Sejarah Ringkas Penubuhan Bank Islam Pertama Di Malaysia

Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, hampir kesemua negara umat Islam dijajah oleh penjajah Eropah yang kebanyakannya beragama Kristian.

Selain daripada memberikan kemerdekaan kepada tanah jajahan masing-masing, pengaruh yang dibawa oleh negara barat terhadap tanah jajahanya masih lagi dapat dilihat sehingga ke hari ini.

Antara pengaruh yang paling penting adalah pengaruh bahasa, sistem pendidikan, sistem perundangan dan juga sistem ekonomi yang mengikut acuan negara penjajah.

Malaysia juga tidak terkecuali menerima pengaruh ini apabila Malaysia menjadi tanah jajahan British selama lebih daripada 100 tahun (1826-1957). Sistem perundangan dan juga ekonomi Malaysia pada ketika itu sangat dipengaruhi oleh sistem yang diterapkan oleh kerajaan British kerana baru sahaja menjadi sebuah negara yang merdeka.

Sistem ekonomi yang diterapkan oleh British kepada Malaysia termasuklah sistem perbankan yang tidak patuh syariah.

Pada ketika itu, kebanyakan orang Islam terutamanya orang Melayu jarang menggunakan sistem perbankan kerana mereka lebih suka menyimpan sendiri wang mereka di dalam tabung atau di bawah bantal.

Penubuhan Bank Islam Di Malaysia

Alhamdulillah, kita sepatutnya berterima kasih kepada Lembaga Tabung Haji yang banyak memberi manfaat kepada penduduk Malaysia bagi memudahkan orang ramai menunaikan rukun Islam yang kelima.

Selain daripada itu besar juga peranan Tabung Haji di dalam penubuhan Bank Islam pertama yang patuh syariah di Malaysia, iaitu Bank Islam.

Kredit Gambar: Bursa Marketplace

Peranan yang dimainkan oleh Tabung Haji terhadap Bank Islam ini sangat besar dan tidak hairan saham Bank Islam ini hampir sepenuhnya dimiliki oleh Tabung Haji.

Bank Islam secara rasminya dilancarkan pada tahun 1983. Penubuhan Bank Islam ini disebabkan semakin ramai orang beragama Islam yang tiada pilihan melainkan untuk menyimpan duit di bank konvesional yang tidak patuh syariah.

Dengan bilangan penduduk agama islam yang ramai dan kehendak masyarakat Islam itu sendiri yang mula celik agama.

Perkhidmatan Yang Disediakan Bank Islam

Selain daripada memberi pembiayaan tanpa melibatkan riba, Bank Islam juga mempunyai pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh bank tersebut.

Bank Islam melalui anak syarikatnya turut menyediakan perkhidmatan jual beli saham di Bursa Malaysia melalui BIMB Securities. Mereka mengenakan bayaran minimum sebanyak RM14 untuk setiap transaksi jual beli saham.

Apa yang menarik mengenai Bank Islam ini, saham mereka juga turut tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dan merupakan satu-satunya bank di Malaysia yang patuh syariah. Oleh itu, kita sebagai orang Islam boleh beli saham Bank Islam tanpa was-was.

Dan kalau nak tahu, Bank Islam turut memiliki majoriti saham dalam Syarikat Takaful Malaysia yang merupakan anak syarikat Bank Islam.

Takaful Malaysia merupakan salah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan takaful yang terawal di Malaysia yang telah ditubuhkan pada tahun 1985.

Kontroversi Yang Menimpa Bank Islam

Namun, Bank Islam tidak terkecuali daripada kontroversi. Hal ini berlaku apabila Bank Islam juga terlibat dalam kadar tukaran mata wang asing atau yang dikenali sebagai Forex.

Banyak kaki Forex mendakwa jika institusi kewangan besar dibolehkan untuk menjalankan Forex, maka Forex adalah halal untuk mereka sedangkan Majlis Fatwa telah memutuskan bahawa Forex online adalah haram.

Golongan pedagang Forex yang tidak berpuas hati telah menggunakan hujah ini untuk membenarkan mereka untuk turut berdagang di dalam dunia Forex.

BACA: Betul Ke Perbankan Islam Trade Forex?

Hujah ini sama sekali tidak boleh dipakai kerana Bank Islam mempunyai panel syariah yang bertauliah dan mempunyai kepakaran khas dalam bidang muamalat. Jadi unsur riba dan syubhah sama sekali tidak berlaku di dalam urusniaga di Bank Islam.

Sumber Rujukan: Bank Islam

Previous ArticleNext Article

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.