Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi April 2018

Indeks FMBKLCI sekali lagi menunjukkan pasang surutnya sepanjang bulan April 2018, disebabkan oleh persiapan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 yang bakal dilangsungkan pada 9 Mei 2018.

Indeks mengalami penurunan pada awal bulan, namun membuat reversal bagi mencatatkan paras tertinggi dalam sejarah (All-Time High) pada bulan April 2018 iaitu pada paras 1,896.00 mata. Ramai yang menyangkakan ia akan berterusan, namun ia menurun kembali selepas itu.

Keadaan pasaran yang banyak turun naik inilah, yang mengakibatkan ramai orang mengalami kerugian yang teruk.

Tetapi kita harus ingat, jika kita berdisiplin dengan membuat Trading Plan sebelum membeli mana-mana saham; pasti kita dah tetapkan Cut Loss masing-masing. Maka kerugian tersebut dapat diminimakan, dan tidak dibiarkan rugi tersebut menjadi lebih besar.

Oleh itu, jom kita tengok senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Untuk Bulan April 2018 seperti berikut:

Sumber: iSaham Screener

Sumber: Bursa Marketplace

2. Iskandar Waterfront City (IWCITY)

Sumber: Bursa Marketplace

3. Eduspec Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

4. Aturmaju Resources

Sumber: Bursa Marketplace

5. Unisem (M) Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

6. WZ Satu

Sumber: Bursa Marketplace

7. Industronics Berhad (ITRONIC)

Sumber: Bursa Marketplace

8. Edaran Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

9. Comfort Gloves

Sumber: Bursa Marketplace

10. Comintel Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

Selamatkan Modal Daripada Rugi 20% Sebulan

Itulah yang akan berlaku sekiranya anda tidak memantau pelaburan anda pada bulan April 2018, malah boleh rugi 44.2% dalam masa sebulan kalau tiada Trading Plan dan tidak berdisiplin dengan amalan Cut Loss.

Cuba kaji Fundamental Analysis syarikat, elakkan daripada membeli saham syarikat yang tak sihat daripada segi kewangan. Dan memang betul, saham berharga RM1 ke bawah senang nak untung – tapi senang juga nak rugi.

Di kala pasaran saham yang tidak menentu ini, kita disarankan untuk ‘tunggu dan lihat’ sahaja sehingga habis Pilihan Raya Umum Ke-14 yang akan berlangsung pada 9 Mei 2018.

Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan April 2018 di atas adalah berdasarkan Screener Worst Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti 52 Weeks High Screener, All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, Magic Formula Investing dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Timur Tengah Dilanda Konflik: Krisis Menjadi Peluang?

Risiko geopolitik jadi tumpuan utama

Peperangan Iran yang sedang berlaku sekarang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur, memandangkan ia memberikan kesan ekonomi yang runcing berkaitan kekurangan tenaga yang berlarutan. Harga minyak yang lebih tinggi untuk tempoh lebih lama menimbulkan risiko untuk Rizab Persekutuan AS (US Fed) menjadi lebih agresif. Para pelabur ekuiti rata-ratanya dilihat lebih munasabah, dengan mengambil kira jangkaan kes asas untuk konflik yang terkawal, yang bermakna strategi pembelian semasa harga lemah. Perjanjian gencatan senjata masih rapuh.

Semakin lama masa diambil untuk mencapai jalan penyelesaian atau jika terjerumus semula dalam pertelingkahan, semakin tinggi risiko pelabur hilang keyakinan dan menjual pegangan. Sekiranya kes asas gagal dicapai, pelabur akan menjadi lebih berhati-hati dan lebih menjaga simpanan tunai mereka. Kami anggarkan penilaian terendah buat FBM KLCI pada – 2SD (1,433 mata). Sebaliknya, pengakhiran yang berkekalan kepada konflik ini akan menyaksikan kenaikan harga susulan kelegaan, dengan tumpuan pada saham-saham pertumbuhan dan saham ketinggalan nilai yang terjejas oleh peperangan.

Keadaan makroekonomi dan jangkaan pelabur yang berubah-ubah

Andaian kes asas oleh Jabatan Ekonomi RHB, dengan kebarangkalian 60%, ialah situasi gencatan senjata yang berkekalan, dan premium risiko harga minyak mereda. Kes asas untuk ramalan makroekonomi rasmi oleh RHB tidak banyak dipinda, tetapi ia sekarang mengambil kira hanya satu potongan kadar US Fed untuk 2026 (daripada dua). Selagi saluran komunikasi antara watak-watak utama ini kekal terbuka apabila kedua-dua pihak mencari jalan penyelesaian tanpa mencalarkan reputasi, pasaran-pasaran mungkin boleh terus berharap penyelesaian akan muncul. Senario kes “lebih buruk” (kebarangkalian 30%) pula mengandaikan konflik yang berlarutan dan harga minyak meninggi.

Tempoh hari tambahan bagi harga minyak yang tinggi dan bekalan tenaga yang terhad kepada pasaran menimbulkan risiko inflasi berterusan, merendahkan pendapatan boleh belanja, menekan permintaan, menjejaskan keberuntungan syarikat, dan mendesak US Fed. Perjanjian keamanan yang berkekalan dapat mengurangkan kerosakan pada asas-asas makroekonomi dunia dan mengurangkan premium risiko dalam harga minyak mentah dengan ketara. Cabarannya dilihat pada butiran pelaksanaan – khususnya berhubung kebebasan untuk menelusuri Selat Hormuz dan pengesahan jumlah kerosakan secara beransur-ansur pada prasarana pengeluaran dan penapisan minyak di Negara-Negara Teluk.

Strategi

Berdasarkan andaian kes asas RHB, pada asasnya kami dapat kekal positif akan prospek untuk ekuiti dan membiarkan sasaran FBM KLCI kami untuk akhir tahun 2026 sama pada 1,780 mata buat masa sekarang. Walau bagaimanapun, peperangan Iran ini mencerminkan tahap risiko geopolitik yang runcing yang berpunca daripada Pentadbiran Trump. Pendirian pelaburan berjaga-jaga yang disarankan dalam laporan prospek ekuiti 2026 kami berkisar tentang pendirian berwaspada pelabur, mentaliti dagangan, dan strategi pembelian semasa harga lemah, masih terpakai.

Landskap geopolitik yang semakin meruncing memerlukan pendirian yang lebih mengelakkan risiko, dengan tumpuan pada sektor-sektor yang lebih selamat (seperti tenaga, perladangan, penjagaan kesihatan, telekomunikasi, pengguna, dan REIT) dan pegangan tunai lebih tinggi. Berdasarkan kejadian dahulu, kami anggarkan tahap penilaian terendah bagi FBM KLCI pada -2SDatau 1,433 mata. Sentimen pasaran yang kembali positif terhadap risiko bermakna strategi pelaburan menumpu pada pertumbuhan dan saham-saham ketinggalan nilai dalam pasaran

Penganalisis
Alexander Chia +603 2302 8119 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.