalahkan Yahoo yang 4 tahun lebih tua darinya.

Google mula menawarkan IPO di NASDAQ pada 19 0gos 2004 dengan nilai $85 seunit. Google mengguna nama Alphabet Inc di Nasdaq dan memperdagangkan dua saham iaitu GOOG dan GOOGL yang mempunyai harga yang berbeza. Pada 6 Jun 2018, harga saham GOOG ialah $1,136.88 sesaham, manakala GOOGL pula $1,146.95.

Biarpun berdepan kontroversi mengenai Stock Split, Google telah melakukan pecahan saham pada :

27 Mac 2014 (1 saham berpecah 1)

3. MICROSOFT ($104.9 bilion)

Biasa menulis atau menaip sesuatu di komputer menggunakan perisian apa? Mestilah Microsoft Office kan? Semua pejabat dan pemilik komputer di seluruh dunia wajib ada Microsoft Office, melainkan mereka pengguna tegar komputer Apple.

Diasaskan oleh Bill Gates yang merupakan seorang disleksia dan rakannya pada 1975, Microsoft kini merupakan syarikat perisian terbesar di dunia.

Mula didagangkan pada 13 Mac 1986 dengan pengeluaran IPO, $21 seunit, harga saham Microsoft kini mencecah $102.49 bersamaan 388% keuntungan sejak memasuki pasaran saham.

Sejak didagangkan, Microsoft melakukan 9 kali pecahan saham iaitu

  • 21 September 1987 (1 saham berpecah 2)
  • 16 April 1990 (1 saham berpecah 2)
  • 27 Jun 1991 (2 saham berpecah 3)
  • 15 Jun 1992 (2 saham berpecah 3)
  • 23 Mei 1994 (1 saham berpecah 2)
  • 9 Disember 1996 (1 saham berpecah 2)
  • 23 Februari 1998 (1 saham berpecah 2)
  • 29 Mac 1999 (1 saham berpecah 2)
  • 18 Februari 2003 (1 saham berpecah 2)

4. FACEBOOK ($94.8 bilion)

Ada sesiapa yang tidak ada akaun Facebook? Kalau anda tidak ada, anda memang sangat luar biasa sebab sekarang boleh dikatakan hampir semua orang yang ada kemudahan internet, ada Facebook.

Jika tiada Facebook, ada yang mempunyai Instagram. Setidak-tidaknya ada yang mempunyai aplikasi mudah Whatsapp. Komunikasi menjadi lebih mudah dan murah berbanding SMS yang dulu dikenakan bayaran setiap kali SMS dihantar.

Facebook, Instagram dan Whatsapp dimiliki oleh syarikat yang sama, iaitu Facebook Inc yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg.

Kemunculan Facebook berjaya mengalahkan laman MySpace dan Friendster yang lebih dulu muncul sebagai laman media sosial dengan 1.45 bilion pengguna harian yang aktif.

Pada 18 Mei 2012, harga IPO Facebook hanyalah $38 seunit dan harga seunit saham Facebook pada 6 Jun 2018 ialah $191.34 bersamaan dengan pulangan 403.53% sejak didagangkan.

5. AMAZON ($70.9 bilion)

Anda pernah dengar tentang Amazon? Ini bukan hutan Amazon, tapi merupakan pelopor platform pasar atas talian yang bermula pada 1994.

Bagi mereka yang gemar membeli belah dalam talian, pasti menjadi rakan baik Amazon yang kini mempunyai lebih 30 juta pengguna.

Amazon mula menawarkan IPO pada 15 Mei 1997 dengan harga $18. Pada 6 Jun 2018, $1,695.75 seunit saham! Sejak didagangkan hingga kini, peratus keuntungan saham Amazon sebanyak 9,320.8%!!! Hampir 10,000 peratus keuntungan. Malah keuntungan sebenar Amazon melebihi peratus tersebut kerana Amazon telah melakukan stock split sebanyak tiga kali iaitu :

  • 2 Jun 1998 (1 saham berpecah 2)
  • 5 Januari 1999 (1 saham berpecah 3)
  • 2 September 1999 (1 saham berpecah 2)

6. COCA COLA ($57.3 bilion)

Coca Cola dicipta oleh seorang ahli Farmasi, Dr. John S. Pemberton pada 1885. Bermula dari cuba-cuba, kini dianggarkan pengambilan harian Coca Cola sebanyak 1.9 bilion di seluruh dunia.

