5 Idea Pendapatan Pasif Yang Berjaya Dan Menguntungkan

Bekerja dan dapat duit gaji atau komisen, itu adalah pendapatan AKTIF. Pendapatan PASIF pula pendapatan yang anda peroleh tanpa berpenat lelah bekerja. Sebagai contoh, dividen pelaburan.

Jika bekerja, baru duit masuk. Kalau tak bekerja sebab sakit, sudah tentu duit pun takkan ada. Sebab itu penting adanya pendapatan pasif. 

Masih belum terlambat ubah nasib hidup kita. Pendapatan pasif berjaya dan boleh untung dengan mudah sememangnya ada.

Dengan kewujudan pasaran global secara online dalam pelbagai aspek kehidupan kita, cara menjana pendapatan pasif kini menjadi lebih luas.  Pastinya impian untuk memiliki wang dengan cara pasif lebih mudah dicapai berbanding sebelum ini. 

Kini, sesiapa juga boleh menjana pendapatan pasif tanpa mengira status kewangan. Terdapat banyak idea pendapatan pasif berjaya untung yang boleh kita lakukan. Mudah-mudahan usaha hari ini memberi hasil pada tahun-tahun yang mendatang kelak. 

1. Buat Pelaburan Kecil Tetapi Menerima Impak Besar

Melabur dalam pasaran saham boleh menjana pendapatan pasif jika anda melabur dengan betul. Namun, pelaburan saham agak berisiko sekiranya seseorang masuk tanpa mendalami ilmunya. Risiko utama adalah takut kehilangan modal. Apabila sudah hadir seminar atau kelas untuk mendapatkan ilmu, berusaha membuka akaun CDS bagi mula untuk membeli dan menjual saham.

Langkah seterusnya adalah kita sediakan modal. Mulakan dengan modal yang kecil.

Tak perlu berdebat mengenai berapa modal minima yang diperlukan kerana setiap daripada kita mempunyai duit lebihan yang berbeza-beza. Apa yang penting gunalah modal yang sanggup kita rugi sepenuhnya dan jangan berhutang.

Dengan modal yang kecil, adalah lebih baik kita melabur dalam saham small cap, mid cap atau saham waran. Harga saham lebih murah dan pergerakan saham lebih agresif.

Baca juga

2. Mencipta Produk Untuk Kegunaan Platform Digital

Mereka yang menggunakan platform digital dalam aktiviti seharian pasti memerlukan kandungan digital bagi memudahkan urusan tersebut. Jadi, sekiranya anda yang mempunyai kepakaran dalam mencipta produk digital, ia adalah peluang buat duit pasif.

Anda boleh menyelesaikan masalah pengguna dengan cara membantu beri manfaat kepada mereka dengan kepakaran anda. Mereka yang memerlukan produk digital tersebut akan terus membeli dengan anda, menggunakannya dan juga mungkin mereka yang akan membantu anda menjana pendapatan pasif kelak. 

3. Menjadi Jurujual Online

Sekiranya anda mahu menjana pendapatan pasif yang menguntungkan, bidang jualan adalah salah satu puncanya.  Percaya atau tidak, memang ada peniaga online yang mencapai jutaan jualan dan sudah pasti pendapatan mereka juga banyak.

Adakah berniaga ini pendapatan pasif? Pada awalnya anda perlu bersungguh-sungguh membina pemasaran jangka masa panjang. Namun pada suatu masa nanti apabila perniagaan sudah ada sistem, ia akan menjadi pendapatan pasif buat anda.

Jadi jurujual online adalah salah satu idea pendapatan pasif berjaya dan untung tetapi anda perlu kreatif melakukan pemasaran. Adakala perniagaan online sangat mudah, pantas dan sesiapa sahaja boleh melakukannya. Namun, ia memerlukan penyediaan senarai produk dan maklumat yang lengkap mengenai produk yang ingin dijual.

Baca juga 24 Idea Bisnes Yang Berpotensi Tinggi dan Lumayan!

4. Berkongsi Kemahiran – Hasilkan Kelas Online

Bagi anda yang mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang, idea pendapatan pasif berjaya dan untung juga adalah apabila anda menganjurkan kelas online.  

