Bank Trade FOREX Dengan Individu, Ketahui 5 Perbezaannya

Isu FOREX dilihat kembali hangat baru-baru ini. Walaupun berdepan dengan pelbagai bukti bahawa trading forex di platform online adalah haram, masih ramai forex trader tetap dengan pendirian mereka.

Jom kita dengarkan perkongsian Dr Ahmad Danial yang merupakan seorang senior dealer bahagian futures di salah sebuah bank terkemuka tanahair.

“Bank-bank main FOREX boleh pulak? Rakyat nak main dilarang!”

This prolonged argument reminds me of my very first job in Stockbroking Ops Division in Affin Investment Bank about 10 years ago. Walaupun aku fresh grad, fresh from oven UiTM, bos aku masa tu En. Mohd Sanuri Hassim bagi aku satu tugas terbesar iaitu buat FOREX hedging.

Lepas dapat tahu job description ini aku teringat pensyarah yang mengajar subjek ini kat UiTM dulu; Prof Dr Noryati Ahmad. Pemegang akaun CDS Affin pun main global stocks, jadi secara automatik broking house ada foreign exchange risk exposure sebab broker adalah orang tengah dalam transaksi saham global.

Menurut kitab Finance kuno, hedging adalah salah satu teknik dalam pengurusan risiko matawang asing. Hedging maksudnya mengikat atau pegging sepasang nilai beli dan jual matawang supaya tidak terkesan dengan pergerakan pasaran yang di luar jangka. Sebagai contoh macam Tun Mahathir ikat RM dan USD pada RM3.80 per USD dulu.

Jadi hedging ini mengikat matawang mengikut selama mana yang kita suka. Tapi selalunya kita akan ikat FOREX rate yang laku untuk tiga hari ke depan saja. Rate yang diikat atau booking rate akan luput/expire:

  • TOD (hari ini, T-Day)
  • TOM (esok, T+1)
  • Spot (lusa, T+2)
  • Forward (lebih dari 3 hari)

As the authorised person to deal with FOREX and Money Market, tiap hari aku akan call Affin Bank Treasury untuk menempah FOREX rate. Aku akan nego dengan licensed Treasury Dealer untuk dapatkan rate yang baik. Ada spreadsheet khas untuk kira untung/rugi hedging.

Hedging tak perlu untung, asalkan jangan rugi.. Di situ aku dapat pengalaman hands-on buat hedging melalui FOREX trading selepas satu semester belajar dari buku/slide semasa buat degree di UiTM.

Bezanya dengan isu hangat FOREX yang tak habis-habis ini sebab orang Malaysia asyik samakan diorang sendiri yang main FOREX under non-regulated foreign FOREX online broker dengan Financial Institution (FI) yang memang trade FOREX.

5 Perbezaan FOREX Trading Bank vs FOREX Trading Individu

[1] FOREX trading aku buat hanya bertujuan pengurusan risiko. Selaras dengan Maqasid Syariah; menjaga harta. Aku menjaga harta majikan aku, Affin Investment Bank. Pada peringkat institusi, kami tak jadikan untung sebagai objektif utama. Kami cuma taknak rugi. Jadi FOREX trading melalui hedging adalah salah satu caranya.

[2] Transaksi yang aku buat dipantau bos aku, Treasury Department, Compliance Department, Auditor Dalaman dan Auditor Bank Negara untuk mengelakkan spekulasi yang akan menjejaskan kestabilan matawang. Online FOREX trading korang sapa pantau?

[3] Aku buat FOREX hedging tak guna leverage. Semua tunai dan proportionate dengan forex trade size sebab aku authorised trader bagi pihak jabatan aku. Jadi aku ada akses tanpa had kepada pusat aliran tunai jabatan. Maka tiada unsur non-syariah compliance seperti judi dalam transaksi. FOREX kau buat tu kena guna leverage kan sebab takde duit?

[4] Melalui bank, hedging strategies yang aku rangka 100% dalam keadaan terkawal selain bertujuan menambahkan kecairan pasaran matawang dunia. Aku perlu disiplin dengan prosedur dan senarai semak yang berjela supaya tidak menyalahi etika.