Menjadi antara jenama minuman bikarbonat paling ‘power’, saham Coca Cola juga tidak kurang hebatnya.

Didagangkan di NYSE pada 1919 dengan penawaran IPO $40 sesaham, harga saham Coca Cola kini $43.44. Nampak seperti sedikit sahaja penambahan harga saham kerana Coca Cola juga pernah melakukan Stock Split sebanyak 10 kali iaitu :

  • 15 September 1935 (1 saham berpecah 4)
  • 22 Januari 1960 (1 saham berpecah 3)
  • 22 Januari 1965 (1 saham berpecah 2)
  • 13 Mei 1968 (1 saham berpecah 2)
  • 9 Mei 1977 (1 saham berpecah 2)
  • 16 Jun 1986 (1 saham berpecah 3)
  • 1 Mei 1990 (1 saham berpecah 2)
  • 1 Mei 1992 (1 saham berpecah 2)
  • 1 Mei 1996 (1 saham berpecah 2)
  • 27 Julai 2012 (1 saham berpecah 2)

7. SAMSUNG ($47.6 bilion)

Berbanding jenama lain yang berasal dari negara Mat Saleh, SAMSUNG menjadi syarikat dari Asia yang tersenarai dalam senarai ini.

Berasal dari Korea Selatan, SAMSUNG aktif mengeluarkan produk eletronik dan dianggarkan kira-kira 2.5 bilion pengguna telefon pintar SAMSUNG di seluruh dunia.

Samsung Electronics Co Ltd didagangkan di Nasdaq.

8. DISNEY ($47.5 bilion)

Jenama Disney begitu sinonim dengan semua orang kerana usianya telah menjangkau puluhan tahun. Ditubuhkan pada 1923 oleh pengasasnya, Walt Disney, ia begitu popular dengan rancangan hiburan kartun dan taman tema yang ada di seluruh dunia. Sebagai contohnya Mickey Mouse yang begitu ikonik dengan DISNEY.

Mula didagangkan pada 1957 dengan pengeluaran IPO berharga $13.88, Disney sudah melakukan 6 pecahan saham dalam sejarah syarikatnya.

Harga terkini saham Disney ialah $102.47 (8 Jun 2018). Sama seperti saham lain yang menjadi mahal, DISNEY telah melakukan Stock split sebanyak 8 kali iaitu :

  • 18 Disember 1962 (100 saham berpecah 103 saham)
  • 16 November 1967 (1 saham berpecah 2)
  • 1 Mac 1971 (1 saham berpecah 2)
  • 16 Januari 1973 (1 saham berpecah 2)
  • 6 Mac 1986 (1 saham berpecah 4)
  • 18 Mei 1992 (1 saham berpecah 4)
  • 10 Julai 1998 (1 saham berpecah 3)
  • 13 Jun 20017 (1000 saham berpecah 1014)

Sumber: Forbes The World’s Most Valuable Brands

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

35 Peratus Ahli KWSP Berumur 54 Tahun Miliki Simpanan Di Bawah RM10,000 – Timbalan Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) —  Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 54 tahun yang mempunyai simpanan di bawah RM10,000 mencatatkan peratusan tertinggi sebanyak 35 peratus atau 94,827 orang ahli dengan jumlah simpanan RM246.1 juta.

Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong berkata ahli dengan jumlah simpanan melebihi RM1 juta mencatatkan peratus terendah dengan 2.0 peratus atau pun hanya 4,877 ahli dengan jumlah simpanan sebanyak RM7.9 bilion.

“Setakat 1 Januari 2023, sebanyak 274,715 ahli KWSP berumur 54 tahun atau pun 1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli KWSP (15.7 juta) dengan jumlah simpanan mereka bagi yang berumur 54 tahun itu adalah sebanyak RM35.72 bilion,” katanya pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Sim berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor-Amanah) mengenai pecahan jumlah simpanan ahli KWSP yang berumur 54 tahun pada 1 Januari 2023.

Sementara itu, sebanyak 8.0 peratus ahli KWSP yang berumur 54 tahun mempunyai simpanan sebanyak RM10,001-RM20,000, diikuti dengan RM20,001-RM50,000 (13 peratus), RM50,001-RM100,000 (12 peratus) RM100,001-RM200,000 (13 peratus), RM200,001-RM500,000 (13 peratus) dan RM500,001-RM1juta (4.0 peratus).

— BERNAMA