4 Pengajaran Daripada Saham Sapura Energy Kepada Pelabur Saham

Syarikat Sapura Energy Berhad menjadi topik bualan yang hangat sejak dua menjak ini sehingga diperbincangkan dan mahu diperdebatkan oleh ahli politik tanah air kita. 

Dengan keadaan kewangan semasa syarikat yang semakin tenat, adakah patut syarikat ini diselamatkan lagi oleh kerajaan atau biarkan sahaja ia bersemadi dengan sendirinya? 

Daripada kisah syarikat yang dulunya unggul kini hanya ibarat telur dihujung tanduk, mari kita lihat 4 pengajaran penting sebagai pelabur yang boleh dijadikan sebagai iktibar.

1. Saham Mahal Tidak Selamanya Mahal

Sumber:

Syarikat Sapura Energy pernah mengalami zaman kegemilangan pada tahun 2013 dan harga sahamnya ketika itu bernilai sekitar RM4.90 seunit boleh dikatakan saham yang hanya mampu tengok buat pelabur yang bermodal sederhana dan rendah.

Namun tanpa diduga, selepas membuat kenaikan harga tertinggi tersebut, harganya terus menerus membuat kejatuhan demi kejatuhan sehingga hanya tinggal RM0.035 seunit ketika artikel ini ditulis. 

Kepada pelabur saham, jangan ingat saham yang mahal akan selamanya mahal. Ini bukan hanya terjadi kepada saham syarikat Sapura Energy sahaja, malah banyak lagi saham syarikat lain yang mengalami nasib sama. Lagi-lagi syarikat yang baru disaman oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia baru ini. 

Sebab itu sebagai pelabur, kita perlu ada trading plan dan paling penting perlu ikut perancangan yang telah dibuat. Patah support ucap takziah dan lepaskan saham tersebut. Rugi sedikit adalah lebih baik daripada melepaskan saham yang rugi besar jika masih disimpan. 

2. Banyak Dapat Projek Belum Tentu Syarikat Untung

Sumber: Bernama

Pada tahun 2021, rancak di dada akhbar syarikat yang sedang rugi ketika itu mendapat projek berbilion-bilion. Hampir setiap bulan tak lekang berita tentang penerimaan projek baru oleh syarikat ini. 

Ketika itu, ramai penganalisa juga memberikan saranan yang positif kepada syarikat ini, projek-projek tersebut juga telah mengurangkan kerugian syarikat ketika itu. 

Tetapi sayang, mulai tahun 2022 yang baru sepenggal ini, syarikat mencatatkan kerugian yang luar biasa hebatnya. Adakah ini bermaksud projek yang bernilai berbilion-bilion tersebut sudahnya tidak menguntungkan syarikat malah merugikan? 

3. Ada Pegangan Jerung Belum Tentu Syarikatnya Mapan

Ada satu pandangan pelabur di Malaysia ini, jika syarikat tersebut dipegang oleh agensi kerajaan, syarikat tersebut terjamin kemampuannya untuk bertahan. 

Seperti syarikat Sapura ini yang mempunyai pegangan besar oleh Permodalan Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Persaraan, ada yang berpandangan apa jadi pun akan diselamatkan. 

Tetapi realitinya tidak seindah yang disangka. Rakyat Malaysia hari ini juga lantang menentang kerajaan jika bertindak merugikan rakyat. Cukuplah sekali rakyat tertindas dengan skandal 1MDB. 

4. Saham Murah Tapi Kalau Berat, Memang Susah Nak Gerak

Harga saham Sapura Energy ini memang sangat murah berbanding harga saham syarikat persainya yang lain. Ada yang berpandangan beli saham murah ni lebih bagus kerana boleh beli dengan lebih banyak dan boleh untung lebih besar. 

Sayangnya mereka terlupa jika saham ini jatuh, kerugian yang ditanggung juga besar. 

Tambahan lagi, saham Sapura Energy ini sangat berat dengan jumlah dagangan sebanyak 15.971 bilion unit. Walaupun murah, tetapi dengan jumlah dagangan yang sangat besar ini, apa-apa sentimen semasa syarikat sukar menggerakkan harga saham tersebut. 

Baik sentimen harga minyak dunia naik ke paras tertinggi sekali pun gagal menggerakkan harga saham tersebut seperti syarikat pesaingnya yang lain. 

Walaupun keadaan syarikat Sapura Energy Berhad hari ini dilihat sangat membimbangkan, namun langkah-langkah drastik telah diambil oleh pihak pengurusan syarikat. 

