Senarai Terkini Saham Syarikat di Bursa Malaysia Yang Patuh Syariah (Versi Mei 2018)

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini (24 Mei 2018) mengeluarkan senarai kemas kini sekuriti patuh Syariah yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS).

Senarai kemas kini yang berkuat kuasa mulai 25 Mei 2018 ini mengandungi sejumlah 693 sekuriti patuh Syariah. Sekuriti-sekuriti ini mewakili 77 peratus daripada 901 sekuriti tersenarai di Bursa Malaysia.

Senarai tersebut termasuk 17 sekuriti yang baru diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah manakala 7 sekuriti telah dikeluarkan daripada senarai terdahulu yang diterbitkan pada November 2017.

Senarai penuh, yang dikemas kini dua kali setahun berdasarkan penyata kewangan tahunan terkini syarikat yang telah diaudit, boleh didapati di sini. Senarai kemas kini seterusnya akan diterbitkan pada bulan November 2018, berdasarkan penyata kewangan yang telah diaudit yang dikeluarkan sehingga 30 September 2018.

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia – fail PDF

Di antara nama besar adalah seperti Digi, Sime Darby Plantation dan Sime Darby Property.

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia – fail PDF

Manakala bagi yang tidak lagi patuh Syariah adalah Cycle & Carriage, London Biscuits dan Mikro MSC.

Apa nak buat kalau saham yang kita beli sebelum ini patuh Syariah, tapi bukan lagi patuh Syariah mengikut pengumuman terkini Suruhanjaya Sekuriti?

1. Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah, Harga Melebihi Pelaburan Pokok

2. Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah, Harga Kurang Daripada Pelaburan Pokok

Macam Mana Nak Kenal Saham Patuh Syariah?

Selain daripada rujuk dekat laman web Suruhanjaya Sekuriti, kita juga boleh tengok di trading platform dan akan ada simbol yang membezakannya dengan saham-saham syarikat yang tidak patuh syariah.

Contohnya ada simbol ‘[S]’ atau simbol bulat kecil [°] di sebelah nama saham.

Kini Ada 693 Saham Syarikat Di Bursa Malaysia Yang Patuh Syariah

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia – fail PDF

693 atau sebanyak 77% saham syarikat di Bursa Malaysia kini boleh dibeli oleh orang Islam setelah ia disahkan patuh Syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Kenapa Status Patuh Syariah Penting?

Kita sebagai orang Islam, wajib untuk kita pilih sesuatu yang halal. Jangan ragu-ragu lagi untuk membeli saham patuh Syariah, kerana ianya perlu melalui proses audit yang ketat. Bukan senang-senang nak dapat status patuh Syariah, kerana perlu mematuhi Tanda Aras Aktiviti Perniagaan 5% dan 20% serta Tanda Aras Nisbah Kewangan.

Nak tahu lebih lanjut, boleh baca Bagaimana Nak Tentukan Sesuatu Saham Itu Patuh Syariah Atau Tidak?

Berkenalan Dengan Ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhunjaya Sekuriti

Bukan calang-calang orang yang menjadi ahli MPS ini, kesemua mereka ada kelulusan dan memang pakar dalam bidang kewangan Islam.

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerjaya Prospek: Terus Memperoleh Pelanggan Baharu

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR3.19, potensi kenaikan harga saham 41% dan kadar hasil dividen kira-kira 6% untuk FY27F

Semalam, Kerjaya Prospek berjaya meraih kontrak bernilai MYR529j daripada BRDB Developments (BRDB). Kontrak ini berkait dengan sebuah pembangunan bernama Eden Taman Duta yang merangkumi lapan buah blok bangunan kediaman berkonsepkan villa yang menempatkan 146 unit di Jalan Gallagher, Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Kerja-kerja pembinaan dijadualkan bermula pada 15 Jun dan akan disiapkan dalam tempoh 33 bulan dari tarikh bermulanya pembinaan.