[5] Poin tambahan, semua orang yang terlibat secara sah deal FOREX trading dalam Malaysia ni berlesen dan berdaftar dengan BNM dan FI masing-masing. Sebagai contoh, Treasury dealer selalunya kena handle tiga instrumen: FOREX, money market dan bond market, kena lulus peperiksan dan dilesenkan oleh Persatuan Pasaran Kewangan Malaysia (PPKM/PKMC). Passing rate peperiksaan memang rendah. Aku kenal orang yang sampai 4 kali ambik tak pass.

Jadi, sama tak FOREX trading kau buat dengan yang kami buat? Faham tak kenapa BNM tak mau endorse online forex trading dalam Malaysia?

FOREX trading ni ada tiga je sebab; untuk hedging atau arbitraging atau speculating.

Hedging dan arbitraging memang purely for price risk management oleh Financial Institution (FI). On the Syariah sense, masuk kategori menjaga harta.

In your case, individual trader, kalau bukan untuk hedging atau arbitraging, maka you are speculating. When you are speculating, should you win (profit), you are winning at the cost of others. Itu zalim namanya.

Mohon berhenti perlahan-lahan. Banyak lagi instrumen patuh syariah dan sah di sisi undang-undang tapi korang taknak sebab tak glamor.

Bekas FOREX trader sah,
Dr. Dann

Sumber: Facebook Dr Danial

Fatwa pun dah jelas mengeluarkan hukum haram bagi forex trading online. Jemput baca FOREX Trading Online – Fatwa Mana Yang Kata Harus?

Kalau nak trade forex sebab boleh short, kita ada pilihan dalam bentuk FCPO yang patuh syariah. Nak long boleh, nak short pun boleh. Ianya memang sangat volatile, nak untung cepat pun boleh, nak rugi cepat pun boleh. Jemput baca 10 Soalan Yang Sering Ditanya Mengenai (FCPO) Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah.

Aset digital iaitu jual beli Bitcoin pun dah patuh syariah, jemput baca Forex vs Kripto: Kenapa Forex Haram, Kripto Boleh Pula?

Jadi apa lagi alasan anda untuk trade forex, sedangkan ada pilihan lain yang patuh syariah?

Previous ArticleNext Article

Bolehkah Bersedekah Menggunakan Hasil Daripada Trading Forex Online?

Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya hukum jika saya berniat untuk bersedekah menggunakan sumber daripada Trading Forex Online. Sebagaimana kita maklum, hukum Trading Forex adalah haram dan saya telah meninggalkan kerja ini sekian lama setelah hukumnya telah diwartakan di Malaysia.

Namun, saya berfikiran bahawa adalah suatu kerugian jika kebolehan saya untuk memperoleh sumber kewangan daripada Forex Trading yang agak banyak tidak dimanfaatkan kepada fakir miskin di sekitar kawasan kediaman dan negeri saya. Jadi terlebih dahulu saya ingin mendapatkan kepastian daripada pihak Tuan berkenaan hukum untuk niat saya ini.

Berdasarkan kepada IRSYAD FATWA SIRI KE-675: HUKUM TRADING FOREX UNTUK TUJUAN BERSEDEKAH yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:

Ringkasan Jawapan

Hukum menjalankan trading forex untuk tujuan bersedekah adalah haram. Hal ini kerana kaedah Syarak yang mengharuskan melakukan perkara yang diharamkan hanyalah terpakai dalam situasi yang memang betul-betul mendesak sehingga tiada cara melainkan perlu melakukan perkara yang haram. 

Sedangkan dalam situasi di atas, bersedekah secara umumnya masih belum mencapai tahap darurat. Dalam masa yang sama masih ada wasilah halal yang lain untuk memperoleh wang seperti pelaburan saham, crowdfunding (sumbangan dana awam), dan lain-lain.

Huraian Jawapan

Pertamanya, Perdagangan Matawang (FOREX) mempunyai pelbagai gambaran dan bentuk. Tulisan ini memfokuskan pada bentuk Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) melalui platfom elektronik yang sudah difatwakan haram dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98.

