2 Cadangan BMF Untuk Membolehkan Golongan B40 Beli Rumah

Baru-baru ini, Better Malaysia Foundation (BMF) yang sebelum ini dikenali sebagai Vincent Tan Foundation, telah melancarkan program sosial untuk membantu Kerajaan bagi menangani isu pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.

Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan selaku pengasas BMF komited dalam menyediakan rumah mampu milik kepada mereka yang kurang bernasib baik daripada golongan B40 menerusi skim rumah kos rendah.

Melalui kajian National Property Information Centre (NAPIC) harga median rumah adalah di paras RM295,000 dan median pendapatan isirumah adalah RM5,874. Ini bermakna, harga rumah mampu milik adalah yang berharga RM211,000 dan ke bawah.

BMF juga percaya bahawa rumah mampu milik boleh dijual pada harga bermula RM120,000 sehingga RM300,000 untuk sebuah apartmen dengan saiz 450 kaki persegi sehingga 900 kaki persegi di Lembah Klang.

Ini boleh dicapai menerusi 2 cara.

1. Kerajaan Caj Premium Rendah

Kerajaan boleh membantu daripada segi mengenakan caj premium tanah dan caj pembangunan yang rendah untuk projek rumah mampu milik, terutamanya pembangunan yang berdekatan dengan pengangkutan awam.

Diharapkan kos rendah ini akan membolehkan harga rumah dijual dengan harga yang rendah untuk golongan yang berpendapatan rendah.

2. Pembiayaan 100% Sehingga 60 Tahun

Untuk rumah yang berharga RM200,000, seseorang perlu membayar RM843 setiap bulan selama 30 tahun. Dengan memanjangkan tempoh pembayaran balik kepada 60 tahun, instalment bulanan kini serendah RM599.

Peminjam juga sewajarnya diberikan pinjaman sehingga 100%, atau apa yang kita kenali sebagai zero deposit.

Kredit: Twitter Jalil Rasheed

Previous ArticleNext Article

Berapa Pendapatan Seorang Ejen Hartanah?

Sering kita lihat bahawa ejen hartanah sering memiliki rumah yang bagus, tetapi pernahkah anda ambil tahu akan jumlah pendapatan mereka?

Ramai ejen hartanah biasanya tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan hanya bergantung kepada usaha mereka sendiri. Berapa agaknya ya pendapatan seorang ejen hartanah?

Menjadi seorang ejen hartanah bukannya senang dan jika tiada jualan pada bulan tersebut, pasti mereka tidak akan mempunyai pendapatan. Selalunya, terdapat segelintir orang yang memilih untuk menjadi ejen hartanah secara sepenuh masa dan ada juga yang menjadi ejen hartanah separuh masa. Dalam entri ini, mari kami kongsikan berapa pendapatan seorang ejen hartanah yang anda perlu tahu.

Jumlah Pendapatan Seorang Ejen Hartanah

Seperti yang telah diperkatakan tadi, ejen hartanah tidak mempunyai gaji tetap dan nilai pendapatan mereka bergantung kepada titik peluh mereka sendiri. Biasanya, mereka yang menjadi ejen hartanah adalah kerana atas dasar minat pada pekerjaan tersebut. 

Tahukah anda, terdapat ejen hartanah separuh masa yang mampu menyaingi gaji ejen hartanah sepenuh masa? Jadi, ejen hartanah ini akan bergantung kepada beberapa perkara untuk menjana pendapatan, antaranya:

1. Melalui Pendapatan Sampingan

Terdapat juga ejen hartanah yang bergantung kepada pendapatan sampingan semata-mata. Namun, anda perlu tahu bahawa pendapatan sampingan ini bukannya sedikit. Pembeli dan penjual rumah biasanya akan memerlukan khidmat peguam, kontraktor ubah suai rumah atau pihak penyelenggaraan yang akan diperkenalkan oleh ejen hartanah.

Jadi, dengan cara memperkenalkan penyedia perkhidmatan inilah, ejen hartanah akan diberi bayaran rujukan sebagai pendapatan sampingan. Cuba anda bayangkan, sekiranya ejen hartanah aktif dalam urusan jual beli, mungkin mereka boleh menerima sekitar RM 2,500 hingga RM 3,500 sebulan hanya daripada pendapatan sampingan ini sahaja. Wah, cukup hebat pendapatannya bukan?

Selain itu, seorang ejen hartanah juga biasanya mempunyai banyak kenalan perniagaan dan individu yang paling hampir dengan pasaran hartanah dan juga pelaburan hartanah. 50% daripada ejen hartanah biasanya turut menjadikan pelaburan hartanah sebagai pendapatan sampingan mereka. Ramai diantara mereka juga adalah pelabur yang berjaya.

2. Melalui Komisyen Yang Diperolehi

Pekerjaan sebagai ejen hartanah juga mampu memberi manfaat yang sangat besar. Oleh disebabkan inilah, ramai pihak yang tertarik dengan pekerjaan ini. Di Malaysia juga tidak dapat dinafikan bahawa ramai ejen hartanah yang telah berjaya dalam bidang ini dan menerima manfaat yang sangat hebat dalam kerjaya serta kehidupan mereka.

Tugas ejen hartanah adalah untuk memastikan penjualan atau penyewaan hartanah tersebut berjaya untuk dijual atau disewa. Apabila penjualan dan sewaan tersebut telah berjaya, ejen hartanah tersebut akan mendapat komisen jualan yang dikira daripada harga rumah tersebut. Jadi melalui komisyen tersebut, ejen hartanah memperoleh pendapatan.

Bagi anda yang masih kurang jelas, jom lihat contoh kiraan di bawah:

Seunit rumah berharga RM 350,000 dan komisennya ialah 3% (harga standard komisen pasaran di Malaysia).

RM 350,00 daripada 3% = RM10,500.

Daripada RM10,500 akan dikongsi dengan agensi dan nisbah perkongsian ini bergantung kepada level senioriti. 

Katakan ejen hartanah tersebut akan menerima 60% daripada jumlah komisen, pendapatan mereka mungkin dalam sekitar RM6,300 bagi seunit rumah berharga RM350,000.

Jadi, kalau mereka dapat menjual 10 unit sebulan, pasti pendapatan mereka sangat lumayan, betul tak?

Kesimpulannya, 

Untuk menjadi ejen hartanah, ia memerlukan kelulusan diploma atau graduan dalam bidang hartanah selama 2 hingga 3 tahun dan perlu membuat praktikal selama 2 tahun selepas itu.

Selepas itu, mereka harus ditemuduga oleh Lembaga Penilai Pentaksir Dan Ejen Hartanah (LPPEH) untuk kelulusan dan mendapat lesen dan layak untuk membuka agensi hartanah. Kosnya pula memerlukan kewangan yang banyak dan tidak hairanlah pendapatan mereka 3% daripada harga jualan rumah tersebut.

Namun begitu, terdapat juga pengambilan ejen hartanah tanpa kelayakan dan pengalaman. Sesiapa sahaja boleh cuba memohon.

Baca juga:

Banyak perkara yang perlu anda ambil tahu sebelum memiliki rumah. 


InshaAllah, kami berhasrat untuk berkongsi ilmu yang kami ada mengenai hartanah kepada pembaca setia Majalah Labur.

Kunci pertama sebelum beli rumah adalah ilmu, ilmu dan ilmu. 

Lebih awal belajar, lebih cepat dapat menilai sesebuah rumah.

Jika berminat boleh isi borang ini.

PRA-TEMPAH ILMU PREMIUM HARTANAHSEKARANG!