Pihak pengurusan telah bertindak untuk membuat penstrukturan semula syarikat tersebut dengan melantik Cosimo Borrelli, pakar penstrukturan semula syarikat di Asia Pasifik yang berasal daripada Australia. 

Syarikat ini juga bertindak melantik pihak pengurusan yang baru untuk menerajui dan memulihkan semula syarikat ini. 

Sama-sama kita lihat apa akan terjadi kepada syarikat ini nanti. Mampukah Sapura Energy kembali ke zaman kegemilangannya semula? 

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Sunway Cadang Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bagi Memiliki IJM Corp Pada Harga RM3.15 Sesaham

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) — Sunway Bhd mencadangkan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat untuk memiliki keseluruhan 3.51 bilion saham dalam IJM Corp Bhd pada harga tawaran RM3.15 sesaham.

Sunway dalam satu makluman di Bursa Malaysia hari ini berkata Maybank Investment Bank Bhd yang bertindak bagi pihaknya, telah menyerahkan notis tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat kepada lembaga pengarah IJM Corp mengenai hasratnya untuk memiliki keseluruhan kepentingan ekuiti pada harga tawaran itu.

Ia menambah Sunway mungkin mencalonkan sebuah anak syarikat milik penuhnya sebagai penerima saham tawaran berkenaan.

“Dengan mengandaikan tawaran yang dicadangkan itu diterima sepenuhnya dan tiada pelarasan dibuat terhadap harga tawaran, jumlah pertimbangan bagi tawaran itu dianggarkan sekitar RM11.0 bilion yang akan diselesaikan melalui gabungan tunai dan penerbitan saham biasa baharu dalam Sunway,” kata Sunway.

Sekiranya tiada berlakunya sebarang keadaan yang diluar jangka, syarikat itu berkata tawaran yang dicadangkan dijangka selesai menjelang suku ketiga 2026.

Syarikat itu berkata tawaran yang dicadangkan itu adalah tertakluk kepada, antaranya Sunway mesti menerima, pada atau sebelum tarikh tutup, penerimaan sah yang akan menyebabkan Sunway memegang, secara keseluruhan lebih daripada 50 peratus saham undian IJM Corp.

Sunway berkata ia mungkin akan cuba untuk menyahsenarai IJM Corp melalui kaedah yang dibenarkan di bawah undang-undang dan peraturan yang terpakai, dengan keputusan untuk meneruskan dan pilihan kaedah akan dibuat pada masa yang relevan.

Ia berkata penyelesaian tawaran yang dicadangkan itu akan mewujudkan sebuah konglomerat yang diperbesarkan yang terlibat dalam pembangunan hartanah dan pembinaan di Malaysia berdasarkan hasil dan asas asetnya.

“Sunway akan dapat menggabungkan prestasi kewangan IJM Group dan turut mengembangkan aktiviti perniagaan Sunway dan anak syarikatnya,” kata syarikat itu sambil menambah pihaknya berhasrat untuk meneruskan perniagaan sedia ada IJM Group.

Selain itu, Sunway berkata IJM Corp akan dikekalkan sebagai anak syarikat berasingan, selari dengan syarikat operasi sedia ada yang lain dalam Sunway Group.

“Mengandaikan tawaran yang dicadangkan itu diterima sepenuhnya, syarikat berhasrat untuk membentuk sebuah jawatankuasa pemandu integrasi untuk, antara lain mengkaji operasi perniagaan IJM Group dan keperluan pelesenan berhubung perniagaan masing-masing bagi Sunway Group yang diperbesarkan,” katanya.

Sunway berkata ia tidak mempunyai rancangan pada masa ini untuk memperkenalkan atau melaksanakan sebarang perubahan besar dalam struktur IJM Group, atau menjual atau menggunakan semula aset utama IJM Group.

“Bagaimanapun, penggunaan semula aset atau penjualan aset bukan teras mungkin diperlukan sebagai sebahagian daripada rasionalisasi aktiviti perniagaan dan untuk kekal berdaya saing dalam industri, meningkatkan penggunaan sumber dan memperoleh manfaat sinergi,” tambah syarikat itu.
la berkata rancangan terperinci untuk IJM Group hanya akan dimuktamadkan selepas Sunway menjalankan semakan terperinci terhadap kedudukan kewangan dan operasi IJM Group setelah tawaran yang dicadangkan berjaya diselesaikan.

Sunway berkata pihaknya juga tidak mempunyai rancangan pada masa ini untuk memberhentikan atau menjadikan pekerja IJM Group tidak diperlukan secara langsung hasil daripada tawaran yang dicadangkan itu.
— BERNAMA