Theranos Berjaya Menipu Pelabur, Termasuklah 2 Orang Dalam Top 10 Bilionair Dunia

Syarikat Theranos merupakan salah satu syarikat berteknologi tinggi yang terletak di Silicon Valley California. Syarikat ini diasaskan pada tahun 2003 oleh seorang remaja perempuan yang berusia 19 tahun yang bernama Elizabeth Holmes.

Beliau dilahirkan pada tahun 1984 di Washington, D.C. Elizabeth Holmes dan merupakan seorang bekas mahasiswa universiti Stanford yang belajar hanya dua semester sahaja di universiti berkenaan dalam bidang kejuruteraan kimia.

Syarikat Berteknologi Tinggi Dalam Mengesan Penyakit

Syarikat yang diasakan oleh Elizabeth Holmes ini dikategorikan sebagai sebuah syarikat bioteknologi yang hebat berbanding dengan syarikat yang lain kerana  didakwa mampu untuk mengesan 240 penyakit.

Bermula daripada tahap kandungan kelesterol seseorang, sehinggalah kepada kanser dengan hanya menggunakan beberapa titis darah dari hujung jari. Ianya sangat berbeza dengan keadah konvensional yang digunapakai oleh pusat rawatan yang menggunakan darah yang diambil melalui lengan dengan jumlah yang banyak.

Perbezaan jumlah darah yang diperlukan oleh Theranos berbanding dengan keadah biasa untuk mengesan tahap kesihatan seseorang

Idea penubuhkan syarikat ini tercetus kerana diri Elizabeth yang takut kepada jarum. Proses mengambil darah secara konvensional memerlukan suntikan jarum di lengan untuk mengambil darah seseorang.

Beliau juga mendapat inspirasi ketika mengambil kursus praktikal di Institut Genome di Singapura pada tahun yang sama. Dia memilih untuk melakukan kursus praktikal di Singapura kerana mampu bertutur dalam bahasa Mandarin.

Revolusi Baru Dalam Dunia Perubatan

Selepas daripada itu, beliau menemui seorang profesor yang bernama Channing Robertson di Universiti Stanford untuk memulakan syarikat bioteknologi, yang pada mulanya diberi nama Real Time Cure dan telah menukar nama kepada Theranos.

Model perniagaan yang dijalankan oleh Theranos adalah unik dan cepat dibandingkan dengan cara konvesional untuk mengesan kesihatan seseorang dengan hanya mengambil beberapa titis darah di hujung jari. Dengan teknologi yang dimiliki, kos untuk mengesan penyakit akan menjadi lebih murah sehingga dapat melakukan penjimatan sebanyak 90% berbanding dengan kaedah konvensional.

Elizabeth Holmes mendakwa syarikatnya itu membawa revolusi dalam industri kesihatan dan menggelarka,nya “The iPod of Healthcare”. Darah yang diambil di hujung jari itu akan dimasukkan ke dalam alat yang diberi nama “Edison Machine” untuk mengesan penyakit yang ingin diketahui oleh pelanggan mereka. Dengan adanya teknologi ini, penyakit dapat dikesan dalam masa yang singkat sahaja.

Edison Machine yang didakwa oleh Theranos mampu mengesan lebih dari 200 penyakit dengan beberapa titisan darah

Mengambil Nama-nama Besar Untuk Tarik Pelabur

Ramai pelabur luar yang percaya bahawa Syarikat Theranos itu mampu menjadi sebuah syarikat gergasi teknologi di Silicon Valley. Kepercayaan ini muncul apabila Theranos berjaya merekrut nama-nama orang berpengaruh seperti Henry Kissinger (bekas Setiusaha Agung Amerika  Syarikat), George P. Shultz (ahli politik berpengaruh), William Perry (bekas menteri pertahanan Amerika), Richard Kovacevich (bekas CEO Wells Fargo) sebagai Board Of Director syarikat terbabit.

