Hibah Takaful Tak Wujud?

“Korang nak tahu satu fakta tak?”

“Syarikat takaful tak pernah menawarkan produk Hibah Takaful. Saya ulang lagi sekali, tak
pernah sama sekali”

Jadi apa sebenarnya Hibah Takaful yang sering disebut-sebut oleh ejen takaful?

Hari ini saya akan kongsikan apakah realiti sebenar Hibah Takaful yang sering ditawarkan oleh ejen-ejen takaful.

Secara umumnya, Syarikat Takaful menawarkan 2 jenis produk iaitu Takaful Perlindungan Keluarga dan Takaful Perlindungan Am.

Perlindungan Keluarga

Takaful perlindungan keluarga ni boleh dibahagikan kepada dua iaitu Takaful Hayat dan Takaful Perubatan.

Takaful Hayat ini adalah satu bayaran pampasan yang kepada peserta orang yang dinamakan sekiranya berlaku kematian, kemalangan dan penyakit kritikal. Ia bertindak sebagai pengganti pendapatan, membayar hutang atau pun membeli alat sokongan perubatan yang tidak dilindungi oleh takaful perubatan.

Takaful Perubatan atau lebih dikenali sebagai Kad Perubatan adalah perlindungan yang melindungi kos perubatan apabila masuk hospital. Perbezaan paling ketara antara takaful hayat dengan perubatan adalah takaful hayat adalah bayaran pampasan dibayar kepada orang yang dinamakan, manakala perubatan dibayar oleh syarikat takaful kepada pihak hospital secara terus.

Perlindungan Am

Asasnya Takaful Am adalah semua jenis perlindungan takaful yang ada di pasaran selain daripada produk takaful keluarga yang saya sebut tadi. Ia merangkumi takaful kenderaan, MRTT, takaful bangunan, perlindungan profesional indemniti, takaful perjalanan dan bermacam-macam lagi.

Hibah

Mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, Seksyen 142, Perenggan 2 (muka surat
184)

“Peserta takaful yang telah mencapai umur enam belas tahun boleh menamakan individu untuk menerima manfaat takaful yang kena dibayar atas kematiannya di bawah sijil takaful itu, sama ada sebagai seorang wasi, atau sebagai seorang benefisiari di bawah hibah bersyarat, dengan memberitahu pengendali takaful berlesen secara bertulis mengenai nama, tarikh lahir, nombor kad pengenalan pendaftaran negara atau nombor sijil kelahiran dan alamat penama”

Dalam akta ini jelas beritahu kepada kita bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah mewajibkan semua pengendali takaful mesti menyediakan dua jenis sistem mewariskan pampasan kematian iaitu dengan cara faraid (melalui perlantikan wasi) dan juga hibah.

Hibah bermaksud hadiah.

Dalam konteks takaful ini adalah pemberian Hadiah dalam bentuk Nilai Pampasan Takaful kepada penama benefisiari yang telah ditetapkan oleh Peserta Takaful.

Cuma hibah dalam pewarisan pampasan takaful ni adalah hibah bersyarat atau lebih tepat hibah ruqba. Hibah bersyarat ni ada dua iaitu umra dan ruqba. Hibah ruqba ni adalah pemberian masa hidup tetapi terlaksana selepas dia meninggal dunia. Sekiranya penerima yang mati dulu, harta itu kembali semula kepada dia. Ia takkan jadi harta pusaka si penerima tu tadi.

Hakikatnya semua pampasan kematian takaful hayat yang anda ambil boleh dihibahkan selagi mana anda ambil takaful. Hibah hanyalah sistem bagaimana anda nak mewariskan pampasan kematian anda. Bukan produk takaful.

Jadi kepada yang masih tergedik-gedik masih mengambil insurans konvensional, anda memang rugi besar. Dah lah dosa sebab ambil produk konvensional tak patuh shariah, lepas tu anda tak boleh nak hibahkan pampasan kerana Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 hanya terpakai untuk produk takaful saja.