Kontrak ini merupakan tawaran kerja ketujuh KPG untuk FY26

Yang pertama daripada BRDB. Malahan, terdapat dua kontrak lebih awal pada FY26 yang diterima daripada pelanggan-pelanggan baharu; terutamanya Sena Letrik dan IJM Land. Oleh demikian itu, KPG berupaya mendapatkan tiga pelanggan baharu pada FY26 dan hal ini memberikan petanda bahawa rangkaian pelanggan kumpulan ini dapat diperluas.

Kami ramalkan paras margin bersih projek ini akan berlingkungan antara 8-10%. Berdasarkan anggaran kami, baki buku pesanan berjumlah MYR4.5bn (termasuk tawaran terbaharu) oleh KPG mempunyai 70-80% kerja yang datang daripada pihakpihak berkaitan seperti Kerjaya Prospek Property (KPPROP MK, TIADA SARANAN) dan Eastern & Oriental (EAST MK, BELI, TP: MYR1.05).

Mengambil kira tawaran kontrak terbaharu ini, KPG sudah memperoleh projekprojek baharu bernilai kira-kira MYR1.6bn

Sejak awal tahun ini hingga sekarang (YTD) berbanding dengan sasaran FY26F-nya berjumlah MYR2bn dan andaian penambahan kerja bernilai MYR2.3bn kami untuk tahun kewangan yang sama. Pada pandangan kami, projek-projek yang bakal diperoleh untuk tempoh FY26 yang berbaki termasuklah:

i) AVÉA yang dilancarkan baru-baru ini oleh EAST, yang mungkin mencatat nilai pembinaan sekitar MYR400j (GDV: MYR1bn)

ii) Mezon@Park Enclave oleh Aspen Group di Batu Kawan (yang mungkin bernilai MYR200-400j, berdasarkan kontrak-kontrak sebelum ini)

iii) projek dengan GDV berjumlah MYR720j oleh KPPROP (nilai pembinaan: kira-kira MYR288j) di Batu Kawan.

Pendorong tambahan ialah sekiranya KPG berjaya mendapatkan kerja-kerja baharu daripada segmen perindustrian

Kontrak kerja terakhir yang diperoleh dalam kategori ini adalahpada bulan Sep 2023, iaitu daripada Texas Instruments.

Jangkaan perolehan

Kami tidak membuat sebarang pindaan pada perolehan FY26F memandangkan kerja terbaharu menepati sasaran penambahan kerja berjumlah MYR2.3bn kami untuk FY26F. Sehubungan dengan itu, TP MYR3.19 kami yang diraih melalui kaedah SOP dikekalkan. Premium ESG 2% turut dimasukkan dalam pengiraan TP kami berikutan markah ESG sebanyak 3.1.

Faktor pemangkin besar untuk KPG

Seandainya kumpulan ini mengambil bahagian dalam mana-mana projek prasarana utama seperti Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT Pulau Pinang). Menurut majalah The Edge, KPG menerusi sebuah konsortium dengan SinoHydro Corp dan Power China Group berhasrat memperoleh pakej kedua LRT Pulau Pinang (dengan anggaran nilai MYR4bn).

Risiko negatif

Kemerosotan pasaran hartanah dan tekanan kos berlarutan.

Asas Penilaian

Kami menilai Kerjaya Prospek menerusi kaedah SOP, iaitu diperoleh daripada gabungan kaedah penilaian P/E, dan RNAV.

Faktor Pemacu Utama

Perolehan Kerjaya Prospek diperkukuh oleh pesanan kerja pembinaan, jualan hartanah dan pembuatan lekapan & kelengkapan dalaman.

Risiko Utama

i. Kemerosotan pasaran hartanah
ii. Tekanan kos berpanjangan.

Profil Syarikat

Kerjaya Prospek memperoleh penyenaraiannya melalui pengambilalihan terbalik ke atas Fututech. Syarikat ini terlibat dalam pembinaan, pembangunan hartanah, dan pembuatan

Carta Saranan

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.