Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Bulan Oktober 2023

Menurut pandangan anda, bagaimanakah prestasi pasaran saham sepanjang bulan Oktober 2023 ini?

Jika indeks FBM KLCI dijadikan penanda aras, terdapat sedikit kenaikan mata sepanjang tempoh sebulan tersebut.

Indeks FBM KLCI

FBM KLCI dibuka pada 1424.07 mata pada 2 Oktober 2023 dan ditutup pada 1442.14 mata pada 31 Oktober 2023. 

TradingView Chart

Hari terakhir dagangan bulan Oktober menyaksikan volume yang masih rendah iaitu sebanyak 2.988 bilion unit didagangkan sahaja dan nilai dagangan sebanyak 1.848 bilion.

Mari kita lihat senarai 10 top saham patuh syariah paling untung untuk bulan Oktober tahun 2023. Senarai saham paling untung untuk bulan Oktober tahun 2023 adalah seperti berikut:

1. Salutica Berhad (Salute)

Sumber: Bursa Marketplace

Salutica Berhad merupakan saham patuh syariah paling untung pada bulan Oktober 2023 dengan kenaikan sehingga 98.06% untuk tempoh satu bulan dagangan.

2. Kumpulan Jetson Berhad (Jetson)

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat kedua pula adalah saham syarikat Kumpulan Jetson Berhad dengan kenaikan sebanyak 35.90% dalam tempoh satu bulan dagangan.

3. Aldrich Resources Berhad (Alrich)

Sumber: Bursa Marketplace

Aldrich Resources Berhad berada di tangga ketiga untuk saham paling untung sepanjang bulan Oktober 2023 dengan kenaikan sebanyak 33.33%.

4. Daythree Digital Berhad (Day3)

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat keempat pula adalah syarikat Daythree Digital Berhad yang mencatatkan peningkatan sebanyak 22.73% untuk tempoh sebulan pada Oktober 2023.

5. Esthetics International Group Berhad (EIG)

Sumber: Bursa Marketplace

Pada tempat kelima adalah saham syarikat Esthetics International Group Berhad yang mencatatkan kenaikan sebanyak 20.00% dalam tempoh sebulan dagangan.

6. Luxchem Corporation Berhad (Luxchem)

Sumber: Bursa Marketplace

Luxchem Corporation Berhad pula adalah saham keenam paling untung untuk bulan Oktober 2023 dengan kenaikan 11.58%.

7. Citra Nusa Holdings Berhad (CNH)

Sumber: Bursa Marketplace

Citra Nusa Holdings Berhad merupakan saham ketujuh paling untung pada bulan Oktober 2023 dengan kenaikan sebanyak 10.00%.

8. Orgabio Holdings Berhad (Orgabio)

Sumber: Bursa Marketplace

Yang ketiga terakhir di tempat kelapan adalah saham daripada syarikat Orgabio Holdings Berhad dengan kenaikan sebanyak 8.33% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan Oktober 2023.

9. JCY International Berhad (JCY)

Sumber: Bursa Marketplace

Yang kedua terakhir paling untung pada bulan Oktober 2023 adalah saham syarikat JCY International Berhad yang mengalami kenaikan harga sebanyak 7.89% dalam tempoh sebulan dagangan.

10. Sapura Resources Berhad (Sapres)

Sumber: Bursa Marketplace

Ditempat kesepuluh untuk saham paling untung Oktober 2023 adalah syarikat Sapura Resources Berhad. Syarikat ini telah membuat kenaikan sebanyak 7.69% dalam tempoh sebulan dagangan.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.