Kesedaran Pelaburan Saham Dalam Kalangan Bumiputera

Malaysia merupakan antara negara yang mengalami pelbagai cabaran dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan agama. Fakta telah membuktikan bahawa jurang ekonomi antara kaum asas amat penting dan memerlukan perhatian serius daripada semua pihak.

Dasar Ekonomi Baru yang mula diperkenalkan oleh pihak kerajaan adalah usaha kerajaan untuk membantu sedikit sebanyak merapatkan jurang ekonomi antara kaum  dan membasmi kemiskinan di Malaysia. Oleh itu, tanpa mengira kaum atau etnik, pihak berkuasa perlu melaksanakan dan menambah peluang pekerjaan untuk semua, di samping menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan identiti kaum berdasarkan fungsi ekonomi.

Walaupun belum mencapai sepenuhnya matlamat untuk memastikan semua etnik di Malaysia berada pada tahap ekonomi, dasar ekonomi baru ini boleh dikatakan telah berjaya membebaskan sebahagian besar orang Melayu atau bumiputera daripada kepompong kemiskinan hingga ke tahap tertentu.

 “Yang kaya semakin kaya kerana pandai melabur”. Hal ini kerana pelaburan saham dalam kalangan bumiputera adalah tidak asing lagi walaubagaimanapun masih ramai lagi yang tidak mempunyai kemahiran yang baik dalam pelaburan saham. Antara puncanya ialah kurangnya pendedahan dalam bidang ini.

Selain itu, tidak tahu dan tidak berani mengambil risiko kerana kurangnya pengetahuan berkaitan bidang ini. Jika kita mempunyai ilmu yang pelaburan yang lebih mendalam, tidak mustahil untuk memperolehi keuntungan yang berganda.

Usaha yang berterusan daripada pihak Bursa Malaysia untuk menggandakan kesedaran terutamanya kepada golongan muda dengan bekerjasama pihak industri untuk mengadakan seminar bengkel, persidangan dan sebagainya secara tidak langsung telah memberi pendedahan yang cukup meluas kepada masyarakat.

Secara amnya pelaburan menjadi satu usaha yang efektif dalam meningkatkan pendapatan. Persoalannya, sejauh manakah kesedaran golongan bumiputera terhadap kepentingan pelaburan saham, dan apakah prospek dan cabaran dalam mengekalkan kesedaran pelaburan saham terutama dalam kalangan bumiputera.

Kesedaran Golongan Bumiputera Terhadap Kepentingan Pelaburan Saham

Kesedaran untuk melabur dalam kalangan bumiputera semakin bertambah berbanding 10 tahun yang lalu. Mereka mula memilih untuk melabur terus dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia dan juga pelaburan dalam Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk meningkatkan pendapatan mereka.

Kepentingan pelaburan saham bukan sahaja dapat dikaitkan dengan peningkatan pendapatan, akan tetapi, ia juga membantu dalam, mengurangkan jurang pendapatan, melawan inflasi dan juga boleh dijadikan sebagai simpanan ketika usia tua. Kesedaran akan pelaburan saham juga dapat dikaitkan dengan ilmu pelaburan saham yang betul, digunakan dengan cara yang betul dan dididik oleh guru yang betul.

Kesedaran ini perlu dititikberatkan agar tidak lagi berlaku kes-kes skim penipuan sindiket pelaburan saham yang sering menjadi paparan tajuk utama akhbar di Malaysia. 

 Gambar di atas jelas menunjukkan kurangnya kesedaran bumiputera terhadap pelaburan saham. Mangsa-mangsa sindiket tersebut mula terperangkap dengan tawaran skim pelaburan yang menjanjikan pulangan modal yang tinggi. Oleh yang demikian, kesedaran ini penting agar semua lapisan masyarakat terlindung daripada sindiket penipuan.

Prospek Dan Cabaran

Dewasa ini, kesedaran pelaburan saham lebih tertumpu kepada golongan muda yang semakin hari giat mencebur diri dalam bidang pelaburan tidak kira sama ada pelaburan saham terus di Bursa Malaysia, pelaburan dalam Tabung Haji atau Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan juga pelaburan dalam mata wang kripto. Pelbagai inisiatif daripada kerajaan dalam meningkatkan kesedaran pelaburan saham dalam generasi muda.

Sebagai contoh, penganjuran Minggu Saham Malaysia (MSAM) membantu meningkatkan kesedaran ramai khususnya golongan muda tentang kepentingan pelaburan saham. Ianya juga menjadi salah satu inisiatif kerajaan sebagai pendedahan awal tentang faedah menabung dan kesedaran berkaitan amanah saham penting untuk merancang masa depan masing-masing.

Akan tetapi, kesedaran ini akan sentiasa dikaitkan dengan cabarannya tersendiri. Sikap tamak dalam urus niaga saham seperti sikap pelabur yang sentiasa menginginkan keuntungan dalam tempoh yang cepat dan ingin mengambil keuntungan yang lebih tinggi walaupun harga sesuatu saham telah pun meningkat dengan banyak (Zuraida, 2016).

Pasaran saham mempunyai kitaran naik dan turun yang tersendiri. Unjuran naik dan turun saham tidak dapat diramalkan secara tepat walaupun kajian telah dibuat. Manakala berlabur secara melampau antaranya seperti memasuki pasaran dengan tujuan mendapatkan semula modal yang hilang disebabkan kerugian semasa urus niaga saham yang lepas atau membeli saham melebihi kemampuan.

Pelabur dinasihatkan supaya mengikut pelan dagangan bagi mengelakkan kerugian yang besar sekiranya pasaran saham jatuh secara mendadak. 

Tuntasnya, kesedaran terhadap pelaburan amatlah penting bagi semua lapisan bumiputera. Persiapan ilmu pengetahuan dan teknik yang betul selain daripada simpanan sebagai modal awal pelaburan atau pelaburan yang dirancang melalui pengurusan kewangan yang betul dilihat menjadi cabaran yang penting yang perlu dikuasai oleh bumiputera untuk menjadikan pasaran saham sebagai sumber pendapatan yang sah dan berjaya.

Penyertaan dalam pasaran saham dijangka dapat membantu meningkatkan pemilikan kekayaan. Keadaan ini juga menyumbang kepada suasana ekonomi dan sosial yang lebih baik dalam masyarakat dan negara.

Kesedaran Perlu Ditingkatkan Lagi

Kesedaran dalam pelaburan saham adalah sangat penting bagi meningkatkan tahap hidup dalam kalangan bumiputera supaya tiada jurang antara kaum lain dari segi pendapatan dan cara hidup. Selain itu, memasuki dunia pelaburan saham sebagai pendapatan sampingan sangat-sangat digalakkan bagi meningkatkan kekayaan.

Namun begitu, cabaran yang perlu dihadapi juga perlu ambil kira kerana sebagai pelabur saham akan menghadapi cabaran dalam modal permulaan dan kerugian ketika melabur. Oleh itu, pelabur perlu untuk mempunyai kesedaran yang tinggi dan memupuk minat dalam dunia pelaburan saham dalam masa yang sama mempersiapkan ilmu pengetahuan dan teknik yang berkesan untuk melabur.

Penulis boleh dihubungi di:

Muhammad Aiman Bin Muhmad Narziri ([email protected])
Muhamad Taufiq Bin Nor Azlan ([email protected])
Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali ([email protected])
Fakulti Ekonomi Dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.