Buat kelas melalui video yang telah dirakam (simpan di YouTube) dan juga melalui ebook. Anda cuma perlu sediakan sekali dan biar ia berjalan sendiri. Pendapatan anda tetap masuk setiap bulan.

5. Servis Sewa Aset

Sekiranya anda memiliki aset yang banyak, anda boleh sewakannya kepada golongan sasar yang berkaitan bagi menjana pendapatan pasif berjaya dan menguntungkan. Antara aset yang boleh disewakan adalah rumah, kedai, kereta dan sebagainya. 

Ia mampu memberikan keuntungan yang sangat tinggi sekiranya aset yang dimiliki sangat banyak. Itulah pentingnya aset seperti rumah, kereta dan lain-lain lagi supaya ia boleh dijadikan idea pendapatan pasif yang menguntungkan. 

Kesimpulannya, 5 idea pendapatan pasif yang dikongsikan adalah sebagai panduan bagi anda yang ingin mula menjana wang. Tidak mustahil ia akan berjaya dan untung asalkan ia dilaksanakan dengan cara yang betul dan konsisten. 

Anda mungkin perlu kerahkan masa atau tenaga anda dengan banyak di permulaan pekerjaan tersebut. Kemudian, barulah pendapatan pasif anda terhasil. Ingatlah, kejayaan akan hadir untuk mereka yang kuat berusaha dan tidak mengenal erti kekalahan.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Platform MoreRewardz Bantu Perkasakan PKS Untuk Capai Matlamat Jualan

Kuala Lumpur, 16 Februari 2023 – Aplikasi MoreRewardz menawarkan penyelesaian baharunya untuk mencapai matlamat jualan, yang mana boleh dilakukan dalam kurang  daripada 7 minit secara percuma.  

Melalui platform tersebut, pemilik perniagaan boleh menyemak, menganalisis dan membuat pelarasan dengan segera untuk menyelesaikan masalah dalam kempen mereka.  

Pengasas Platform Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan Program Kesetiaan  MoreRewardz, Welson Ang berkata, berbanding dengan kempen jualan tradisional, ia menawarkan pengalaman yang memperkasakan pemilik perniagaan dan proses persediaan yang mudah diikuti dalam bentuk soal jawab.  

Katanya, selain daripada penjimatan kos dan masa yang jelas, pemilik perniagaan juga  dapat mengakses maklumat masa nyata mengenai kempen mereka terus dari telefon  mudah alih mereka.  

“Sebagai usahawan, saya tidak asing dengan titik perit menjalankan kempen jualan, justeru, saya menubuhkan MoreRewardz untuk memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan membolehkan mereka berhubung dengan pangkalan pelanggan dengan mudah. 

“Platform ini boleh digunakan hampir semua sektor, daripada premis cuci kereta ke restoran, daripada kelas tuisyen ke salon dan juga perkhidmatan pembersihan.  

“Kami berharap ini akan memberikan penyedia perkhidmatan dorongan tambahan untuk  berinteraksi lebih banyak dengan pangkalan pelanggan mereka tanpa sebarang kos tersembunyi atau tambahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.  

Menurut Welson, peniaga boleh mula mengumpul urus niaga daripada pelanggan sebelum kempen jualan dimulakan, sekali gus meningkatkan aliran tunai serta-merta dan memberikan jaminan dan keselamatan yang amat diperlukan.  

MoreRewardz menawarkan 4 peringkat dalam struktur harga mereka, semuanya  memberikan pelbagai ciri dan faedah bergantung pada saiz syarikat dan kes penggunaan, dengan peningkatan tertakluk kepada keperluan.  

Peringkat pertama, dibuat percuma untuk semua orang dan akan memberi perkhidmatan  terbaik kepada usahawan dan perniagaan yang baru berkembang, manakala peringkat  tertinggi membenarkan sehingga 5,000 pangkalan data pelanggan dan 15,000 transaksi  sebulan.  

Tanpa sebarang kos, MoreRewardz ialah salah satu pilihan terbaik untuk memulakan perjalanan pengembangan perniagaan dengan sedikit atau tanpa kos.