Ditulis oleh Hanif Yahaya
Perancang Kewangan Berlesen & HRD Corp Certified Trainer

Previous ArticleNext Article

Penjagaan Kesihatan: Program Rintis MediAsas Bakal Bermula Akhir Julai

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Program perintis untuk MediAsas, iaitu Pelan Asas Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT), dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai. Walaupun senarai hospital yang menyertai program ini masih belum diumumkan, kami menjangka pengendalipengendali fasiliti perubatan yang kami kaji akan menyertainya, walaupun secara pilihan. Premium bulanan indikatif berlingkungan antara MYR60 dan MYR550, manakala harga muktamad akan ditetapkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Apa itu MediAsas?

Ia merupakan produk asas MHIT yang direka untuk menambah baik tahap kemampuan sambil bertindak sebagai batu loncatan ke arah pelaksanaan berperingkat sistem bayaran mengikut diagnosis pesakit (DRG). Dua produknya iaitu Medi Asas Teras (pelan biasa) dan MediAsas Fleksi (pelan tambahan), akan dilancarkan secara rintis di Lembah Klang sepanjang tempoh tiga bulan sehingga Okt 2026.

Program rintis ini melibatkan enam syarikat insurans dan takaful, iaitu AIA, Allianz Malaysia (ALLZ MK, BELI, TP: MYR23.90), Great Eastern Malaysia, Prudential BSN Takaful, Etiqa, dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga (STMB MK, NEUTRAL, TP: MYR3.60), dan hospital-hospital terpilih. Premium bulanan indikatif dijangka berlingkungan antara MYR60 dan MYR550 untuk individu yang menyertai pelan tersebut sehingga usia 70, dengan liputan dilanjutkan sehingga usia 85. Harga akhir akan disahkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Ciri-ciri utama dan bakal implikasi.

Kertas Putih untuk pelan MHIT Asas yang diterbitkan sebelum ini menggariskan potongan MYR500 di samping mekanisme bayaran bersama (co-payment) dua tahap, dengan tiada bayaran bersama untuk hospital Tahap 1 (rangkaian dalaman) dan bayaran bersama sebanyak 20% (terhad padaMYR3,000 bagi setiap kecacatan) untuk hospital Tahap 2 (luar rangkaian).

Dua kesan penting:

i) Hospital yang tidak terpilih sebagai hospital panel pilihan mungkin akan mengalami tekanan terhadap bilangan pesakit (kesan terhadap pengendali premium seharusnya kecil memandangkan tumpuan mereka pada kes-kes yang lebih serius

ii) penetapan harga yang dibandingkan dengan hospital swasta bertahap lebih rendah hingga sederhana mungkin memerlukan pengendali premium untuk menawarkan pakej yang lebih seragam dan cekap kos, sekali gus membataskan keupayaan mereka untuk mengewangkan nilai jenama premium untuk segmen M40.

Menyentuh hal tersebut, kami berpendapat bahawa KPJ Healthcare berada pada kedudukan terbaik untuk memanfaatkan pelaksanaan MHIT dan DRG kelak, khususnya menerusi rangkaian luas hospital sekunder/komuniti miliknya yang beroperasi dengan asas kos yang lebih rendah, dengan ruang untuk menampung lebih banyak bilangan pesakit dan seterusnya mungkin memelihara margin bawah struktur pembayaran balik berasaskan DRG.

Risiko-risiko negatif utama, kos mengurus lebih mahal daripada anggaran, kunjungan pesakit dan pertumbuhan intensiti hasil lebih rendah berbanding jangkaan, dan perubahan dasar yang buruk. Sekiranya nilai USD melemah dengan ketara, IHH Healthcare mungkin mengalami kesan FX yang buruk terhadap perolehannya di luar negara manakala Duopharma mungkin meraih manfaat daripada pelepasan kos terhadap bahan farmaseutikal aktif (API) diimport.