Apa Itu Amanah Saham Bumiputera (ASB)?

Masih ramai yang tidak tahu tentang Amanah Saham Bumiputera atau yang lebih dikenali sebagai ASB. Kalau nak tahu, ASB adalah dana unit amanah yang diwujudkan khusus untuk kaum bumiputera yang ada di Malaysia.

Tetapi sayangnya masih ramai yang tidak mempunyai kesedaran tentang keistimewaan dan menariknya ASB ini. Tapi sebelum itu, jom kita berkenalan dengan ASB terlebih dahulu.

Sejarah ASB

This image has an empty alt attribute; its file name is images.jpg

ASB telah dilancarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pada 2 Januari 1990 untuk semua individu yang berstatus bumiputera di Malaysia.

Ianya bertujuan untuk menyediakan simpanan alternatif bagi yang ingin menjana pulangan untuk tempoh jangka masa panjang yang lebih konsisten serta berdaya saing.

ASB adalah dana amanah berharga tetap RM1.00 di mana ianya tidak dikenakan sebarang caj untuk beli dan jual. Setiap pelabur mempunyai had maksimum sebanyak RM200,000.

Anda bebas untuk beli dan jual pada bila-bila sahaja.

Sejarah Pulangan ASB

Setiap tahun, ASB akan mengumumkan dividen kepada semua pemegang unit amanahnya. Dividen ini akan dikira berdasarkan kepada jumlah minimum yang anda ada dalam akaun setiap bulan.

Yang terkini, ASB telah mengumumkan dividen sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus (ehsan) sebanyak 0.75 sen seunit. Kira terbaik juga, kerana tahun 2020 kita sedang dilanda dengan krisis pandemik.

Selain daripada dividen, ASB juga ada beri bonus bergantung kepada prestasi dana yang dilaburkan.

Bagaimana Nak Dapatkan ASB?

Sekarang dah tahu serba sedikit tentang ASB ini, tapi di mana nak dapatkannya?

Selain daripada berurusan di cawangan ASNB yang terdapat di seluruh negara, anda juga boleh ke mana-mana cawangan ejen ASB berikut:

Kredit: ASNB

Bank-bank terkemuka di Malaysia merupakan ejen kepada ASB ini. Maknanya anda berpeluang untuk jual beli ASB dengan walk-in ke mana-mana cawangan bank serta pejabat pos.

Kebanyakan ejen bank telah meluaskan lagi perkhidmatan perbankan internet mereka untuk memudahkan orang ramai beli dan jual ASB ini secara online.

Malah ASNB sendiri juga telah menyediakan laman web myASNB serta aplikasi telefon pintar myASNB di Google Play Store and Apple App Store.

Di Mana ASB Laburkan Duit Kita?

Untuk memberi pulangan yang menarik setiap tahun, ASB perlu gunakan dana daripada orang ramai untuk melabur bagi menjana pulangan yang tinggi. Dan salah satu tempat yang ASB laburkan adalah di dalam pasaran saham.

Sumber: iSaham

Banyak juga ASB shopping di Bursa Malaysia, dengan membeli saham Tenaga Nasional Berhad (TNB), Maybank, Sime Plantation dan bermacam-macam lagi. Dengan keuntungan daripada saham melalui capital gain dan dividen syarikat-syarikat ini, barulah ianya sampai ke kita dalam bentuk dividen dan bonus tadi.

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, tahun 2021 ini kami terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Buku Malaysia Melabur Saham ini juga boleh dibeli di Shopee!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PMB Investment Umum Agihan Pendapatan Bagi Dua Dana Syariah

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — PMB Investment Bhd (PMB Investment), syarikat pengurusan dana Islam (IFMC) berlesen di bawah Pelaburan MARA Bhd mengumumkan pengagihan pendapatan untuk Amanah Saham MARA dan PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat pengurusan dana itu berkata jumlah pengagihan pendapatan Amanah Saham MARA sebanyak 4.00 sen seunit, melebihi angka tahun lepas iaitu 3.26 sen seunit dengan jumlah keseluruhan RM1.57 juta.

Katanya, Nilai Aset Bersih (NAB) seunit akan diselaraskan daripada RM0.6755 kepada RM0.6355.

Berikutan pengagihan itu, Nilai Aset Bersih (NAB) seunit akan diselaraskan daripada RM0.6755 kepada RM0.6355.

“Pengagihan ini mewakili hasil sebanyak 5.73 peratus berdasarkan NAB penutup seunit pada 31 Dis, 2025,” kata kenyataan itu.

Mengulas mengenai prestasi dana Amanah Saham MARA, Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment Hang Tuah Amin Tajudin berkata, walaupun pasaran tidak menentu, pendekatan berdisiplin pihaknya berjaya mencapai hasil kompetitif 5.73 peratus dan pulangan kumulatif 61.70 peratus untuk tiga tahun, sambil kekal mematuhi prinsip syariah sepenuhnya.

Sementara itu, PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund yang dahulunya dikenali sebagai PMB Wholesale Sukuk Fund mencatatkan agihan pendapatan sebanyak 5.96 sen seunit, berjumlah keseluruhan RM1.08 juta.

NAB sebelum pengagihan adalah RM1.1617 seunit dan diselaraskan kepada RM1.1021 selepas pengagihan, mewakili hasil sebanyak 5.40 peratus bagi tahun kewangan tersebut.

“PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund menunjukkan prestasi konsisten dengan hasil 5.40 peratus dan pulangan kumulatif 14.43 peratus dalam tempoh tiga tahun sekali gus membuktikan keberkesanan strategi pendapatan tetap kami,” kata Hang Tuah.

Kedua-dua pengagihan dikreditkan pada 31 Dis, 2025 dengan tarikh pelaburan semula ditetapkan pada 2 Jan, 2026.