5 Fakta Penyenaraian IPO Di Bursa Malaysia 2024

Bursa Malaysia Berhad mencatatkan pencapaian luar biasa pada tahun 2024 dengan penyenaraian sebanyak 55 Tawaran Awam Permulaan (IPO) tahun ini. Prestasi ini merupakan peningkatan besar sebanyak 72% berbanding hanya 32 IPO pada tahun 2023. Dengan jumlah ini, Bursa Malaysia mencatatkan bilangan penyenaraian tertinggi dalam tempoh 19 tahun, mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pilihan syarikat untuk meningkatkan profil dan mendapatkan modal bagi pertumbuhan dan pengembangan.

Berikut merupakan 5 fakta dan sorotan menarik mengenai 55 IPO di Bursa Malaysia yang perlu anda tahu:

1. Prestasi Luar Biasa IPO

  • Daripada 51 IPO di Pasaran Utama dan ACE, 25 daripadanya (hampir separuh) mencatatkan kadar lebihan langganan (oversubscribed) 51 kali dan ke atas.
  • Supreme Consolidated Resources Berhad mendahului dengan kadar lebihan langganan tertinggi iaitu 349 kali.

2. Senarai 5 IPO terbesar di Bursa Malaysia pada 2024:

  • Lima IPO terbesar pada tahun 2024 menyumbang hampir 65% daripada jumlah modal pasaran IPO, berdasarkan harga IPO.

Baca juga: Johor Plantation Group dibuka pada harga 0.84 sen hari ini, sama dengan harga tawaran IPO

3. Bulan Dengan Bilangan IPO Tertinggi

  • Disember 2024 mencatatkan 8 IPO (1 di Pasaran Utama, 3 di Pasaran ACE, 2 pemindahan dari LEAP ke ACE, 2 di Pasaran LEAP).
  • November 2024: 3 IPO di Pasaran Utama (Azam Jaya & Mega Fortis disenaraikan pada hari yang sama, 11 November).
  • Julai, Oktober, Disember: 5 IPO Pasaran ACE setiap bulan.

4. Pemindahan Pasaran (Transfer Listings)

Apabila sesebuah syarikat berpindah dari pasaran yang lebih kecil seperti Pasaran LEAP atau Pasaran ACE ke Pasaran Utama, ia menunjukkan pertumbuhan syarikat tersebut. Proses pemindahan mencerminkan peningkatan daya saing, kestabilan kewangan, dan keyakinan syarikat dalam memenuhi keperluan ketat yang ditetapkan oleh pasaran yang lebih tinggi. Ini juga membuka peluang untuk menarik lebih ramai pelabur institusi dan meningkatkan akses kepada modal yang lebih besar untuk pengembangan perniagaan.

  • Untuk 2024, 5 syarikat berpindah dari Pasaran LEAP ke Pasaran ACE.
  • Manakala 12 syarikat berpindah dari Pasaran ACE ke Pasaran Utama.

5. Sektor Paling Aktif

Dua sektor berikut mempunyai bilangan IPO tertinggi pada 2024, jumlah ini mewakili 64% daripada jumlah keseluruhan IPO:

  1. Sektor Produk & Perkhidmatan Industri: 23 IPO
    Sektor ini mendominasi dengan bilangan penyenaraian tertinggi, mencerminkan permintaan yang kukuh untuk syarikat dalam industri pembuatan, logistik, dan perkhidmatan sokongan.
  2. Sektor Produk & Perkhidmatan Pengguna: 12 IPO
    Sektor ini menunjukkan daya tahan dan potensi pertumbuhan yang stabil, didorong oleh permintaan pengguna yang berterusan. Penyenaraian syarikat dalam sektor ini sering berkait dengan produk harian, peruncitan, dan gaya hidup yang terus relevan kepada pasaran.

6. Prestasi Harga Saham IPO

Sebanyak 75% IPO (41 daripada 55 IPO) mencatatkan kenaikan harga saham berbanding harga IPO masing-masing! (setakat penutupan dagangan pada 19 Disember 2024)

Kesimpulan

Pencapaian 55 IPO pada tahun 2024 membuktikan komitmen Bursa Malaysia dalam menyediakan ekosistem pasaran modal yang kondusif dan kompetitif. Dengan kadar lebihan langganan yang tinggi dan prestasi harga saham yang memberangsangkan, ia mencerminkan keyakinan pelabur terhadap potensi pertumbuhan syarikat-syarikat ini. Bursa Malaysia juga berjaya mendahului bursa ASEAN dari segi jumlah IPO dan dana yang dikumpulkan tahun ini, mengukuhkan lagi peranannya sebagai rakan strategik bagi pembangunan pasaran modal serantau.