Kenyataanya seperti berikut:

Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara”.[1]

Seterusnya, bagi mencapai suatu tujuan yang baik hendaklah diperoleh melalui jalan yang dibenarkan Syarak semampu yang mungkin. Slogan “Niat menghalalkan cara” tidak boleh difahami secara mutlak untuk setiap keadaan. Sebaliknya slogan tersebut hanya terpakai jika memenuhi dua syarat utama:

Pertama: Hendaklah niat atau objektif yang ingin dicapai diiktiraf oleh Syarak. Contohnya,  niat menyelamatkan diri daripada kebinasaan dan kematian.[2]

Kedua: Sekiranya bagi mencapai objektif yang diiktiraf Syarak tersebut mengkehendaki seseorang perlu menempuhi wasilah yang haram, hendaklah dia memastikan bahawa mudarat wasilah haram tersebut lebih rendah kesannya berbanding objektif yang ingin dicapaibukanlah setara apatah lagi lebih teruk. Contohnya, seseorang makan khinzir di saat dirinya hampir mati sedangkan makanan halal lain masih ada.[3]

(Rujuk: Syarh al-Qawa’id al-Fiqhiyyah, m/s 195)

Sehubungan dengan itu, sekiranya dua syarat di atas tidak dipenuhi seperti kesan mudarat wasilah haram lebih besar berbanding objektif yang ingin dicapai, maka wasilah tersebut haram digunakan bersandarkan kepada kaedah Fiqh menyebut:

الضرر لا يزال بمثله أو بأعظم منه

Maksudnya“Suatu kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan melakukan mudarat lain yang sama tahap atau lebih teruk daripadanya”.

Tambahan pula, agama mengajarkan suatu kaedah yang penting apabila berhadapan dengan situasi yang mempunyai elemen manfaat dan mudarat. Kaedah tersebut:

درء المفاسد مقدم على جلب المصالح

Maksudnya: “Menghindarkan kerosakan lebih diutamakan daripada mencari kemaslahatan”.

Oleh itu, sekiranya bertembung di antara memperoleh manfaat atau menghindarkan mudarat dan kerosakan, maka yang lebih utama adalah menghindarkan diri daripada segala jenis kemudaratan termasuklah maksiat dan dosa apatah lagi sekiranya manfaat yang ingin diperolehi tersebut tidak mencapai tahap penting dan darurat.

(Rujuk: al-Asybah wa al-Nazhair, m/s 78)

Banyak sekali nas yang menegaskan tentang tuntutan meninggalkan segala yang dilarang oleh syarak, antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

فَإِذَا نَهَيْتُكُمْ عن شيءٍ فَاجْتَنِبُوهُ، وإذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا منه ما اسْتَطَعْتُمْ

Maksudnya“Apabila aku melarangmu membuat sesuatu perkara maka jauhilah (kesemuanya). Apabila aku memerintahmu lakukan sesuatu perkara, maka lakukanlah semampu yang kalian boleh buat”.

Riwayat al-Bukhari (2788)

Bertitik tolak daripada kaedah ini, tujuan bersedekah merupakan suatu tindakan yang baik dan sangat mulia. Namun, sekiranya sumber kewangan sedekah tersebut diperoleh daripada cara yang haram seperti FOREX, maka dalam hal ini Syarak melarangnya.

Alasan larangan ini juga berpandukan hujah bahawa kaedah Syarak yang mengharuskan melakukan perkara yang diharamkan hanyalah terpakai dalam situasi yang memaksa dan mendesak sehingga tiada cara atau wasilah melainkan melakukan perkara yang haram.  Sedangkan dalam situasi di atas, bersedekah secara umumnya masih belum mencapai tahap darurat dan dalam masa yang sama masih ada cara halal yang lain untuk memperoleh wang seperti pelaburan saham, crowdfunding (sumbangan dana awam), wakaf, membuka tabung sedekah dan lain-lain.

Akhir kata, semoga kita semua diberikan taufik dan petunjuk oleh Allah SWT agar segala cita-cita murni yang ingin dicapai melalui jalan yang diredai-Nya. Wallahu a’lam.

[1] Rujuk Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik

[2] Rujuk Irsyad Usul Al-Fiqh Siri Ke-26: Kaedah Dalam Mencapai Sesuatu Matlamat

Baca juga Ada Duit Atau Harta Daripada Sumber Yang Haram? Ini Dia Cara Pengurusan Wang Tidak Patuh Syariah