OpenAI Bersiap Sedia Untuk IPO Bernilai USD 1,000,000,000,000

Syarikat AI paling mendapat perhatian di dunia, OpenAI, kini dikhabarkan sedang membuat persiapan untuk membuat penyenaraian awam (IPO) yang boleh menilai syarikat itu sehingga USD 1 trilion, satu petunjuk bahawa kancah kecerdasan buatan (AI) semakin matang dan akan memasuki fasa baharu dalam ekosistem teknologi global.

Laporan menyebut CEO Sam Altman mengakui IPO ialah pilihan “paling berkemungkinan”, walaupun syarikat menegaskan belum ada tarikh ditetapkan dan penampilan di pasaran mungkin hanya berlaku sekitar 2027.

OpenAI mengaku bahawa mereka memerlukan modal yang sangat besar iaitu “trillions of dollars” untuk membangunkan sistem AI mereka. Kajian menunjukkan bahawa OpenAI telah menandatangani kontrak infrastruktur besar dengan syarikat‐besar seperti Nvidia, SoftBank dan lainnya untuk membina asas teknologi mereka. Menurut pengarah pelaburan di D.A. Davidson, OpenAI memerlukan “fresh capital” dan IPO dilihat sebagai salah satu jalan keluar.

Namun, angka-angka besar datang bersama risiko besar. OpenAI dilaporkan masih “membakar tunai”, dengan unjuran aliran tunai negatif sekitar USD8 bilion tahun ini dan Microsoft turut melaporkan kerugian kerana telah membuat pelaburan besar dan menjalin kerjasama rapat dengan OpenAI.

Penganalisis memberi amaran, jika syarikat-syarikat mengejar peluang AI dengan hutang berat tetapi pendapatan tidak menepati jangkaan, risiko limpahan kepada ekonomi lebih luas boleh berlaku.

Bagi pelabur di Malaysia, cerita IPO OpenAI ni bukan sekadar drama Silicon Valley. Ia tanda AI dah bergerak daripada “hype” ke tahap infrastruktur dan kesan dia boleh kena pada rantaian cip dan polisi tempatan.

Pendek kata: sama ada IPO tersebut cepat atau lambat, yang penting ialah seberapa pantas hype AI boleh jadi duit dan model bisnes yang betul-betul tahan lasak.

  • Pada Februari 2025, ChatGPT dilaporkan mempunyai lebih 400 juta pengguna aktif mingguan.
  • Kemudian pada Ogos 2025, ia dilaporkan mencapai 700 juta pengguna aktif mingguan.

Macam mana nak beli IPO di Amerika? Menurut laporan The Edge bertarikh 11 April 2025 dan perkongsian di laman Facebook rasmi M+ Global, syarikat tersebut telah memperkenalkan perkhidmatan baharu yang digelar sebagai “Malaysia’s first-ever US IPO subscription service” bagi membolehkan pelabur runcit tempatan menyertai penyenaraian awam di pasaran AS. Tetapi di laman laman rasmi M+ Global, maklumat mengenai langganan IPO Amerika Syarikat belum dinyatakan secara jelas.

Kalau dah standby nak beli saham US, pastikan tahu platform mana paling sesuai dulu. Sila rujuk perbandingan di bawah :

Previous ArticleNext Article

Kerajaan MADANI Sasar Senaraikan 10 Syarikat Bumiputera Di Bursa Malaysia Pada 2026, 2027

PUTRAJAYA: Sebanyak 10 syarikat Bumiputera disasar untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2026 dan 2027, dengan empat daripadanya berada dalam perancangan bagi disenaraikan tahun ini.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil, berkata penyenaraian itu susulan hasil Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, sasaran itu jauh melebihi pencapaian lima tahun sebelumnya.

“Bagi menyokong sasaran berkenaan, program ’10 Juara Bumiputera’ hasil kerjasama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah diperkenalkan untuk membimbing syarikat berpotensi tinggi serta melahirkan 10 syarikat Bumiputera bernilai RM500 juta setiap satu menjelang 2028,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Fahmi berkata ekosistem PETRONAS, GLIC dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) merupakan salah satu penyumbang penting kepada agenda pembangunan bumiputera negara.

Beliau berkata, ekosistem berkenaan telah menyumbang RM50 bilion setahun, termasuk RM49.2 bilion pada tahun lalu, merangkumi pelaburan langsung, perolehan vendor, pembangunan bakat dan komuniti.

“Pada masa yang sama, garis panduan baharu pembangunan vendor Bumiputera turut diperkenalkan bagi memperkukuh saluran pembangunan vendor serta meningkatkan kapasiti mereka secara lebih tersusun dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata, Jemaah Menteri juga sedang meneliti cadangan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) agar tempoh bayaran GLC dan GLIC kepada vendor tempatan dipendekkan bagi memastikan aliran kewangan atau ‘cash flow’ syarikat dan vendor tempatan dapat diuruskan dengan lebih baik.

Sementara itu, Fahmi berkata Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai prestasi operasi pelabuhan persekutuan bagi suku pertama tahun ini yang mencatat 8.002 juta unit setara 20 kaki (TEU), menunjukkan peningkatan 8.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Ini dipacu oleh peranan negara sebagai penghubung utama bagi barangan dunia melalui aktiviti pemunggahan pindahan ke kapal atau transshipment yang mencatat pertumbuhan 9.96 peratus berbanding suku pertama 2025,” katanya.

Beliau berkata, kargo konvensional turut menunjukkan peningkatan sebanyak 2.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, terutama bagi kargo am yang meningkat 8.93 peratus dan kendalian pukal kering yang bertambah sebanyak 3.55 peratus.

“Prestasi ini amat membanggakan walaupun ketika negara berdepan dengan krisis geopolitik di Asia Barat yang bermula sekitar suku pertama tahun ini,” katanya.

— Berita Harian