
Sub Topik
Nak dapatkan kelulusan permohonan pinjaman daripada pihak bank pada hari ini, bukanlah satu perkara yang mudah. Ada sesetengahnya dah hampir berputus asa untuk memohon pinjaman.
Mungkin kita tak tahu caranya kot, itu yang menyebabkan kita sukar untuk mendapatkannya. Jom ikuti perkongsian daripada Tuan Mohd Zulkifli B. Shafie yang banyak berkongsi tentang kewangan dan emas.
Kena Bersedia Dari Awal

Alhamdulillah, saya baru dapat kelulusan bank untuk tambah lagi pemilikan hartanah yang boleh bagi “positive cashflow”. Ini hartanah pertama yang saya beli lepas tiada lagi slip gaji.
Sekarang saya baru dapat ‘baikpulih’ salah satu kesilapan yang saya buat semasa berhenti kerja iaitu tak ‘jaga’ Current Account (Akaun Semasa). Sedangkan Current Account adalah alat untuk buktikan kepada bank yang kita memang berduit.
Saya baru tersedar kesilapan ini lepas sebulan berhenti kerja. Masa itu baru saya terfikir, macam mana nak apply housing loan lagi? Slip gaji dah tak ada. Duit hasil bisnes pulak saya letak sana sini dalam banyak akaun. Susah untuk bank kenalpasti sejauh mana rancaknya bisnes saya.
Jadi lepas baca buku sana sini, dan tanya pengalaman kawan-kawan yang dah lama berniaga full-time, saya buat keputusan, semua urusniaga berkaitan dengan bisnes dan pendapatan utama saya, saya masukkan dalam satu Current Account khas hanya untuk bisnes. Semua duit keluar masuk berkaitan bisnes, bank boleh ‘match’ dengan Current Account tersebut.
Urus Current Account Dengan Bijak

Perkara ni walaupun nampak simple, tapi sepatutnya saya buat masa berniaga part-time lagi. Orang yang tiada slip gaji (berniaga sendiri sepenuh masa) tak mudah dapat loan macam orang makan gaji, apatah lagi jika dibandingkan dengan orang yang kerja kerajaan.
Sebesar manapun pendapatan kita dalam bisnes, bank tak dapat ‘cari bukti’ untuk luluskan pinjaman, melainkan kita buktikan dengan Current Account. Semua urusniaga duit masuk dan duit keluar, pastikan melalui akaun bank.
Tak kisahlah berniaga pisang goreng sekalipun, pastikan duit keluar masuk melalui akaun bank. Itu cara nak yakinkan bank yang kita memang berduit.
Jadi untuk pastikan bank yakin dengan Current Account kita , pastikan:
1. Setiap jualan yang kita buat, duit dibayar ke dalam akaun bisnes.
2. Setiap pembayaran, duit mesti keluar daripada akaun bisnes.
3. Setiap komisyen jualan (kalau jadi ejen mana-mana syarikat), pastikan syarikat bayar ke dalam akaun bisnes.
4. Minimumkan urusniaga yang melibatkan duit tunai. Kalau dapat bayaran dalam bentuk tunai, masukkan duit tu ke dalam akaun bisnes. Sama juga dengan pembayaran. Kalau buat bayaran, transfer duit dari akaun bank terus kepada pembekal.
5. Simpanan penyata Current Account yang at least untuk 6 bulan, paling balik 12 bulan. Kalau guna online banking, save jer statement tu dalam bentuk pdf.
Itulah tips ringkas urus Current Account dengan betul. Pokoknya, duit keluar masuk biar jelas, dan bank suka tengok duit keluar masuk yang aktif. Ia menandakan bisnes kita bergerak aktif.
Dokumen Yang Meyakinkan Bank

Selain daripada Current Account, dokumen yang sangat-sangat bank nak tengok ialah Penyata Cukai Pendapatan. Bahkan ada bank yang cuma perlukan Penyata Cukai Pendapatan untuk luluskan pinjaman. Jadi pastikan hantar borang dan bayar cukai kepada Lembaga Hasil bila cukup ‘nisab’. Bagi orang berniaga, deadline hantar borang dan buat pembayaran adalah pada 30 Jun setiap tahun.
Jadi secara ringkas, ini senarai dokumen yang bank perlukan sebagai bukti kita memang berduit, walaupun tanpa slip gaji:
1. Current Account (at least 6 bulan)
2. Penyata Cukai Pendapatan (2 tahun)
3. Resit Zakat Pendapatan
4. Surat Perlantikan Sebagai Ejen (kalau jadi ejen syarikat)
5. Penyata Komisyen Ejen (12 bulan)
6. Rental Agreement (kalau ada rumah sewa)
7. Buku Akaun Simpanan (Tabung Haji, ASB dsb)
8. Borang Daftar Perniagaan SSM
9. Penyata KWSP (bagi yang pernah makan gaji)
Pastikan semua hasil peniagaan dan pendapatan, bank boleh match dengan Current Account. Kalau kita dibayar komisyen (sebagai ejen), pastikan penyata komisyen yang syarikat bagi tu dapat match dengan duit masuk dalam Current Account.
Kalau Akaun Tabung Haji atau ASB, pastikan dalam buku tu menunjukkan kita menyimpan secara konsisten (at least 6 bulan tanpa pengeluaran) untuk amaun ansuran pinjaman yang bakal kita bayar kepada bank. Ia menunjukkan kepada bank, kalau kita mampu menyimpan secara konsisten, maksudnya kita mampu bayar ansuran bank tanpa sebarang masalah.
Sediakan Juga Profil Kewangan Peribadi

Masa saya jumpa pegawai bank bulan lepas, saya tak pasti apa yang mereka perlukan. Jadi saya sediakan satu fail yang saya namakan “Profil Kewangan Peribadi”, dan saya bawa sekali masa jumpa dengan mana-mana bank.
Dalam tu semua dokumen berkaitan kedudukan kewangan (yang saya senaraikan tu), dah siap compile sekali. Saya susun elok-elok, dan siap buat summary dan separator lagi.
Jadi bila berbincang dengan pegawai bank, mereka boleh terus buat penilaian samada kita layak atau tak untuk dapatkan pinjaman. Dan lagi senang, pegawai bank boleh terus fotostat mana-mana dokumen yang mereka perlukan.
Syukur Alhamdulillah, 2 bank yang saya mohon, semuanya lulus! Saya pilih yang mana saya rasa terbaik. Memang dokumen-dokumen yang saya senaraikan itu dapat membantu untuk kembangkan lagi kekayaan dengan hutang (tanpa perlu menanggung hutang), InsyaAllah.
Sumber: MohdZulkifli.com
Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!
Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.
Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?
Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM24.85 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM 19.50 RM 15.60.
Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.
Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;
- Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
- Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
- Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
- Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
- Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
- Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
- Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
- Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas
Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.
Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:
- Akaun Deposit atau Simpanan
- Rekod pekerjaan
- Status perkahwinan
- Kesihatan
- Rekod jenayah
- Butiran gaji
- Agama
Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.
Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:
- Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
- Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
- Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
- Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
- Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
- Usia akaun anda
Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.