Selain daripada itu juga, Theranos memiliki khidmat nasihat peguam yang berpengaruh di Amerika iatu David Boies.

Pelabur yang melabur dalam Theranos merupakan orang yang sangat berpengaruh di Amerika. Di antara pelabur terbesar yang melabur di dalam syarikat itu adalah Keluarga Walton (pemilik rangkaian pasaraya terbesar di Amerika iaitu Walmart) dan merupakan keluarga paling kaya di Amerika Syarikat, Rupert Murdoch(pemilik akhbar Wall Street Journal) dan dua orang di kalangan top 10 bilionair dunia iatu Larry Ellison dan Carlos Slim.

Elizabeth Holmes telah menjadikan Steve Jobs sebagai mentornya dalam pengurusan syarikat. Buku biography Steve Jobs yang ditulis oleh Walter Isaacson dijadikan rujukan utama untuk beliau meniru gaya Steve Jobs, termasuk dalam etika pemakaian.

Apa yang menarik mengenai beliau adalah beliau seorang diktaktor seperti mana Steve Jobs di dalam pengurusan syarikat. Beliau juga mengintip setiap gerak geri pekerja mereka melalui laman sosial dan akan membuang pekerja yang tidak sealiran dengan pemikirannya.

Malah tragedi yang paling menyedihkan yang pernah berlaku di dalam syarikat itu adalah apabila seorang ketua saintisnya, Ian Gibbons telah membunuh diri kerana tidak mampu menangung bebanan kerja yang diberikan oleh Elizebeth. Mengikut Gibbons, dunia masih belum bersedia untuk memiliki teknologi seperti itu.

Etika pemakaian Elizebeth menyerupai Stve Jobs kerana mengakat Steve sebagai idola beliau

Theranos Bernilai $9 Bilion USD

Tahun 2014 merupakan tahun kemuncak bagi Syarikat Theranos kerana telah mempunyai wang pelaburan sebanyak $700 juta dan syarikat itu mempunyai nilaian setinggi $9 bilion USD. Ini menjadikan Elizabeth Holmes salah seorang bilionair perempuan termuda dengan nilai hampir $5 billion USD kerana memegang saham Theranos lebih daripada 50%.

Theranos juga dapat bekerjasama dengan dua buah syarikat farmasi yang terkenal iaitu Safeway dan Walgreens.

Setelah Theranos mendapat wang daripada pelabur dengan jumlah yang banyak, syarikat itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana teknologi yang mereka miliki hanyalah satu pembohongan. Selama ini, hasil ujian yang dilakukannya itu bukanlah menggunakan titisan darah di hujung jari, tetapi menggunakan mesin analisis yang biasa digunakan oleh hospital yang dikeluarkan oleh Siemens – sebuah syarikat teknologi tinggi dari Jerman.

Titisan darah yang diambil dari jari akan dibancuh untuk memperbanyakan kandungan darah dan tidak seperti yang didakwa hanya dengan beberapa titisan darah sahaja.

Patutlah syarikat ini tidak mendedahkan cara ujian yang dijalankan kepada pihak umum, walaupun ditanya oleh pihak media. Pihak media juga tidak dibenarkan melawat makmal di tempat mereka menjalankan ujian untuk dibuat liputan, sebaliknya hanya dibenarkan membuat liputan di lobi sahaja.

Krisis Pun Bermula

Kemuncak krisis syarikat ini bermula pada Oktober 2015 apabila seorang wartawan dari akhbar Wall Steert Journal yang bernama John Carreyrou telah mendedahkan bahawa segala ujian yang dilakukan oleh Theranos adalah tidak tepat seperti yang didakwa oleh syarikat. Pendedahan ini berlaku setelah pihak Theranos menolak untuk ditemubual oleh John setelah menunggu selama dua bulan untuk mendapatkan maklumbalas.

