Beli Beg Hermes Birkin Boleh Untung 14.2% Setahun?

Macam tak percaya kan? Tapi itulah hasil daripada kajian yang dijalankan Baghunter pada tahun 2016. Di antara fakta-fakta menarik beg Hermes Birkin buatan Perancis ini:

  • Nilainya meningkat lebih daripada 5000% dalam tempoh 35 tahun
  • Bekalan yang terhad, tetapi permintaan yang sangat tinggi
  • Pelaburan yang lebih selamat jika dibandingkan dengan pelaburan saham
  • Nilai beg Birkin dijangka meningkat dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun
  • Bilangan pengumpul/pelabur beg Birkin tertinggi dicatatkan pada tahun 2016
  • Beg Hermes Birkin adalah simbol baru bagi golongan kaya
  • Beg Birkin hanya dijual kepada pelanggan istimewa Hermes sahaja

Mereka turut membandingkan instrumen pelaburan yang lain seperti S&P 500 (Indeks 500 Saham Terbesar Di Amerika Syarikat) dan Emas. Hasilnya adalah seperti berikut:

Berapa Modal Nak Beli Beg Hermes Birkin?

Katanya kos nak beli beg ini berbeza-beza, tapi yang paling murah pun berharga lebih kurang $12,000 US Dolar dan yang paling mahal pula berharga atas $200,000 US Dolar.

Memang bukan untuk sebarangan orang dapat beli beg Hermes Birkin ni. Berbeza dengan pelaburan emas, ada yang memerlukan modal hanya serendah RM1 dan ada juga yang serendah 1 gram emas.

Manakala untuk mula dengan pelaburan saham di Bursa Malaysia, minima pembelian adalah 1 lot atau 100 unit saham. Ada yang tak sampai RM100 pun nak mula melabur saham ni.

Apa kata kita menabung daripada hari ini untuk membeli sekurang-kurangnya satu beg Hermes Birkin ini.

Dan katanya Victoria Beckham ada 100 lebih koleksi beg Birkin. Sesuai dengan status beliau sebagai seorang selebriti yang cantik, bergaya dan popular. Isteri pula kepada David Beckham yang hensem dan gentleman.

Gambar: Baghunter

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Penurunan Harga Kian Menguat

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak pada hari Jumaat apabila menyusut MYR76 untuk ditutup pada harga MYR4,475. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras MYR4,560. Ia mencecah paras tertinggi intrahari pada MYR4,577 sebelum kegiatan jualan yang besar mengheretnya ke arah paras terendah sesi tersebut pada MYR4,455. Ia kemudiannya menutup dagangan berhampiran paras terendah sesi hari itu dengan corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan FCPO menurun ke arah paras sokongan terdekat bernilai MYR4,390. RSI berada dalam zon menurun, lalu memberikan isyarat bahawa momentum menurun adalah kukuh dan mungkin akan berlarutan. Komoditi ini sekarang diramalkan untuk menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana sentimen menurun jelas menguasai pasaran.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih dikekalkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya ialah MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,600.