Sumber: Bursa Malaysia

Nak mula melabur saham? Buka akaun perdagangan dengan Webull dan dapatkan 0% yuran komisen untuk 180 hari pertama. Klik sini.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.


Previous ArticleNext Article

Sunway Cadang Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bagi Memiliki IJM Corp Pada Harga RM3.15 Sesaham

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) — Sunway Bhd mencadangkan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat untuk memiliki keseluruhan 3.51 bilion saham dalam IJM Corp Bhd pada harga tawaran RM3.15 sesaham.

Sunway dalam satu makluman di Bursa Malaysia hari ini berkata Maybank Investment Bank Bhd yang bertindak bagi pihaknya, telah menyerahkan notis tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat kepada lembaga pengarah IJM Corp mengenai hasratnya untuk memiliki keseluruhan kepentingan ekuiti pada harga tawaran itu.

Ia menambah Sunway mungkin mencalonkan sebuah anak syarikat milik penuhnya sebagai penerima saham tawaran berkenaan.

“Dengan mengandaikan tawaran yang dicadangkan itu diterima sepenuhnya dan tiada pelarasan dibuat terhadap harga tawaran, jumlah pertimbangan bagi tawaran itu dianggarkan sekitar RM11.0 bilion yang akan diselesaikan melalui gabungan tunai dan penerbitan saham biasa baharu dalam Sunway,” kata Sunway.

Sekiranya tiada berlakunya sebarang keadaan yang diluar jangka, syarikat itu berkata tawaran yang dicadangkan dijangka selesai menjelang suku ketiga 2026.

Syarikat itu berkata tawaran yang dicadangkan itu adalah tertakluk kepada, antaranya Sunway mesti menerima, pada atau sebelum tarikh tutup, penerimaan sah yang akan menyebabkan Sunway memegang, secara keseluruhan lebih daripada 50 peratus saham undian IJM Corp.

Sunway berkata ia mungkin akan cuba untuk menyahsenarai IJM Corp melalui kaedah yang dibenarkan di bawah undang-undang dan peraturan yang terpakai, dengan keputusan untuk meneruskan dan pilihan kaedah akan dibuat pada masa yang relevan.

Ia berkata penyelesaian tawaran yang dicadangkan itu akan mewujudkan sebuah konglomerat yang diperbesarkan yang terlibat dalam pembangunan hartanah dan pembinaan di Malaysia berdasarkan hasil dan asas asetnya.

“Sunway akan dapat menggabungkan prestasi kewangan IJM Group dan turut mengembangkan aktiviti perniagaan Sunway dan anak syarikatnya,” kata syarikat itu sambil menambah pihaknya berhasrat untuk meneruskan perniagaan sedia ada IJM Group.

Selain itu, Sunway berkata IJM Corp akan dikekalkan sebagai anak syarikat berasingan, selari dengan syarikat operasi sedia ada yang lain dalam Sunway Group.

“Mengandaikan tawaran yang dicadangkan itu diterima sepenuhnya, syarikat berhasrat untuk membentuk sebuah jawatankuasa pemandu integrasi untuk, antara lain mengkaji operasi perniagaan IJM Group dan keperluan pelesenan berhubung perniagaan masing-masing bagi Sunway Group yang diperbesarkan,” katanya.

Sunway berkata ia tidak mempunyai rancangan pada masa ini untuk memperkenalkan atau melaksanakan sebarang perubahan besar dalam struktur IJM Group, atau menjual atau menggunakan semula aset utama IJM Group.

“Bagaimanapun, penggunaan semula aset atau penjualan aset bukan teras mungkin diperlukan sebagai sebahagian daripada rasionalisasi aktiviti perniagaan dan untuk kekal berdaya saing dalam industri, meningkatkan penggunaan sumber dan memperoleh manfaat sinergi,” tambah syarikat itu.
la berkata rancangan terperinci untuk IJM Group hanya akan dimuktamadkan selepas Sunway menjalankan semakan terperinci terhadap kedudukan kewangan dan operasi IJM Group setelah tawaran yang dicadangkan berjaya diselesaikan.

Sunway berkata pihaknya juga tidak mempunyai rancangan pada masa ini untuk memberhentikan atau menjadikan pekerja IJM Group tidak diperlukan secara langsung hasil daripada tawaran yang dicadangkan itu.
— BERNAMA