Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Mei 2022

Bursa Malaysia terus jatuh selepas dibuka pada 5 Mei sekitar daripada 1,582.98 sehingga 1,570.10 mata sepanjang akhir Mei 2022 dan masih tidak nampak hala tuju yang gitu indeks pasaran tempatan kita. 

Dalam keadaan pasaran yang tidak menentu ini, sudah pasti ada kaunter yang untung dan rugi pada bulan Mei 2022. Kaunter paling rugi pada Mei 2022 mencecah kejatuhan melebihi 70% dalam tempoh sebulan. 

Mari kita lihat senarai 10 top saham patuh syariah paling rugi untuk bulan April tahun 2022. Senarai saham paling rugi untuk bulan April tahun 2022 adalah seperti berikut:-

Sumber: Trading View

1. Serba Dinamik Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Serba Dinamik Holdings Berhad merupakan saham patuh syariah paling rugi untuk bulan Mei 2022 dengan mencatatkan kejatuhan sebanyak 71.43% dalm tempoh sebulan dagangan.

2. Techna-X Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Techna-X Berhad pula merupakan saham kedua paling rugi untuk bulan Mei 2022 dengan kejatuhan harga sebanyak 54.17%.

3. Cypark Resources Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat ketiga pula adalah kaunter syarikat Cypark Resources Berhad dengan kejatuhan sebanyak 50.63% dalam tempoh satu bulan dagangan.

4. Metronic Global Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Metronic Global Bhd berada di tangga keempat untuk kaunter saham paling rugi sepanjang bulan Mei 2022 dengan kejatuhan sebanyak 50.63%.

5. Country Heights Holdings Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat kelima pula adalah syarikat Country Heights Holdings Bhd yang mencatatkan kejatuhan sebanyak 47.50% untuk tempoh sebulan pada Mei 2022.

6. Fitters Diversified Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Seterusnya di tempat keenam adalah kaunter saham syarikat Fitters Diversified Bhd dengan kejatuhan sebanyak 44.44% dalam tempoh sebulan dagangan.

7. Propel Global Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Pada tempat ketujuh adalah kaunter saham syarikat Propel Global Berhad yang mencatatkan kejatuhan harga sebanyak 35.00% dalam tempoh sebulan dagangan pada Mei 2022.

8. Nylex (M) Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Syarikat Nylex (M) Bhd pula adalah kaunter saham kelapan paling rugi untuk bulan Mei 2022 dengan penurunan sebanyak 33.82%.

9. PUC Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

PUC Berhad merupakan kaunter saham kesembilan paling rugi pada bulan Mei 2022 dengan kejatuhan sebanyak 33.33%.

10. Jaya Tiasa Holdings Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Yang terakhir di tempat kesepuluh adalah kaunter daripada syarikat Jaya Tiasa Holdings Bhd dengan penurunan sebanyak 31.98% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan Mei 2022.

Masa Untuk Mencari Saham-saham Undervalue?

Kita telah melihat kaunter paling rugi diatas pada bulan Mei 2022 dengan keadaan indeks Bursa yang dalam keadaan bercampur-campur.

Dalam keadaan yang suram ini, ini adalah masa yang terbaik untuk kita memerhatikan saham-saham yang didagangakan lebih murah daripada harga sepatutnya.

Bila keadaan pulih, kita boleh tersenyum lebar kelak.

Previous ArticleNext Article

Anak Syarikat TNB Terbit Sukuk RM1.05 Bilion Biaya Projek Solar PV Di Kedah

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB), TNB Renewables Sdn Bhd melalui unitnya TNB Kuala Muda Solar Sdn Bhd menerbitkan sukuk bernilai RM1.05 bilion melalui Sukuk Wakalah Hijau ASEAN bagi Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) untuk membiayai projek solar fotovolta (PV) di Kedah.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, menurutnya TNB Kuala Muda Solar diberikan peranan untuk menguruskan reka bentuk, kejuruteraan, pembelian, pembinaan, pemasangan, pengujian, pengoperasian, pemilikan, operasi dan penyelenggaraan bagi kemudahan PV solar berskala besar dengan kapasiti terpasang arus ulang-alik 500 megawatt di Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah.

Menurut kumpulan utiliti itu, sukuk berkenaan diterbitkan dalam 17 tranche.

TNB memaklumkan, hasil yang diperoleh daripada sukuk itu akan digunakan untuk tujuan patuh Syariah, menurut Rangka Kerja Kewangan Peralihan TNB yang dikeluarkan pada 24 September 2024.

Menurut TNB, hasil itu akan digunakan untuk membiayai sebahagian daripada kos projek, termasuk pembayaran atau pembayaran balik kepada penaja projek bagi perbelanjaan yang ditanggung sebelum pemuktamadan pembiayaan serta pembayaran balik pinjaman sedia ada atau kemudahan pembiayaan Islam.

TNB memaklumkan, sebahagian daripada hasil sukuk itu juga akan diperuntukkan untuk pendanaan awal akaun rizab perkhidmatan pembiayaan, bersamaan enam bulan bayaran perkhidmatan pembiayaan seterusnya di bawah program sukuk, keperluan modal kerja semasa fasa awal operasi projek serta perbelanjaan berkaitan penerbitan sukuk.

Menurutnya, CIMB Investment Bank Bhd dan Maybank Investment Bank Bhd adalah penasihat utama bersama, pengatur utama bersama dan pengurus utama bersama untuk Sukuk Wakalah SRI Hijau ASEAN.

Ia berkata, penyerahan dokumen berkaitan program sukuk telah dihantar kepada Suruhanjaya Sekuriti pada 3 Mac 2026.

-BERNAMA