Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Oktober 2024

Sebelum kita lihat prestasi saham-saham paling untung Oktober 2024, mari kita lihat prestasi indeks yang mewakili 30 saham terbesar di pasaran Bursa Malaysia terlebih dahulu.

Prestasi FBM KLCI Bulan Oktober 2024

Sumber: TradingView

Indeks FBM KLCI susut sebanyak 45.54 mata sepanjang bulan Oktober 2024. Ia dibuka pada 1,647.42 mata di awal bulan dan ditutup pada 1,601.88 pada penghujung Oktober 2024.

Tidak banyak sentimen atau catalyst besar yang dapat memberi impak kepada pergerakan pasaran saham pada bulan Oktober.

Walaubagaimanapun, ia tidak menghalang daripada beberapa saham membuat kenaikan yang baik sepanjang bulan tersebut.

Sebelum itu, baca juga: Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Mari kita lihat 10 saham patuh syariah paling untung sepanjang Oktober 2024.

Top 10 saham patuh syariah paling untung Oktober 2024

1. Niche Capital Emas Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Niche Capital Emas atau lebih dikenali sebagai NICE, merupakan saham patuh syariah paling untung pada bulan Oktober 2024. Nice dibuka pada harga RM0.130 di hari pertama dagangan Oktober 2024 dan ditutup pada RM0.200 pada hari terakhir Oktober 2024.

Nice berjaya mencatatkan kenaikan sebanyak 53.85%.

2. Handal Energy Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Handal Energy Berhad pula dibuka pada RM0.050 di awal bulan dan tutup pada RM0.075 di hujung bulan.Kenaikan sebanyak RM0.025 ini sudah memadai untuk memberi pulangan sebanyak 50% kepada Handal Energy.

3. Ireka Corporation Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Ireka Corporation berada di kedudukan ketiga dengan kenaikan sebanyak RM0.120 atau 42.11%. Berdasarkan gambar carta di atas, anda boleh lihat saham Ireka membuat kenaikan yang mendadak di separuh bulan pertama Oktober sebelum membuat pullback dan mendatar kemudiannya.

4. Steel Hawk Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Steel Hawk baru sahaja disenaraikan pada 5 September 2024 dan telah berjaya meletakkannya dalam senarai Top 10 saham paling untung Oktober 2024. 

Steel Hawk dibuka pada RM0.270 dan ditutup pada RM0.360. Ia telah memberikan kenaikan sebanyak 33.33% kepada Steel Hawk pada bulan Oktober 2024.

5. Chin Hin Group Property Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Chin Hin Group Property Berhad membuat kenaikan sebanyak RM0.480 pada bulan Oktober 2024 dan berjaya ditutup pada RM2.250 pada penghujung bulan lepas. Kenaikan tersebut telah memberikan kenaikan sebanyak 27.12% dari segi peratusan.

6. Chin Hin Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Sebuah lagi syarikat berkaitan dengan Kumpulan Chin Hin iaitu Chin Hin Group Berhad membuat kenaikan sebanyak RM0.490 atau 23.11% lalu meletakkannya sebagai saham keenam paling untung pada bulan Oktober 2024.

7. Cypark Resources Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Cypark Resources yang agak lama menyepi juga berjaya membuat kenaikan sebanyak RM0.150 atau 22.73%. Setelah 3 bulan berada dalam fasa consolidation, Cypark berjaya membuat breakout pada 24 Oktober 2024.

8. Nationgate Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Saham Nationgate berharga RM1.72 pada 1 Oktober 2024 dan naik sehingga RM2.11 seunit pada 30 Oktober 2024. 

Saham ini naik sebanyak RM0.39 seunit atau 22.67%.

9. Ho Hup Construction Company Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Saham Ho Hup Construction bernilai RM0.140 seunit pada awal Oktober 2024 sebelum saham ini naik ke paras RM0.170 seunit pada penghujung Oktober 2024. 

Ianya merupakan kenaikan sebanyak RM0.003 seunit atau 21.43%.

10. Ramssol Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Melengkapi senarai ini ialah Ramssol Group Berhad yang berjaya membuat kenaikan sebanyak RM0.115 atau 20.91%. Jika dilihat pada carta, setakat ini Ramssol masih membuat kenaikan uptrend.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.