Dia mendapat inspirasi untuk mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh Theranos ini setelah membaca latarbelakang pendidikan Elizabeth Holmes. Baginya sangat mustahil seseorang yang tidak dapat menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan kimia mampu untuk mengeluarkan produk seperti yang Theranos lakukan.

Pengasas Dilihat Tidak Berkemampuan Menghasilkan Teknologi Sehebat Itu

Bagi produk yang berteraskan kesihatan, pengasas perlulah menamatkan pengajian dalam bidang tersebut kerana ianya melibatkan nyawa manusia, berbeza dengan sains komputer yang hanya perlukan eksperimen “try and error” sahaja. Oleh itu, Elizebeth tidak boleh disamakan dengan Bill Gates atau Mark Zuckerberg.

Pada mulanya Elizabeth Holmes berjumpa dengan Rupert Murdoch untuk menghalang penyebaran berita mengenai Theranos melalui akhbar milik Rupert sendiri iaitu Wall Steert Journal di atas alasan akan menjejaskan kredebiliti Theranos. Tetapi desakan itu tidak diendahkan oleh Rupert Mudoch sendiri. walaupun beliau merupakan di antara pelabur terbesar melabur dalam syarikat dengan nilai pelaburan $150 juta USD.

Akhirnya Kecundang Juga

Tahun 2016 merupakan detik kejatuhan syarikat Theranos. Para pelabur mula meragui dengan syarikat dan kes ini mula diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa Amerika. Pihak FDA, SEC dan (CMS) telah menjalankan siasatan terhadap syarikat ini secara terperinci. Setelah siasatan selesai, pihak berkuasa Amerika telah menggantung operasi Theranos kerana tidak mempunyai kelayakan seperti yang didakwa.

Kini Syarikat Theranos yang pada tahun 2014 dinilai dengan nilai hampir $10 bilion USD tinggal sebanyak 100 juta USD. Elizabeth kini jatuh miskin dan tidak mampu untuk membayar balik duit para pelabur yang telah melaburkan ke dalam syarikat itu. Elizabeth bersama bekas kekasihnya Sunny Balwani telah didakwa dengan 11 pertuduhan melakukan penipuan dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun.

Beliau juga didenda dengan tidak layak untuk memegang jawatan CEO untuk Public Company selama 10 tahun. Kisah penipuan yang dijalankan oleh Theranos telah diabadikan dalam buku bertajuk “Bad Blood: Secrets and Lies in a Silicon Valley Startup” dan akan keluar di layar perak dalam masa yang terdekat tahun ini dengan dilakonkan oleh Jennifer Lawrence.

Sumber Rujukan:

  1. http://business-ethics.com/2018/11/04/1425-understanding-the-theranos-scandal-i-make-all-the-decisions-here/
  2. https://www.businessinsider.my/the-history-of-silicon-valley-unicorn-theranos-and-ceo-elizabeth-holmes-2018-5/?r=US&IR=T
  3. https://www.businessinsider.my/theranos-founder-ceo-elizabeth-holmes-life-story-bio-2018-4/?r=US&IR=T
  4. https://www.investopedia.com/articles/investing/020116/theranos-fallen-unicorn.asp
  5. https://www.dailymail.co.uk/news/article-3776888/Award-winning-scientist-struggling-make-Theranos-blood-test-machines-work-committed-suicide-amid-fears-Silicon-Valley-firm-s-32-year-old-CEO-fire-claims-wife.html
  6. https://www.businessinsider.my/who-invested-in-theranos-betsy-devos-walmart-heirs-2018-5/?r=US&IR=T
  7. https://money.cnn.com/2018/03/15/technology/elizabeth-holmes-theranos/index.html
  8. https://www.vanityfair.com/news/2016/09/elizabeth-holmes-theranos-exclusive
  9. https://www.youtube.com/watch?v=56XC5So5IH0
  10. https://www.biography.com/people/elizabeth-holmes
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.