Tak Mampu Nak Beli Saham Nestle Seunit RM140? Tahu Tak Saham Berkshire Seunit RM1.2 Juta?

Berkshire Hathaway adalah syarikat konglomerat terbesar di dunia yang ditubuhkan pada tahun 1839. Pada mulanya, Berkshire hanyalah syarikat pembuatan tekstil, tetapi selepas Warren Buffett mengambil alih syarikat tersebut pada tahun 1962, beliau telah menukar Berkshire kepada salah satu syarikat konglomerat terbesar dan paling berharga di dunia yang disenaraikan di Amerika Syarikat.

Peningkatan 217% Dalam Masa 10 Tahun

Pada tahun 2008, saham Berkshire didagangkan pada harga $93,000 seunit dan setakat hari ni saham Berkshire berharga $295,000 seunit. Kenaikan yang direkodkan sebanyak 217% dalam masa 10 tahun. Total market capitalization atau saiz keseluruhan syarikat adalah dalam $500 billion, dan telah merekodkan keuntungan sebanyak $340 billion pada tahun 2017.

Kalau korang nak tahu, Berkshire akan membeli saham-saham yang mempunyai potensi yang padu. Kenaikan saham yang dibeli dan dividen adalah sumber pendapatan utama untuk Berkshire. Berkshire mempunyai pegangan dalam lebih daripada 50 saham di Amerika Syarikat dan juga seluruh dunia. Daripada saham penerbangan sampai ke Bank, semua mereka ada.

Di antara syarikat terkenal yang dipegang oleh Berkshire adalah Apple, Coca-cola, American Express, Bank of America, Delta Airlines, Kraft Heinz, IBM, General Motors, Wal-Mart dan banyak lagi. Boleh kata, Berkshire ada pendedahan disemua sektor utama dari penerbangan sampai ke bank hingga ke saham makanan. Pegangan dalam pelbagai sektor telah mengurangkan risiko pelaburan Berkshire.

Lagi tinggi pasaran saham naik, lagi banyaklah keuntungan yang akan diperoleh oleh Berkshire. Pegangan terbesar Berkshire adalah dalam syarikat makanan terkemuka iaitu Kraft Heinz dengan pegangan sebanyak 26% yang berjumlah $28 billion. Kedua dalah saham Apple dengan jumlah pegangan sebanyak $27 billion. Ketiga adalah Coca-cola dengan pegangan sebanyak $16 billion.

Boleh kata modus operandi Berkshire Hathaway adalah seperti jerung saham seperti EPF, PNB, Blackrock dan Vanguard. Kerja utama mereka semua adalah membeli saham-saham yang mampu memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Gaya pelaburan Berkshire adalah super long-term, dengan pegangan lebih daripada 5 tahun.

Sumber: Stallion Brothers

Jemput baca 8 Tips Pelaburan Saham Daripada Warren Buffett, kalau berminat nak ikut jejak langkah beliau.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.